http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Dikemaskinikan  pada 29 Jan 2001 10:17  

 

 

 

Pilihanraya Kecil

N.34 LUNAS

29 NOV 2000

 

 

 

Baca Laporan Perhimpunan 100,000 Rakyat

 

 

Sila kirimkan pandangan serta komen anda kepada kami

 

 

 

 

 

KENYATAAN PEMUDA KEADILAN BAHAGIAN TELUK INTAN 

 

Isu perpaduan melayu yang sedang disandiwarakan oleh pemimpin Umno sekarang ini telah menunjukkan bahawa mereka sekarang ini sedang mengalami tekanan yang kuat akibat perpecahan di dalam parti mereka sendiri. Mengapakah dengan tiba-tiba sahaja isu perpaduan melayu menjadi isu utama semenjak kekalahan mereka di Lunas? 

Dengan ini, kami ingin menyatakan sokongan kepada Pemuda keADILan Malaysia yang diketuai oleh Sdr Ezam, untuk TIDAK menyokong sebarang usaha mengadakan perbincangan bersama Umno yang diketuai oleh Mahathir bagi membincangkan masalah perpaduan orang Melayu. Kami juga ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti keADILan Nasional yang telah membuat keputusan menolak jemputan dari Mahathir untuk mengadakan perbincangan tersebut. 

Kami sebagai generasi muda sudah muak dengan politik perkauman yang diamalkan oleh parti-parti BN sebelum ini. Sekarang sudah sampai masanya, anak-anak muda membentuk satu wadah politik baru yang menolak politik perkauman di negara ini. 

Selepas kemenangan Barisan Alternatif di Lunas, Mahathir dapat merasakan tamparan hebat di muka beliau oleh rakyat Lunas, terutamanya dari pengundi Cina yang telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada BA apabila mereka sudah sedar bahawa politik Mahathir hanya mementingkan kaum kerabatnya sahaja yang tidak mempunyai wawasan apa-apapun untuk memajukan rakyat di negara ini. Sekali lagi Mahathir memainkan isu perkauman dengan menuduh Suqiu sebagai puak pelampau disamping beliau sendiri menyatakan perpaduan antara kaum perlu dipelihara. 

Perbincangan kosong antara wakil Suqiu dengan wakil pemuda Umno yang diketuai oleh Hishamuddin telah menunjukkan 'warna' sebenar Hishamuddin apabila pembatalan perdebatan beliau dengan Mahfuz diumumkan oleh Abdullah Badawi. Dalam kenyataan Ezam hari ini jelas menunjukkan bahawa kepemimpinan pemuda Umno tidak ada kredibiliti langsung untuk menghadapi sebarang cabaran. 

Dengan ini, Pemuda keADILan Bahagian Teluk Intan ingin membuat kenyataan bahawa kami menyokong penuh Kenyataan Ketua Pemuda keADILAN Malaysia, Sdr Ezam Md Noor pada 1 Januari 2001 dan Kenyataan Presiden keADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah pada 8 Januari 2001, berhubung penolakan untuk mengadakan perbincangan dengan Umno mengenai perpaduan orang Melayu. 

Pemuda keADILan Teluk Intan juga bersumpah untuk mempamerkan aksi perjuangan anak muda untuk menumbangkan Mahathir agar beliau tersungkur di bumi Malaysia ini sebagai seorang Perdana Menteri yang paling hina di mata Rakyat Malaysia. 

 

Muzaffar Shah 

Ketua Pemuda keADILan Bahagian Teluk Intan 

09 Januari 2001

 
Cadangkan laman ini kepada rakan

 

 

 

 


SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright © 2000 The Reformiz Inc.