http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Dikemaskinikan  pada 29 Jan 2001 10:17  

 

 

 

Pilihanraya Kecil

N.34 LUNAS

29 NOV 2000

 

 

 

Baca Laporan Perhimpunan 100,000 Rakyat

 

 

Sila kirimkan pandangan serta komen anda kepada kami

 

 

 

 

 

SURAT SDR EZAM KEPADA NOH OMAR

 

4 Januari 2001

 

YB Datuk Noh Hj Omar

Pengerusi

Pertubuhan Alumni Kelab-kelab UMNO Luar Negara

d/a  Pejabat Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri

Aras 3, Blok Barat, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502  Putrajaya                                                                                  Fax :  03-88883541

 

YB Datuk

 

PERBINCANGAN ISU PENYATUAN ORANG MELAYU

 

Pemuda Keadilan merakamkan penghargaan di atas kesediaan Pertubuhan Alumni Kelab UMNO untuk mengadakan perjumpaan untuk mendapatkan "penjelasan dan pendirian Pemuda Parti Keadilan mengenai isu Penyatuan Orang-orang Melayu dan isu tuntutan Suqiu".

 

Kami tidak bersetuju dengan pertemuan tersebut kerana bagi Pemuda Keadilan isu sebenar negara hari ini bukan isu Penyatuan Melayu atau tuntutan Suqiu.  Isu  negara hari ini ialah persoalan rasuah dan penyelewengan di kalangan pimpinan kerajaan, pencabulan dan salah guna kuasa terhadap institusi  pelaksana hukum seperti kehakiman, BPR dan Jabatan Peguam Negara, penggunaan dana awam untuk menyelamati individu tertentu yang amat berleluasa dan mengancam keutuhan ekonomi negara dan kemaslahatan rakyat Malaysia.

 

Acap kali isu penyatuan dijadikan sandaran untuk menutup kepincangan sebenar bangsa ini.  Akhir 80an dahulu pertembungan berlaku di kalangan pimpinan utama UMNO.  Riuh-rendah isu rasuah dan penyelewengan kalangan elit pemerintah diperdebatkan  Bila gagasan perpaduan dipalu, akhirnya rakyat diarah berpadu dan cerita rasuah tiba-tiba menjadi abu.  Pemimpin rasuah terus selamat dan rakyat pula yang dipersalahkan kerana berpecah dan diminta  pula bekerja kuat untuk mencapai perpaduan.

 

Oleh yang demikian, Pemuda Keadilan ingin menegaskan bahawa kami menolak sebarang usaha perpaduan yang tidak dikaitkan    dengan gagasan mencegah rasuah dan penyelewengan kuasa.   Bagi kami, perpaduan tanpa iltizam untuk membanteras najis rasuah dan dosa penyalahgunaan kuasa adalah kosong dan tidak bermakna.

 

Sekian.  Terima kasih.

 

Mohamad Ezam Mohd Nor

Ketua Pemuda

 

Cadangkan laman ini kepada rakan

 

 

 

 


SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright 2000 The Reformiz Inc.