http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Dikemaskinikan  pada 30 Jan 2001 12:49  

 

 

 

Pilihanraya Kecil

N.34 LUNAS

29 NOV 2000

 

 

 

Baca Laporan Perhimpunan 100,000 Rakyat

 

 

Sila kirimkan pandangan serta komen anda kepada kami

 

 

 

 

 

Perpaduan Melayu Akan Pulih Bila Anwar Dibebaskan

Ali Allah Ditta
3 Januari 2001

MAHAFIRAUN mengamuk apabila BN kalah dalam pilihanraya kecil Lunas. MAHAFIRAUN menuduh bahawa pihak parti pembangkang telah menggunakan tatik kotor untuk meraih undi. MAHAFIRAUN marah bila pengundi-pengundi hantu dibiarkan berkeliaran dan tidak boleh mengundi di Lunas.

MAHAFIRAUN tuduh pihak BA bermain kotor hinggakan orang-orang Melayu berpecah belah. MAHAFIRAUN tidak mahu menerima hakikat bahawa sokongan terhadap beliau dan juga UMNO dan BN sudah merosot dalam setiap pilihanraya kecil yang diadakan selepas pemilu 1999.

Akan tetapi BN/UMNO juga menggunakan berbagai tatik yang kotor untuk meraih undi. UMNO/BN menggunakan wang ringgit serta kemudahan-kemudahan kerajaan untuk membeli undi rakyat. Ini adalah rasuah yang diamalkan secara terang-terang oleh MAHAFIRAUN, tetapi MAHAFIRAUN hanya diam membisu.

Lunas adalah medan bagi menguji populariti sama ada Anwar atau MAHAFIRAUN. Lunas juga menjadi tumpuan sama ada “faktor Anwar” masih kuat dan berupaya untuk mengugat kestabilan UMNO amnya. Kemenangan Saifuddin Nasution, seorang proksi Anwar telah membuktikan kepada dunia bahawa Anwar masih ada berupaya untuk mengegar susana politik negara serta mongancang UMNO sehingga akar umbi.

MAHAFIRAUN sudah tentu rasa malu,setelah berbelanja berjuta—juta ringgit untuk pembangunan segera dan pemberian wang ehsan kepada penduduk Lunas,tiba-tiba pengundi Lunas mengangkat calon Keadilan untuk menjadi ADUN mereka.

MAHAFIRAUN tidak habis-habis jadi bengang. MAHAFIRAUN sedar bahawa kekalahan calon BN di Lunas berpunca daripada MAHAFIRAUN sendiri. Untuk mengalih perhatian masyarakat daripada kekalahan partinya di Lunas,MAHAFIRAUN mengungkitkan soal 17 tuntutan Siqiu yang dikatakannya bercanggah dengan kontrak sosial masyarakat Malaysia yang sedia ada.

MAHAFIRAUN bangkitkan soal ketuanan Melayu,hak istimewa orang Melayu serta yang paling menjijikkan dalam sandiwaranya itu ialah mengajak pemimpin-pemimpin Melayu dari PAS dan Keadilan untuk berbicang soal perpaduan Melayu.

MAHAFIRAUN sememangnya sudah bengang dengan tuntutan Siqiu ini,tetapi MAHAFIRAUN berpura-pura menerima tuntutan ini sebelum pemilu 1999 lalu kerana mahukan undi orang-orang Cina. Ini diakui sendiri oleh MAHAFIRAUN dalam ucapannya di Parlimen baru-baru ini.

Kenapa soal perpaduan dan hak istemewa orang Melayu diapi-apikan sedangkan MAHAFIRAUN sendiri tidak pernah berniat hendak mempertahankan hak orang Melayu? Yang jelas MAHAFIRAUN acapkali memperlekehkan orang-orang Melayu, sebagai gulongan subsidi dan pernah menyamakan nasib orang Melayu sama dengan kaum “Red Indian” yang malang di Amerika Syarikat.

Soal perpecahan orang Melayu bukan kerana perbuatan parti pembangkang tetapi kerana sikap gelojoh orang-orang UMNO serta pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri yang terlalu ghairah hendak dapat kontrak-kontrak besar dan buat harta sebanyak yang boleh.

Amalan-amalan rasuah yang pernah dilakukan oleh Rafidah Aziz,Daim Zainuddin, Muhammad 'Mike Tyson' Taib, Megat Jonid dan beberapa orang menteri kabinet MAHAFIRAUN dilindungi oleh MAHAFIRAUN secara terang-terang. Walaupun berpuluh-puluh aduan dan laporan polis dibuat namun MAHAFIRAUN hanya memekakkan telinganya dan diam membisu.

Amalan mem“bailout” kroni-kroninya dibuat secara terang-terang seperti dalam kes MAS. Budak-budak sekolah pun tahu bahawa tindakan MAHAFIRAUN itu bukan bertujuan untuk menyelamatkan MAS tetapi lebih bertujuan untuk menyelamatkan Tajuddin Ramli daripada menerima kerugian yang lebih besar.

Soal MAS tidak untung sememangnya tak masuk akal. Sedangkan “seat” penerbangan MAS sama domestik atau antarabangsa sentiasa mendapat “booking” penuh sepanjang masa. Malah kalau hendak terbang ke Penang dari KL atau ke Kota Bahru dari KL atau ke Johor Bahru dari KL tiketnya perlu ditempah sekurang-kurangnya 5 hari lebih awal barulah terjamin dapat seat. Kaunter MAS di KLIA atau lapangan-lapangan terbang di Malaysia sibuk macam Hentian Puduraya penuh dengan penumpang. Jadi yang dikatakan rugi itu macam mana?

Kemelut kerugian MAS bukanlah disebabkan salah tadbir kakitangan MAS, sebaliknya Tajuddin Ramli itu sendiri tidak tahu hendak mengurus MAS dengan sempurna. Satu lagi masalah ialah MAS itu yang terlalu kerap dan banyak sangat memberi sumbangan kepada UMNO dalam bentuk wang ehsan terutama untuk pemilu lalu dan pilihanraya-pilihanraya kecil kebelakangan ini hinggakan hutang pemembelian kapal-kapal terbang baru tak terbayar.

Perpecahan orang Melayu bukan kerana pembangkang tetapi kerana sikap dan tindakan secara tidak adil dan tidak berhati perut MAHAFIRAUN dan UMNO terhadap orang Melayu amnya dan Anwar khasnya. Orang Melayu tidak akan lupa peristiwa mengaibkan Anwar dan keluarga beliau. Walaupun MAHAFIRAUN cuba hendak melenyapkan Anwar daripada muka bumi ini dengan berbagai tipu helah yang digunakan, namun orang Melayu tetap akan kenang jasa-jasa Anwar.

Jika MAHAFIRAUN mahu Melayu bersatu semula,bebaskan dan pulihkan saja Anwar dengan cara memohon ampun secara terbuka,sudah pasti orang Melayu akan bersatu semula. Insyallah.

 

Ali Allah Ditta
3 Januari 2001

 
Cadangkan laman ini kepada rakan

 

 

 

 


SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright © 2000 The Reformiz Inc.