http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Tian Chua jelaskan keadaan sebenar

KUALA LUMPUR 23 Nov (Hrkh) - Naib Presiden Keadilan, Tian Chua memohon maaf kepada pemimpin dan ahli-ahli DAP berhubung kenyataan media yang telah sengaja diputarbelitkan fakta mengenai isu pencalonan wakil BA di Pilihanraya kecil N34 Lunas baru-baru ini. Tian chua yang dihubungi pagi ini menjelaskan bahawa beliau sanggup untuk memohon maaf kepada mana-mana pihak terutamanya di kalangan pemimpin-pemimpin DAP yang mungkin tersinggung dengan sikap dan tindakannya sebelum ini. Menurut beliau lagi, sebelum ini beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan keras yang boleh menyinggung mama-mana pihak dalam BA.

Namun pihak media milik kerajaan telah menghidupkan sentimen ini sehingga berlaku salah faham tersebut. Katanya, keadaan ini menjadi lebih buruk kerana pihaknya dan DAP tidak dapat berkomunikasi secara langsung berhubung isu tersebut dan hanya merujuk kenyataan media yang sememangnya sengaja ingin melihat perpecahan dalam BA.

Menurut Naib Presiden Keadilan itu lagi, di saat pilihanraya di Lunas ini pelbagai pihak harus berhati-hati dengan media milik kerajaan serta jangan terpengaruh dengan kenyataan provokasi media tersebut.

Sementara itu. malam tadi DAP mengadakan mesyuarat tergempar di ibu negara berhubung isu penamaan calon di Lunas dan memutuskan agar Naib Presiden Keadilan tersebut memohon maaf dan menarik balik semua kenyataan yang menyinggung parti komponen BA yang lain.

Sehubungan itu menurut Tian Chua, perselisihan faham di kalangan parti-parti komponen dan rakan-rakan seperjuangan dalam BA merupakan unsur-unsur positif yang akan mematang dan mengeratkan lagi kedudukan parti-parti dalam BA. - HarakahDaily