http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


 

5HB.NOV.2000 RAKYAT TELAH BANGUN MEMPERTAHANKAN HAK MEREKA

Pancaran mentari pagi 5hb.Nov.2000 telah memberikan satu semangat kepada roh dan jiwa pejuang kepada minda semua pejuang hak rakyat dan bangsa Malaysia serta PENDOKONG GERAKAN REFORMASI KEBANGSAAN kerana masa yang ditunggu telah menjelma tiba…..masa yang dinanti akhirnya dimakbulkan Allah s.w.t.

Dan pada pagi ini juga jiwa para SB dan FRU mengelegak resah…kerana arahan Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN dengan misi memusnahkan pendokong REFORMASI MALAYSIA….para SB dan FRU ini benar-benar tertekan dan gundah-gulana….kerana terpaksa menghadapi kebangkitan rakyat yang terdiri dari isteri, anak-anak, ibu-bapa, saudara mara yang menjadi pendokong kuat GERAKAN REFORMASI KEBANGSAAN…..tetapi kerana takutkan seorang Maharaja Tua Mahathir@Mahafiraun serta juak-juak UMNO@BN …..biar terpaksa mengorbankan orang tersayang termasuk pemimpin Barisan Alternatif….SB dan FRU ini bergerak dalam keadaan lesu penuh kehibaan……dan tindakkan untuk mengilangkan kelesuan dan kehibaan ini adalah bertindak ganas terhadap pendokong REFORMASI KEBANGSAAN…itulah arahan yang diterima dari pegawai atasan.

Namun begitu jiwa dan roh pendokong REFORMASI KEBANGSAAN telah benar-benar bertekad untuk menghadapi apa jua rintangan dari rejim zalim Mahathir@Mahafiraun dan UMNO@BN …..dengan satu arahan dari Jawatankuasa Majlis….kita bertahan dan berundur apabila kezaliman dan tekanan di tingkatkan oleh SB dan FRU…dengan tanpa perlu menyerang dan menentang pihak SB dan FRU….kerana tujuan utama kita semua adalah berhimpun secara aman untuk mendengar amanat dari Presiden Komponen Barisan Alternetif dan mengumpulkan rakyat seramai 100,000 orang…..dan hasrat itu telah berjaya dan rakyat wajib bersurai secara aman…dalam mempertahankan hak Fasa 10 Perlembagaan Pesekutuan sebagai rakyat dan bangsa Malaysia yang sayangkan keamanan serta kedaulatan negara Malaysia.

Pada 5hb.Nov.2000 ini….di Lebuhraya Kesas menjadi saksi, rakyat dan bangsa Malaysia telah membuktikan kepada DUNIA…..rakyat mampu berhimpun secara aman mengikut arahan jawatankuasa majlis…walaupun gagal sampai ketapak perhimpunan di Jalan Kebun…..rakyat dan bangsa Malaysia telah menunjukkan satu sikap ukhwah dan perpaduan kaum boleh mengatasi segala dakyah dan momokkan pihak UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun bahawa perhimpunan 100,000 rakyat akan gagal……dan hari ini 6hb.Nov.2000 kita boleh melihat dalam akbar arus perdana ( AKBAR CINA ) gambar berwarna suasana GERAKAN REFORMASI 100,000 RAKYAT dijadikan berita utama….tetapi akbar kroni (NST dan UTUSAN) hanya menjadikanya sebagai berita sampingan…dan menipu pembaca sekali lagi dengan memaklumakan lebih kurang 1,000 sehaja yang hadir dalam majlis 100,000 rakyat ini……??? Kita nak bertanya kepada akbar kroni ini…..apa yang ditunjukkan oleh AKBAR CINA itu satu perkara palsu atau akbar kroni yang palsu……?? Dan seluruh media cetak dan elektronik DUNIA menjadikan berita GERAKAN REFORMASI 100,000 rakyat sebagai berita utama mereka…..??? Apakah rejim Mahathir@Mahafiraun dan UMNO@BN ingin menafikan fakta dan perkara yang sebenarnya berlaku di Malaysia…..???

Pada 5hb.Nov.2000 ini kita semua telah melihat…. ke empat-empat Presiden Barisan Alternatif bersama-sama rakyat marhain menghadapi rejim Mahathir@Mahafiraun di Lebuhraya Kesas…..hari ini juga ke empat-empat Presiden ini merasai pancutan air beracun dan bom asap FRU….ini lah dikatakan pemimpin bersama rakyat….bersama-sama ketika senang dan susah……tapi Mahathir@Mahafiraun akan melakukan sebaliknya senang makan sendiri, susah biar rakyat yang tanggung……kenyaatan diakui ini oleh Mahathir@Mahathir minggu lepas " Pemimpin Kerajaan dan UMNO@BN tidak akan susah jika berlaku sekatan EKONOMI. Tetapi rakyatlah yang akan menanggung segala kesusahan akibat sekatan EKONOMI ini ", dimanakah slogan pemimpin bersama rakyat yang laung-laungkan oleh Mahathir@Mahafiraun selama ini. 5hb.Nov.2000 juga telah membuktikan kebangkitan FASA KEDUA GERAKAN REFORMASI RAKYAT selepas tragedi 20hb.Sept.1998, Kalau di Masjid Negara dan Dataran Merdeka rakyat berjaya berkumpul……kali ini di FASA KEDUA… Lebuhraya Kesas pula menjadi saksinya…..

Rakyat dan bangsa Malaysia dari berbilang kaum sedia mengorbankan masa dan harta ( kereta dan motor rosak akibat pukulan FRU) untuk bersama-sama Presiden Barisan Alternatif dan Pejuang REFORMASI, bahawa roh REFORMASI masih segar dan kuat….serta GERAKAN REFORMASI tidak akan mati selagi rejim Mahathir@Mahafiraun dan UMNO@BN masih berada disinggah sana PEMERINTAHAN DIKTATOR MALAYSIA. Rakyat tidak undur lagi untuk memusingkan jam ke belakang……rakyat akan terus melawan arus rejim Mahathir@Mahafiraun dan UMNO@BN …..lawan tetap lawan……lawan sampai ketitisan darah terakhir untuk memastikan MALAYSIA YANG ADIL tertegak jua akhirnya.

Generasi Alaf Baru…..adalah pendokong utama GERAKAN REFORMASI KEBANGSAAN…… Mahathir@Mahathir dan UMNO@BN kini dikelilingi oleh Pendekar-Pendekar Tua yang telah tercabut gigi…..hinggakan tidak mampu untuk berkata-kata atau menyanggah titah perintah Maharaja Mahathir@Mahafiraun …. Pendekar Tua tak bergigi ini hanya mampu menundukkan kepala tanda akur…walaupun didalam jiwa…hati memberontak membantah…..inilah pahlawan yang masih mahu bersama-sama Maharaja Mahathir@Mahafiraun dan UMNO@BN . Tapi para PENDOKONG GERAKAN REFORMASI KEBANGSAAN DAN BARISAN ALTERNATIF….begitu segak dan tabah serta penuh bergigi putih bak ubat gigi SNOWHITE…..begitu tampan dan begitu ayu bersama-sama saf kepimpinan Barisan Alternatif untuk mempertahankan Hak Rakyat dan Bangsa Malaysia dari diliwat dan dirobek oleh rajim Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN . Suasana yang berbeza antara Pendekar UMNO@BN dan Mahathir@Mahafiraun dengan Penjuang GERAKAN REFORMASI KEBANGSAAN.

Apa yang dicita-citakan serta hasrat utama Perhimpunan 100,000 rakyat telah mencapai matlamatnya…..kini menjadi tanggungjawap semua pihak dari Barisan Alternatif dan Gerakan REFORMASI untuk merealisasikan segala hasrat dan matlamat ini kepada seluruh rakyat dan bangsa Malaysia….bahawa Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN wajib dinyahkan dari Malaysia dan ANWAR IBRAHIM dibebaskan, Hak dan Suara Rakyat serta Perlembagaan Persekutuan dihormati dan dijadikan salah satu paksi pemerintahan Islam bersama kerajaan demokrasi berparlimen.

Kita semua wajib memainkan peranan memberikan penerangan dan kefahaman kepada seluruh rakyat dan bangsa Malaysia…..selagi ada rejim Mahathir@Mahafiraun dan UMNO@BN memerintah, selagi itulah keadilan, kesaksama, kebebasan yang berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah tidak akan mampu ditegakkan dan dimartabatkan di Malaysia bumi yang tercinta ini……namun kecintaan utama kita kepada Allah s.w.t dan junjungan Nabi Muhamad s.a.w, amin.

Kepada semua peserta perhimpunan 100,000 rakyat…..penulis mengucapkan tahniah serta ribuan terima kasih diatas sokongan dan pengorbanan anda semua……tanpa sokongan dan pengorbanan anda semua…..adalah mustahil segala hasrat ini mencapai matlamatnya. Kepada semua peserta perhimpunan terima kasih diatas kesabaran berlandaskan iman…kerana tidak menyerang dan membalas tindakkan zalim pihak SB dan FRU….dan anda telah membukti anda secara boleh berhimpun secara aman, walaupun dizalimi dan dihina oleh Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN ….tahniah sekali lagi, begitu juga juga kepada Jawatankuasa Majlis yang sanggup menghadapi risiko menganjurkan majlis ini….semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran yang sempurna kepada anda semua, Insya Allah.

"Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN "
6HB.NOV.2000

REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL

 

SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright © 2000 The Reformiz Inc.