http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Dikemaskinikan  pada 30 Jan 2001 12:49  

 

 

 

Pilihanraya Kecil

N.34 LUNAS

29 NOV 2000

 

 

 

Baca Laporan Perhimpunan 100,000 Rakyat

 

 

Sila kirimkan pandangan serta komen anda kepada kami

 

 

 

 

 

UMNO NAZAK - MAHATHIR GILA TALAK

-is 2000


Isu Debat - Isu Suqiu - Isu Melayu, Sebenarnya  UMNO@BN Yang Nazak .


UMNO@BN Yang Amat Nazak Sangat…!!!!

Apabila Isu Perpaduan Melayu dibangkitkan selepas kekalahan BN di LUNAS 
… 
perkara ini telah memberi isyarat yang nyata kepada rakyat dan bangsa 

Malaysia bahawa .. ISU PERKAUMAN DAN SUQIU yang dimainkan oleh BN agar 

rakyat dan bangsa Malaysia menjadi takut serta bodoh telah gagal mencapai 

matlamat asal Mahathir@Mahafiraun … dan dua ISU ini pula yang telah membantu 

BA bertambah kuat dan kukuh dalam pakatan BARISAN ALTERNATIF sehinggakan 

bangsa CINA dan INDIA bertambah yakin serta berani menyatakan sokongan 

mereka kepada orang Melayu dalam BA serta para Ulamanya…dan ini telah 
memberi 
tamparan hebat kepada Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN kerana pada 
sangkaan 
mereka sandiwara kali ini akan disambut mesra oleh orang Melayu dan 
Cina 
sebagai mana berlaku pada 13hb.Mei.1969 dahulu.

Perbuatan adu-domba isu Suqiu dan Sekolah Wawasan telah menjadikan kaum 
CINA 
sedar selama ini mereka ditipu dan dipermainkan oleh UMNO@BN kerna 
satu 
perkara yakni KUASA POLITIK …. Apabila sandiwara ini telah menikam 
diri 
sendiri … UMNO@BN merasa begitu perit tusukan pengundi LUNAS pada 

29hb.Nov.2000 … dengan menjadikan Pemuda UMNO@BN serta GPMS sebagai badut 

suruhan Mahathir@Mahafiraun untuk memanaskan dua isu ini … tapi kerana 

rakyat dan bangsa Malaysia sedar segala sandiwara OPERA UMNO@BN adalah 

cerita lama dan lapuk ditelan zaman, rakyat marhaen telah melakukan tindakan 

bijak dan matang melayan sandiwara murahan UMNO@BN ini dengan melunaskan 

segala tipu-muslihat mereka di LUNAS.

Apa bila kedua-dua isu ini gagal dan tamparan hebat di LUNAS … 
Mahathir@Mahafiraun 
telah mencari fomula baru untuk menipu orang Melayu 
dalam BA serta yang 
tak berparti …. ISU PERPADUAN MELAYU … satu isu yang 
melambangkan bahawa 
MALAYSIA INI DIHUNI OLEH 99% orang MELAYU dan lain-lain 
bangsa hanya melukut 
ditepi gantang atau lebih manis dalam bahasanya mereka 
ini adalah PENDATANG 
HARAM…..???? Perpaduan Melayu macam mana yang 
dimaksudkan oleh Mahathir@Mahafiraun 
serta UMNO@BN …..:-

1.	Orang Melayu telah tidak menyokong UMNO@BN serta menggangap 
Mahathir@Mahafiraun 
sebagai Maharaja Tua yang tidak layak memimpin orang 
Melayu dalam UMNO@BN 
.
2.	Orang Melayu telah meluat dan benci dengan UMNO@BN (Baru(A)) sejak 
penubuhannya 
selepas diharamkan oleh Mahkamah Mahathir@Mahafiraun …. UMNO@BN 
telah menjadikan 
orang Melayu sebagai hamba-abdi dan bangsa yang amat hina 
serta murahan…dengan 
kuasa dan wang mereka mengikat minda orang Melayu dalam 
UMNO@BN .
3.	Orang Melayu ditakut-takutkan dengan pelbagai isu dan minda mereka 
dicengkam 
kebodohan serta akur kepada Mahathir@Mahafiraun …. Setiap patah 
perkataan 
Mahathir@Mahafiraun disama ertikan dengan sabda Nabi atau Firman 
Allah 
swt.
4.	Orang Melayu dijadikan batu loncatan oleh pemimpin UMNO@BN untuk meraih 

kuasa dan harta benda …. Serta segala khazanah milik orang Melayu dirampas 

serta difaraitkan kepada kroni diatas nama pembangunan negara.
5.	Agama sinonim Orang Melayu adalah Islam di Malaysia … tetapi perbuatan 

Mahathir@Mahathir serta UMNO@BN meliwat dan mempermainkan ISLAM serta 
penganutnya 
telah menjadikan ISLAM itu sebagai agama pinggiran dalam sebuah 
negara 
yang mengaku AGAMA ISLAM sebagai agama rasminya.
6.	ISLAM ITU MELAYU … MELAYU ITU ISLAM dan MAHATHIR ITU MALAYSIA … MALAYSIA 

ITU MAHATHIR telah menjadikan orang Melayu begitu marah serta benci kepada 

Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN …. Perbuatan ini telah menjadi barah yang 

amat pedih buat orang Melayu Islam …. Kerana hari ini lebih 5,000 orang 

Melayu yang dulunya Islam telah dimurtad oleh dasar serta sistem 
pemerintahan 
UMNO@BN .
7.	Pada Mahathir@Mahafiraun orang Melayu ini boleh digula-gulakan serta 

dungu kerana mereka telah dilemahkan sejak dahulu lagi …. Tapi 
Mahathir@Mahafiraun 
telah lupa …. Orang Melayu yang berada di luar UMNO@BN 
lebih bijak serta 
berwaspada dari orang Melayu yang berada dalam UMNO@BN… 
kerana mereka bersikap 
daya-saing serta tabah menghadapi dugaan… tak seperti 
MELAYU UMNO@BN yang 
sentiasa berharap pada subsidi serta wang Ihsan dari 
Mahathir@Mahafiraun 
.
8.	Bagi pemimpin UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun … orang Melayu di 
Malaysia 
ini adalah itik nila dan kaldai yang boleh dijadikan apa saja 
mengikut 
cita rasa mereka…!!! Kerana mereka berpendapat …. Selama ini 
UMNO@BN bebas 
melakukan apa sehaja tanpa bantahan … dan kerana telah menjadi 
kebiasaan 
serta keseronokan dalam diri pemimpin UMNO@BN ini …. Mereka masih 
menilai 
rakyat dan bangsa Malaysia yang bodoh dan dungu seperti tahun 40an 
atau 
50an … tapi mereka lupa kita sekarang berada di Alaf Baru , diabad     

ke 21….?????

Perbuatan bodoh Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN bermain satu lagi 
sandiwara 
politik perkauman ini telah menjadikan mereka seperti kera sumbang 
dan 
katak dibawah tempurung ….!!! Kalau kegagalan isu Suqiu dan Sekolah 
Wawasan 
telah memberi tusukan tajam kebelakang UMNO@BN …. Tapi ISU PERPADUAN 
MELAYU 
ini telah menjadikan UMNO@BN NAZAK ….!!!! Kini ia menunggu saat nak 
dikapankan 
serta dihumban ke laut….?????.

Dengan isu Perpaduan Melayu ini juga… telah memberi peluang pada UMNO@BN 

untuk membatalkan perdebatan antara PEMUDA UMNO dan PEMUDA PAS mengenai 
ISU 
KETUANAN MELAYU … dan alasan baru ini benar-benar digunakan oleh UMNO@BN 

untuk mengelak dari berdebat dengan PAS ….!!! Dan kata-kata beberapa rakan 

dalam laman reformasi telah menunjukan kebenaranya…. UMNO@BN akan mencari 

alasan untuk membatalkan perdebatan ini …. Kita tunggu kenyataan rasmi Prof 

Ungku Aziz … sama ada ia batal atau di teruskan ….????

Apabila Suqiu menarik balik 7 tuntutan mengenai hak bumiputra dan Melayu 
…. 
PEMUDA UMNO@BN telah di tabalkan sebagai HERO KAMPUNG DUSUN …. Walaupun 
7 
perkara itu sebenarnya hanya satu rayuan Suqiu agar parti-parti POLITIK 
di 
Malaysia berbincang dan berfikir secara ilmiah bahawa 7 rayuah itu untuk 

kebaikan rakyat dan bangsa Malaysia … tetapi ia telah di ISU kan oleh 
UMNO@BN 
… walaupun ia telah diluluskan sebelum pilihanraya umum ke 10 pada 
tahun 
1999…. Jadi perbuatan buruk siku telah dilakukan oleh UMNO@BN dalam 
isu 
ini. Tapi sayang sekali Suqiu telah dipaksa dan ditekan oleh 
Mahathir@Mahafiraun 
dalam isu ini … dan UMNO@BN dipergunakan untuk meraih 
simpati serta merayu 
Suqiu … dan dengan cara ini Dalang Utamanya tidak dapat 
dikenal pasti … 
dan mesyuarat dalam tempoh 24 jam PEMUDA UMNO@BN dan SUQIU 
hanya berkisar 
bagaimana mana nak membuat kenyataan akbar bagi menutup malu 
UMNO@BN serta 
Mahathir@Mahafiraun mengenai rayuan Suqiu ini.

Apabila UMNO@BN menjadi nazak …. Hamid Othman pula telah dipaksa letak 

jawatan oleh Mahathir@Mahafiraun ….dan dengan cara kotornya … kata dua telah 

diberi kepada Hamid Othman … letak jawatan atau diaibkan seperti DSAI….!!! 

Mahathir@Mahafiraun cukup cekap memaksa Hamid Othman … sewaktu lawatanya 
di 
Myanmar ia membiarkan Hamid Othman bertindak dalam negara …. Jika berlaku 

kekecohan dalam isu ini … PAK LAH BADAWI akan dipersalahkan serta jadi 

mangsanya… kan sikap lontar batu sorok tangan Mahathir@Mahafiraun tidak 

boleh dipisahkan dalam hidupnya. Kerana RM 200 wang Tabung Haji telah 
difaraitkan 
oleh Mahathir@Mahafiraun kepada Syed Shahid (Maju 
Holdings@Perwaja Steel) 
…. Hamid Othman telah dijadikan kambing hitam oleh 
Mahathir@Mahafiraun 
…. Betapa mudahnya Mahathir@Mahafiraun untuk melepaskan 
diri jika pendakwaan 
dibuat oleh BPR … dan yang akan menjadi mangsanya Hamid 
Othman dan Ahli 
Lembaga Pengarah Tabung Haji …..????

Kini UMNO@BN telah tiada tokoh Agama Islam yang berkeliber untuk menjawat 

jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Agama Islam) … yang 

tinggal hanya mereka yang mengabihkan boreh dan harta rakyat aje…??? 
Rasa-rasanya 
tak mustahil Mahathir@Mahafiraun akan melantik SAMMY VELLU atau 
LIONG SIK 
sebagai menteri agama di Malaysia ini ….??? Kerana mereka berdua 
ini cukup 
pakar dalam bidang ini … sebelum pemilu ke 10 yang lalu  … mereka 
ini cukup 
cekap memberi kenyataan dalam Isu Agama Islam…..!!!!

Apa yang tinggal kini nyawa-nyawa ikan dalam keadaan nazak bagi UMNO@BN 
… 
Presidenya kini berada diluar negara merancang bagaimana untuk menyelamatkan 

diri jika berlaku kemungkinan yang memerangkap dirinya ….!!! Dia pun merasa 

takut…bagaimana Fujimori terpaksa balik kampung akibat masalah dalam 
negaranya….!! 
Dan tak mustahil Mahathir@Mahafiraun pun balik kampung apabila 
rakyat marhaen 
bangun dengan seruan JIHAD kepadanya….??? Itulah yang 
menakutkanya …. Sejak 
2hb.Sept.1998 lagi.

Apabila Presiden Pas dan Ahli Dewan Syura' Pas memutuskan perbincangan ISU 

PERPADUAN MELAYU tidak releven tetapi ia harus lebih globalisasi lagi… iaitu 

ISU PERPADUAN KAUM dan ia dibahaskan di PARLIMEN dengan membenarkan seluruh 

ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbincangan ini …. Barulah adil 

…kerana Malaysia kini terdiri dari berbilang kaum serta hasrat melahirkan 

RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA YANG BERSATU telah lama dirancang serta 
digembar-gemburkan 
…. Kenapa pula hanya tertumpu pada satu kaum sehaja … 
BILA PULAK ORANG 
MELAYU ISLAM TELAH BERPECAH … YANG BERPECAH ADALAH ORANG 
MELAYU BUKAN ISLAM 
DAN ORANG MELAYU DALAM UMNO@BN ……!!!! Itu yang sebenarnya 
berlaku.

Perbuatan UMNO@BN untuk memerangkap PAS dan KeADILan serta BA telah lama 

dihidu oleh para pemimpin BA …. Kerana ketidak ikhlasan UMNO@BN sejak 
sejarah 
S46 dahulu telah menjadikan BA..terutamanya PAS berwaspada apabila 
berurusan 
dengan UMNO@BN …. Jerat yang dipasang oleh UMNO@BN kini boleh 
dilihat telah 
memakan diri sendiri … kerana ramai pemimpin dan ahli UMNO@BN 
sendiri telah 
dimamah oleh jerat yang dipasang oleh Mahathir@Mahafiraun 
serta juak-juaknya.

Masa untuk UMNO@BN bernyawa kini telah sampai ke penghujunya …. Saat yang 

nazak ini amat ketara … tak de ubat buat penyakit kronik UMNO@BN kali ini 
…. 
Yang tinggal hanya satu cara … kuburkan UMNO@BN bersama ahli-ahli yang 
tidak 
mahu kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah … kapankan mereka dan 
buang ke 
dalam laut dalam….kah..kah…keh..keh….??? Parti Usang … Pemimpinnya 
pun 
Usang.


" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN "
8HB.JAN.2001

REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
 
Cadangkan laman ini kepada rakan

 

 

 

 


SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright © 2000 The Reformiz Inc.