http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Dikemaskinikan  pada 29 Jan 2001 10:17  

 

 

 

Pilihanraya Kecil

N.34 LUNAS

29 NOV 2000

 

 

 

Baca Laporan Perhimpunan 100,000 Rakyat

 

 

Sila kirimkan pandangan serta komen anda kepada kami

 

 

 

 

 

Idrus Wan Chik di ICU & Beraya Bersama Sdr Anwar Ibrahim di HKL

-Lokman Adam

 

31 Dis 2000

Dikesempatan Eidulfitri ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam di Malaysia dan luar negara. Didalam keadaan umat Islam bergembira di Hari Raya, tahun ini merupakan tahun ketiga Dato Seri Anwar Ibrahim, tokoh Reformasi yang kita cintai meraikan hari lebarannya dibelakang jejaring besi.

 

Kepiluan Hari Raya tahun ini ditambah apabila melihat teman seperjuangan kita Sdr Idrus Wan Chik, bekas Bendahari Pemuda KeADILan dan Ketua Pemuda Selangor yang telah ditimpa kemalangan di petang 1 Syawal yang baru lepas. Beliau telah jatuh dari loteng rumah ketika sedang membaiki antena televisyen rumahnya.

Beliau tidak sedarkan diri (koma) dan dimasukkan ke Wad ICU, Hospital Selayang.

 

Hari ini saya bersama Sdr Ezam Mohd Nor telah melawatnya dan melihat sendiri keadaan beliau yang amat memilukan. Alhamdulillah, beliau beransurpulih hari ini, dan beliau dapat mengenalpasti Sdr Ezam. Namun begitu, ingatan beliau masih belum pulih sepenuhnya. Kepada teman-teman, saya merayu agar dapat menziarah teman seperjuangan kita di Katil no.22, Wad 4B, Tingkat 4, Hospital Selayang.

 

Tidak lupa juga, untuk mengurangkan penyiksaan yang dialami oleh Sdr Anwar, saya turut berharap agar kita dapat beramai-ramai pada hari Isnin, 1 Januari 2001 jam 5:00 ptg ke Hospital Kuala Lumpur untuk meraikan Hari Raya bersama Sdr Anwar.

 

Akhir kata Salam Perjuangan buat semua.

 

Lokman Adam

Setiausaha Pemuda KeADILan

Cadangkan laman ini kepada rakan

 

 

 

 


SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright © 2000 The Reformiz Inc.