http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


 

LAPORAN SAKSI PERHIMPUNAN 100,000 RAKYAT 5HB NOVEMBER 2000

Usaha Madey dan kuncu-kuncunya yang berselindung di sebalik uniform polis dan FRU untuk menyekat perhimpunan Rakyat di Jalan Kebun, Klang meskipun nampak macam berjaya namun pada hakikatnya mereka telah gagal sama sekali. Walaupun tidak disiarkan di dada TV kononnya untuk menunjukkan bahawa perhimpunan itu tidak penting namun melihatkan usaha dan cara mereka menghalang limpahan rakyat dengan cara membuat sekatan jalanraya membuktikan mereka sentiasa bimbang dan resah. Malah tindaktanduk ganas mereka berhadapan rakyat tidak bersenjata dan tidak mahu bertempur dengan pihak beruniform menunjukkan betapa terdesaknya Madey dengan jika jayanya perhimpunan ini. Perhimpunan ini saya sifatkan berjaya kerana memang jelas , ratusan ribu rakyat turun memberikan sokongan sekaligus membuktikan rakyat sentiasa bersetuju bahawa kerajaan sekarang sememangnya pincang dan korupsi. Memang mereka berjaya menyekat rakyat berhimpun tetapi kejayaan mereka hanya setakat itu.

Kami tiba di satu lorong perkampungan kira-kira 2 km dari tapak perhimpunan merupakan jarak terdekat boleh sampai setelah 3 jalan biasa disekat dengan hebat. Kenderaan untuk ke Pekan Banting disekat sama sekali untuk laluan walaupun urusan apapun. Demikian ketakutannya mereka ini. Laluan kedua juga menemui kegagalan namun ribuan rakyat tidak berpuashati berdiri sepanjang 1 km dari sekatan jalanraya dibuat. Mencari laluan ke 3 akhirnya membawa ke satu simpang terdekat lebihkurang 2 km dari tapak perhimpunan. Sejurus kami tiba, YB Mat Sabu juga tiba bagaikan pahlawan serta disambut dengan takbir oleh rakyat . Tanpa gentar, beliau terus ke saf hadapan berdepan dengan FRU dan Polis. Keberanian beliau disertai lebihkurang 4,000 rakyat. Lorong bertar ini sebenarnya agak padat dengan rumah orang kampung. Oleh kerana sekatan dibuat, akhirnya persimpangan ini dengan sekejap dipenuhi oleh rakyat. Namun seperti biasa, FRU seperti hilang pertimbangan dan peri kemanusiaan dengan biadapnya menembak bertin-tin pemedihmata dan jirusan air berasid kepada rakyat tanpa mengira kehadiran kanak-kanak dan wanita. Mereka juga mengenepikan sifat perikemanusiaan mereka dan rakyatlah yang sebenarnya membayar gaji mereka dengan balasan semburan air berasid dan pemedih-pemedih mata tanpa mengira perkampungan orang.

Dengan sekelip mata., perkampungan itu penuh dengan asap yang menyiksa. Namun bukan mudah untuk menewaskan rakyat kerana dengan sekelip mata rakyat kembali mengukuhkan benteng. YB Mat Sabu memang teruji kepetahan berpidato malah merupakan wira yang teruji kelasakan fisikal, tegak beliau basah dipancut namun berganjak tidak juga. Syabas YB.. Ramai membasuh muka dengan air di surau berdekatan. Babak menghambat rakyat dengan ugutan pukulan dan sebagaimya. Sedikit pun rakyat tidak bertindak balas walaupun dilorong itu terdapat batu-batu kecil dan kayu-kayu.Namun jangan diuji kesabaran rakyat, takut-takut trend bertindak rakyat Palestin berjangkit ke Malaysia pulak!!

Sketsa ini bukan satu drama tetapi hakikat yang sedang berlangsung dan ini hanya satu sudut lorong satu kampung dimana rakyat cuba menghampiri tapak perhimpunan. Dari perkhabaran melalui handphone, rakyat beribu-ribu berkumpul di Highway Bukit Kemuning, Jalan Klang-Banting, Jalan Kapar juga beberapa lokasi lagi menunjukkan hakikat sokongan rakyat untuk membasmi kezaliman belum terpadam malah terus menyala dengan marak yg akhirnya akan membakar hangus unggun-unggun diktatorship Madey, insyallah………….

Cyber Narrator

 

SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright © 2000 The Reformiz Inc.