http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Dikemaskinikan  pada 29 Jan 2001 10:17  

 

 

 

Pilihanraya Kecil

N.34 LUNAS

29 NOV 2000

 

 

 

Baca Laporan Perhimpunan 100,000 Rakyat

 

 

Sila kirimkan pandangan serta komen anda kepada kami

 

 

 

 

 

GEMPAR!! YB Azmin dan Sdr Ezam ditahan

 

26 Dis 2000 (12:32p.m.)

Setelah kembali dari tanah suci Mekah untuk mengerjakan Umrah, YB. Azmin Ali dan Sdr. Ezam Mohd. Nor telah ditahan polis di balai ketibaan KLIA pada jam 11:45 pagi ini. Setelah penahanan 7 orang petugas dan pemimpin KeADILan termasuk Ruslan Kassim, Tian Chua dan N. Gobalakrishnan; sekarang YB. Azmin dan Sdr. Ezam menjadi mangsa kezaliman kerajaan BN pimpinan Mahathir Mohamad.

 

(Menurut maklumat yang kami terima ada seramai 60 orang yang akan ditahan oleh pihak polis dalam gerakan besar-besaran.)

 

Menurut maklumat yang kami terima, kenyataan daripada YB. Azmin dan Sdr. Ezam sedang diambil dan mereka kini telah dibawa ke balai polis KLIA. Nyata sekali bahawa kerajaan zalim pimpinan Mahathir Mohamad tidak dapat menerima keputusan rakyat di Lunas tempoh hari yang sudah jelas menolak kerajaan pimpinannya.

 

Beliau sekarang sudah nekad dan akan mengambil apa-apa tindakan samada menurut lunas undang-undang ataupun tidak. Ini dilakukan semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu serakah dirinya untuk menguasai tampuk kepimpinan negara.

 

Dengan takbir raya akan bergema dalam masa tidak sampai 12 jam, Sdr. Anwar sedang merengkok didalam hospital mengerang kesakitan, YB. Azmin dan Sdr. Ezam tidak dapat dipastikan samada dapat menyambut Hari Raya bersama-sama anak isteri. Adakah ini sikap seorang pemimpin negara Islam? Ini jelas menunjukkan bahawa tiada titik noktah dalam memuaskan hawa nafsu Mahathir Mohamad.

 

Adakah kita sebagai umat Islam dalam sebuah negara yang kita banggakan sebagai sebuah negara Islam contoh, akan duduk diam berpeluk tubuh melihat saudara se-Islam kita diperlakukan sedemikian dalam bulan Ramadhan dan menjelang Syawal yang mulia ini?

Maksud sabda Rasulullah s.a.w : 

Kita wajib menegur sesuatu perbuatan yang mungkar(kejahatan) jikalau kita mampu dengan kekuatan fizikal, jikalau kurang upaya dengan tutur kata dan nasihat malah paling kurang sekalipun dengan niat dan doa. 

Oleh itu, bangunlah seluruh umat manusia ditanah tumpahnya darah kita bernama Malaysia ini, sambutlah Hari Raya dengan penuh taqwa.

Aidilfitri merupakan hari kemenangan menentang kebatilan, kemungkaran dan kezaliman. Ambillah iktibar daripada Hari yang mulia ini utuk kita sama-sama kuatkan iltizam dalam menegakkan kebenaran dan KeADILan. Semoga perjuangan kita diberkati Allah s.w.t. dan pohonkanlah daripadNya, tauhid dan hidayah semoga kita sentiasa dipeliharaNya. 

 

the Reformiz inc

http://pemudakeadilan.tripod.com/ 


 
Cadangkan laman ini kepada rakan

 

 

 

 


SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright 2000 The Reformiz Inc.