http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


 

LAGI LAPORAN PERHIMPUNAN 100,000 RAKYAT JALAN KEBUN

Sehari sebelum perhimpunan bermula aku meninjau di Jln Kebun Shah Alam.

Aku lihat sekatan jalanraya telah diadakan oleh polis di susur keluar dari lebuhraya Kesas ke Jalan kebun. Semua sekatan jalan diadakan mana mana jalan masuk ke Jln Kebun.

Jika datang dari bandar Kelang dua sekatan diadakan.

Dari jalan jalan kecil perkampungan pun diadakan sekatan. Kalau lihat FRU macam lah polis nak berperang dengan rakyat lagaknya. Aku lihat ramai FRU tercegat di jalan masuk ke markas Keadilan. Ditepi tepi jalan kebun tuu penuh dengan polis.

Ulasan :

Apalah agak nya nak jadi dengan Malaysia. Parti yang sah minta permit polis nak guna stadium Bkt Jalil sebanyak 2 kali tak diberi nya. Dia ingat mak bapak dia punya ke stadium Bkt Jalil tuu. Guna wang rakyat bina stadium sepatutnya siapa siapa yang minta nak guna stadium beri ajelah.

Mereka pun bayar cukai juga. Tak kiralah parti mana. Inilah pemerintahan kuku besi dibawah regim jahat Maha****

Kemudian Parti Keadilan minta permit nak buat ceramah di markas nya sendiri juga tidak diberi permit. Apa nama negara demokrasi namanya ni??? Kalau parti pemerintah nak buat ceramah ke berhimpun ke , mereka bebas. Tadi aku lihat dalam TV Maha**** kata kita orang berhimpun secara haram dan mencabul perlembagaan konon... sebenarnya kamulah yang rogol perlembagaan hingga nak berhimpun secara aman atau berceramah pun tidak dibenarkan padahal ianya telah termaktub dalam perlembagaan ....

Aku nak tanya sikit .... apa yang kamu takut sangat parti BA nak beri ceramah ?? Kalau betul BA memfitnah atau membohongi rakyat , kamu ingat rakyat nak telan mentah mentah apa yang mereka kata??? Rakyat sekarang boleh berfikir sendiri bukan nya bodoh macam tahun 60 an dulu. Mereka dah lihat apa yang kamu cakap dan apa yang kamu buat. Inilah cara Maha**** menakut nakut kan rakyat dengan polis dan FRU

Tadi aku dengar dalam TV mengatakan ada mereka yang ditangkap dalam perhimpunan haram (konon) dan dia tayang FRU sembur air kpd orang ramai kemudian dia cakap perhimpunan tak dapat sambutan ... ini lah bodoh dan bangang punya komentar... kalau perhimpunan tak dapat sambutan mengapa FRU sembur air kpd orang ramai ?????????? itu tanda nya orang ramai dan FRU cuba menyuruh orang ramai pulang dengan semburan .... aku lihat kereta berduyun duyun di highway tak dapat masuk kerana di tahan / tak dibenar masuk ke jln kebun .

Kumpulan orang ramai telah berpecah ke masjid Shah Alam dan ke Bkt Jalil semasa aku jumpa puak reformis di masjid lebih kurang 20,000 orang dah berada di perkarangan masjid Shah Alam

Aku nak cadangkan kepada Pengerusi Perhimpunan 100,000 rakyat Hj. Saari Hj. Sungib apakata kita buat perhimpunan ini di sempadan Terengganu dan Pahang iaitu di Kemaman misalnya ianya dekat kpd mereka di barat dan tidak jauh dari Timur tetapi mudah dapat permit. Anjurkan sebelum puasa nii... target juta rakyat

Kita gegarkan Malaysia dengan reformasi dan takbir dan panggil semua World News / press biar mereka ternganga...

6 Nov 2000

 

SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright 2000 The Reformiz Inc.