http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


 

Jalan Kebun - Maklumat Terkini

Kembalikan hak rakyat & bangsa Malaysia
Lambaian jalan kebun – lapuran terkini 8.00 malam

Pertamanya kami dari psarafhq dan rakyat Malaysia mengucapkan tahniah Kepada Semua pejuang hak rakyat yang sanggup hadir ke jalan kebun.

Walaupun halangan dari regim mahathir@mahafiraun dan UMNO@BN kesemua Pintu Masuk ke Jalan Kebun…….kerana semangat juang semua tokoh Reformasi kita Berjaya mengumpulkan 100,000 rakyat untuk menyatakan hak rakyat.

Senario perhimpunan.

1. 12.30 t/hari – Semua pejuang dan tokoh Reformasi berkumpul di tempat Rehat R&R Awan Besar untuk menunggu kehadiran 4 presiden parti. Kumpulan di R&R Awan Besar diketuai oleh dr.hatta ramli dan pemimpin PAS dan keADILan Begitu juga PRM serta DAP.

2. 2.00 petang – Kumpulan pertama 100 kereta telah dilepaskan menuju ke Plaza tol bukit rimau / kemuning sebagai PASukan peninjau

3. 2.30 petang – Ketibaan YB Mahfuz Omar dan ketibaan YB Datuk Fadzil Nor , Presiden PAS di R&R Awan Besar.

4. 2.40 petang – ketibaan sdr Ezam Mohd.Nor dan exco pemuda keADILan Serta YB Azmin Ali.

5. 2.45 petang – kumpulan kedua diketuai sdr Ezam dan exco pemuda keADILan Berserta 150 kereta dilepaskan ke plaza tol bukit rimau / kemuning. Sebagai Kumpulan sokongan kepada kumpulan satu.

6. 2.50 petang – ketibaan En. Lim Kit Siang pengerusi DAP dan penyokong DAP.

7. 2.55 ketibaan – YB Datin Seri Dr.Wan Azizah presiden keADILan dan Dr. Syed Hussin Presiden PRM.

8. 3.00 petang – sidang akbar ke empat-empat presiden di R&R Awan Besar.

9. 3.30 petang – kumpulan mengiringi presiden bergerak ke tol bukit Rimau / Kemuning dengan diiring lebih 1000 kereta secara berkonvoi.

10. 3.45 petang maklumat diterima kumpulan dari masjid Shah Alam dan Masjid Ar-rahimah kelang tersekat di plaza tol ke lebuhraya kesas dan simpang Jalan Kebun.

11. Maklumat 4.15 petang Lebuhraya Kesas dari Cheras telah jem teruk Sejauh 15 kilometer dan lebih 10,000 kereta bersesak-sesak dibelakang konvoi Ke Empat-empat presiden parti.

12. Kumpulan pertama dan kedua telah tersekat di tol bukit rimau / Kemuning Dan kumpulan ketiga yang mengiringi presiden parti tersangkut di Simpang Bukit kemuning dan kumpulan ini mula berarak ke plaza tol bukit rimau / Kemuning dengan diiringi lebih 50,000 penyokong sejauh 3 kilometer.

13. Berhampiran jejantas dengan tol bukit rimau/kemuning kumpulan Presiden Dan jawatankuasa majlis memberikan ucapan dengan didahului oleh sdr .saari Sungip sebagai pegerusi jawatankuasa, dengan di ikuti oleh dr. Syed Hussin (PRM), en.lim kit siang (DAP), YB datin seri dr.Wan Azizah (keADILan) - Walaupun kerusi roda beliau terus bersemangat untuk bersama-sama Rakyat, YB Datuk fadil Nor (PAS), YB Mahfuz omar (PAS), sdr. Ezam Mohd.Nor (keADILan).

14. Di waktu ucapan inilah PASukan FRU menyerang tanpa amaran Mengunakan “water cannon “ dan gas pemedih mata, air dan gas pemedih mata ini Betul-betul ditujukan kepada ke empat-empat presiden parti dengan tanpa Rasa Belas kasihan dan hormat….pihak FRU terus memukul dan menyerang rakyat ( Sehingga seorang yang terkena belantan polis terus pengsan disitu ) Pihak FRU juga terus memukul kenderaan yang tidak boleh bergerak Disana….banyak Kereta yang pecah cermin dan remuk akibat pukul belantan FRU…..begitu Juga Motosikal dengan sengaja disepak dan dipukul dengan belantan.

15. Dalam suasan-sana kelam kabut … ke empat-empat presiden ini berjaya Diselamatkan oleh skuad gerak khas psarafhq dan orang ramai….orang Ramai Berjaya melindungi empat-empat presiden agar tidak ditangkap dan Dicederakan Oleh pihak sb serta FRU. Kepada pemilik kereta yang sudi menyusup Keluar ke Empat-empat presiden mengunakan kenderaan mereka kami mengucapkan Ribuan Terima kasih.

16. Dalam waktu ini juga pihak sb dan FRU terus memburu para Reformis Dan Pendokong rakyat…berapa orang lagi dicederakan serta ditangkap…mengikut Maklumat lebih kurang 20 orang ditahan…..tindakkan pihak FRU Benar-benar Ingin mencederakan rakyat serta tanpa belas kasihan mereka terus Memburu dan Menyerang rakyat marhain….Alhamdullilah rakyat mampu bersabar dan Bertahan….mempertahankan suara rakyat yang utamakan keamanan….walau Dipukul Dan hina rakyat masih mampu menunjukkan nilai murni bangsa Malaysia Yang Bermaruah.

17. Pukul 6.30 petang – kumpulan Reformis dan rakyat berpatah balik ke Kuala Lumpur , walaupun ada kelihatan kekecewaan kerana tidak sampai ke jalan Kebun….tetapi matlamat asal mengumpulkan 100,000 rakyat Tercapai…..dengan Kehadiran 50 buah bas rombongan serta lebih 30 ribu kereta dan 5,000 Motorsikal di plaza tol bukit rimau / kemuning……jumlah ini tidak Termasuk Dengan kumpulan yang telah tersekat dari Shah Alam dan Klang.

18. Akhirnya pihak psarafhq mengucapkan tahniah kepada rakyat yang Hadir Atas satu tujuan mengembalikan hak rakyat dan bangsa Malaysia untuk Berhimpun di jalan kebun…kepada rakyat yang tidak mampu untuk Hadir…tapi Mampu hadir didalam jiwa dan perasaan sehaja….kami juga ingin Mengucapkan Ribuan terima kasih…. Tanpa roh dan jiwa anda semua kami tidak akan Mampu Sampai ketahap ini.

19. Sesungguhnya perjuangan ini belum sampai keakhirnya…… kerana Mahathir@mahafiraun serta UMNO@BN tidak akan merasa puas sehingga Semua Nyawa Reformis dan pejuang rakyat diragut oleh mereka bagaikan Menyembelih Ayam….itulah hasrat mereka sebenarnya.

20. Kami berharap semua pihak pendokong barisan alternatif sila kuatkan Saf Kepimpinan dan PASukan khas serta gerak gempur untuk menghaDAPi Serangan Pihak rejim mahathir@mahafiraun serta UMNO@BN .

Selamat berjuang…pada malam ini taman melewar kesemua pimpinan parti Akan Berada disana mengadakan ceramah umum perhimpunan 100,000 rakyat.

“ kembalikan hak kami hak rakyat dan bangsa Malaysia yang merdeka “

“ rakyat yang di jajah oleh UMNO@BN “ dan unit psrafhq
5hb.november.2000-8.00 malam

Reformasi & Islah
Ke arah Malaysia yang adil

 

SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright © 2000 The Reformiz Inc.