http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Dikemaskinikan  pada

14 Apr 2001 02:41  

 

 

 

Pilihanraya Kecil

N.34 LUNAS

29 NOV 2000

 

 

 

Baca Laporan Perhimpunan 100,000 Rakyat

 

 

Sila kirimkan pandangan serta komen anda kepada kami

 

 

 

Kenyataan Media Penyerahan Memorandum - 14 April 2001

Esok, 14 April 2001, satu rombongan yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen Barisan Alternatif dan wakil-wakil daripada NGO akan menyerahkan Memorandum Rakyat kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Memorandum tersebut menyentuh isu-isu utama yang melibatkan kepentingan awam termasuk hak asasi manusia, demokrasi, pentadbiran yang baik dan pengurusan ekonomi.

Asalnya memorandum tersebut sepatutnya diserahkan oleh sekumpulan individu prihatin yang komited kepada gerakan reformasi. Oleh kerana beberapa tokoh utama dalam kumpulan tersebut telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ahli-ahli Parlimen BA telah membuat keputusan untuk mengetuai delegasi penyerahan memorandum sebagai tanda solidariti dengan mereka yang ditahan dan tanda bantahan terhadap ISA.

Penyerahan memorandum tersebut akan disaksikan oleh suatu perhimpunan aman para pencinta keadilan sosial dan demokrasi. Mereka berhimpun dalam kerangka hak asasi berhimpun secara aman yang dijamin oleh Perlembagaan negara.

Para ahli Parlimen dan pimpinan BA dan NGO menggesa agar segala langkah yang perlu diambil untuk mempastikan perhimpunan esok kekal aman. Kita tidak harus membenarkan sesiapa untuk melakukan provokasi untuk menggganggu keamanan proses penyerahan memorandum tersebut. Kita harus benar-benar mengawal diri dan berwaspada dalam situasi dimana ada kemungkinan anasir-anasir tertentu akan cuba merancang kekacauan untuk nantinya mempersalahkan BA dan perhimpunan aman esok. Apa-apa insiden buruk akan dijadikan alasan oleh mereka yang mahu menyekat suara bantahan demokratik untuk menangkap lebih ramai pimpinan dibawah ISA dan melemahkan gerakan reformasi. Oleh itu sikap berwaspada dan mengawal diri cukup penting dalam perhimpunan esok.

Sesudah penyerahan memorandum tersebut, perhimpunan harus bersurai dengan aman. Kita tidak harus membenarkan para musuh demokrasi dan keadilan sosial mengganggu-gugat perjuangan kita yang aman dan berlandaskan perlembagaan ke arah Malaysia yang lebih adil.

Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Nasional
Ahli Parlimen Permatang Pauh

13 April 2001


 

 
Tone lagu Suara Rakyat Baru!

 

 

 

SEKRETARIAT PEMUDA KEADILAN MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan Webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright © 2000 The Reformiz Inc.