http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Dikemaskinikan  pada 11 Mar 2001 14:24  

 

 

 

Pilihanraya Kecil

N.34 LUNAS

29 NOV 2000

 

 

 

Baca Laporan Perhimpunan 100,000 Rakyat

 

 

Sila kirimkan pandangan serta komen anda kepada kami

 

KENYATAAN MEDIA

PEMUDA KeADILan KEDAH

8 MAC 2001

 

Pemuda KeADILan Kedah menganggap tindakan Polis melokapkan Sdr Ezam Mohd Nor di malam Raya Aidul Adha sebagai satu tindakan biadap dan tidak berperikemanusiaan.

Kami ucapkan terima kasih di atas ketidaksempurnaan akal Menteri Dalam Negeri yang diyakini bertanggungjawab mengeluarkan arahan kepada Utusan Malaysia untuk memutarbelit dan memperbesarkan isu “menggulingkan kerajaan”, mengeluarkan arahan kepada Hishamuddin Hussein untuk mengarahkan juak-juaknya agar membuat laporan Polis dan kita juga yakin Abdullah Badawi jugalah orangnya yang bertanggungjawab mengarahkan pihak Polis untuk memulakan tindakan ganas terhadap para reformis termasuk mengurung Sdr Ezam dibelakang jejaring besi di hari mulia ini.

Tindakan Abdullah Badawi ini jelas mencerminkan kegelojohan beliau untuk menduduki kerusi Perdana Menteri dengan memburukkan imej Dr Mahathir.  Taktik kotor Menteri Dalam Negeri ini begitu mudah difahami oleh rakyat terbanyak melalui tindakan yang menambahkan kebencian rakyat terhadap Dr Mahathir seperti keganasan Polis di Kubang Pasu, Kulim dan sekatan terhadap ceramah-ceramah politik anjuran Barisan Alternatif.

Kami ingin memberi amaran kepada Abdullah Badawi agar jangan bermimpi untuk menduduki kerusi Perdana Menteri walaupun sehari.  Apabila Dr Mahathir kami tumbangkan, kami juga akan pastikan tiada lagi Perdana Menteri selepas ini yang akan datang daripada UMNO. 

Pihak Polis dinasihatkan agar sedar bahawa bahang kemarahan rakyat kini sudah terlalu memuncak dan kami sudah bersedia untuk mengambilalih kerajaan dalam pilihanraya akan datang.  Polis sewajarnya bersikap adil dan profesional serta tidak dijadikan kuda tunggangan sesetengah ahli politik UMNO yang sudah nazak dan kehabisan peluru untuk menangkis serangan kami.

Pemuda KeADILan Kedah mendesak agar Sdr Ezam dibebaskan pada kadar waktu segera.  Penahanan beliau bukan untuk siasatan tetapi  untuk mendera.  Mahathir sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa Sdr Ezam akan membuat huru-hara dengan membawa parang dan molotov cocktail pada perhimpunan Black 14 yang lalu, sedangkan tiada apa yang berlaku.  Walaupun Sdr Ezam membuat laporan terhadap perbuatan menghasut yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu, sehingga kini tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak Polis.  Kami juga ingin tahu kenapa pihal Polis bersubahat dengan pimpinan Barisan Nasional dengan menenggelamkan segala laporan polis yang telah dibuat terhadap mereka.

Polis bertanggungjawab menjaga keselamatan negara dan bukan menjaga keselamatan kedudukan politik pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

 

MOCTAR MANSUR

Ketua Pemuda KeADILan Keda

 

 
Tone lagu Suara Rakyat Baru!

 

 

 

 


SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan Webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright © 2000 The Reformiz Inc.