http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Dikemaskinikan  pada

14 Apr 2001 09:04  

 

 

 

Pilihanraya Kecil

N.34 LUNAS

29 NOV 2000

 

 

 

Baca Laporan Perhimpunan 100,000 Rakyat

 

 

Sila kirimkan pandangan serta komen anda kepada kami

 

 

 

PERUTUSAN KHAS “BLACK 14” 

Akibat daripada kenyataan “Gila” dan “Mengaibkan” Haji Norian Mai yang baru sahaja pulang dari Tanah Suci Mekah berhubung pelancar roket dan bom tangan yang akan digunakan oleh penganjur Upacara Penyerahan Memorandum Rakyat 14 April, pihak pentadbiran ANGKASA telah membatalkan kebenaran menggunakan Auditorium Wisma Ungku Aziz di atas sebab-sebab keselamatan (Surat Pembatalan Dilampirkan). 

Sehubungan dengan itu, Pemuda Barisan Alternatif telah mencapai kata sepakat untuk menangguhkan Konvensyen Ekonomi Pemuda Barisan Alternatif dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada upacara penyerahan Memorandum Rakyat pagi esok. Walaubagaimanapun, Ceramah Perdana sempena “Hari Menentang Kezaliman” akan tetap diteruskan pada malam ini di Markas Tarbiyyah Pas Taman Melewar. 

Semua Pimpinan dan Pendokong Pemuda Barisan Alternatif diseru untuk bersama-sama dengan kelapan-lapan pimpinan Barisan Alternatif yang akan dipimpin oleh YB Datin Seri Wan Azizah untuk memastikan program tersebut berjaya. 

Dengan kemampuan pasukan khas Haji Norian yang cukup terlatih menggunakan pelbagai senjata untuk menyerang FRU sepertimana yang dipertontonkan kepada kita sewaktu melancarkan 4 biji “Water Canon” yang bernilai RM 8 juta Rabu lalu, adalah dinasihatkan agar kita mampu mendisiplinkan diri meskipun apa yang dilakukan oleh pasukan FRU esok membangkitkan kemarahan kita. 

Kesabaran dalam mengawal perasaan dan kepatuhan menerima arahan pimpinan amat penting bagi memastikan kita tidak termakan umpan para provokator. Pihak penganjur akan mengistiharkan nama Maestro yang bakal mengeluarkan arahan-arahan dari masa kesemasa pagi esok. Arahan dan perkembangan terkini juga akan disalurkan melalui SMS. Pelanggan Maxis (012) dan Celcom (019) digalakkan untuk menghantar no telefon dan e-mail mereka kepada pemudaalternatif@freeanwar.com untuk mengikuti perkembangan semasa Majlis Penyerahan Memorandum Rakyat sempena Ulangtahun Ke 2 “Hari Menentang Kezaliman” 14 April, 2001.

“KATAKAN TIDAK KEPADA KEZALIMAN” 

LOKMAN ADAM 

13 April 2001 

Setiausaha Pemuda Barisan Alternatif

 
Tone lagu Suara Rakyat Baru!

 

 

 

SEKRETARIAT PEMUDA KEADILAN MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan Webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright © 2000 The Reformiz Inc.