http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Dikemaskinikan  pada 29 Jan 2001 10:17  

 

 

 

Pilihanraya Kecil

N.34 LUNAS

29 NOV 2000

 

 

 

Baca Laporan Perhimpunan 100,000 Rakyat

 

 

Sila kirimkan pandangan serta komen anda kepada kami

 

 

 

 

 

KENYATAAN RASMI PEMUDA KEADILAN MALAYSIA BERHUBUNG PENYALAHGUNAAN WANG RAKYAT UNTUK MENYELAMATKAN MAS

Pergerakan Pemuda KeADILan amat memandang serius dengan tindakan kerajaan
menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya dalam menyelamatkan ahli
perniagaan yang merupakan  kroni kepada Menteri Kewangan dan Perdana Menteri.  


Tindakan menyelamatkan Tajuddin Ramli dengan membeli Saham MAS pada harga
RM8 seunit sedangkan harga semasa hanya RM 3.60 jelas adalah merupakan satu
“Pengkhianatan” kepada rakyat Malaysia. Ini dilakukan tika rakyat terpaksa
menanggung kesengsaraan akibat kejatuhan harga barangan eksport negara berbanding
dengan peningkatan harga barangan import dan keperluan harian tempatan.

Usaha menyelamat Halim Saat pula melalui pengambilalihan STAR dan PUTRA
merupakan antara tanda awal bahawa lebih ramai kroni mereka akan diselamatkan
melalui pengambilalihan syarikat swasta yang gagal.

Dengan ini Pemuda KeADILan atas prinsip bahawa wang rakyat mesti dijaga
secara jujur, telus, dan amanah, kami dengan ini mendesak agar diwujudkan
satu Suruhanjaya Siasatan Awam untuk menyiasat bagaimana kerajaan Malaysia
boleh membeli saham MAS dengan harga yang begitu tinggi sedangkan Brunei
menjual saham yang sama dengan harga hanya RM 4.00 dua minggu sudah.


MUSTAFFA KAMIL AYUB
Timbalan Ketua Pemuda KeADILan 

 
Cadangkan laman ini kepada rakan

 

 

 

 


SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright © 2000 The Reformiz Inc.