http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


CD ABC di pasaran

Lunas 26 Nov 2000- Pelancaran CD ABC news mengenai satu perbicaraan yang memalukan ke atas DSAI. Ianya turut membicarakan bagaimana konspirasi yang dijalankan. Malahan pelancarannya turut dilsiarkan secara langsung ke atas 13 buah negara Eropah sejak 3 minggu yang lepas. Rakamannya boleh didapati dipasaran sekarang. “Lagi diharamkan , lagi laku. Macam buku Shit” demikian jelas Sdr Roslan Kassim merujuk kepada tangkapan keatas enam penjual VCD semalam.

Dalam dokumentari tersebut, ia jelas bukan sahaja akan meminggirkan Malaysia dari pesada dunia antarabangsa, malahan ianya juga menunjukkan dengan jelas bahawa sistem perundangan yang jelas memihak kepada kroni.Ianya sungguh memalukan kerajaan pimpinan Mahathir di negara luar.

 

Cula memihak kepada BA, tapi AWAS TAKTIK KOTOR BN

Cula bancian pilihanraya dengan jelas menunjukkan bahawa BA sedang mendahului dengan 52-48, menunjukkan dengan jelas bahawa masyarakat Lunas menolak UMNO. Malahan jamuan makan malam yang anjurkan oleh BA dan dihadiri oleh DSWA dipenuhi dengan masyarakat Cina. Tapi Awas ada beberapa cubaan menipu.

 

JIKA ANDA MELIHAT BAS YANG MERAGUKAN, LAPORKAN SEGERA KE BILIK GERAKAN BA YANG TERDEKAT

1.Pengesanan hampir 6000 nama yang tidak mempunyai nama dan alamat yang jelas dan pihak BA akan berjumpa dengan pihak SPR hari ini.

2.Cubaan memburukkan emej BA dimana hampir puluhan bendera BA telah hilang di bilik gerakan BA di Taman Selasih. Dua hari lepas menyaksikan bahawa puluhan anak muda berkonvoi dengan motosikal dan membuat bising dengan deruman enjin dengan membawa bendera dan mengganggu penduduk . Mulai semalam tidak ada konvoi bermotor dari pihak BA.

3.Cubaan memburukkan Sdr Saifuddin dengan memaparkan bahawa beliau dilahirkan di Singapura.

4.Hadiah dan wang ringgit ditaburkan kepada pengundi.Kain batik berlori,beras bertimbun.jalanraya di baiki.

 

“Peeeeeeeeerah Khir Toyo” , Balik jaga Selangor

Semalam menyaksikan Khir Toyo menjadi Imam sembahyang asar di masjid Taman Selasih. Menurut Ketua Pembangkang YB Datuk Fadzil Noor, adalah jelas UMNO menggunakan Masjid untuk berkempen. Ramai yang membawa balik hampers hadiah dari UMNO. Jalanraya yang elok dielokkan lagi, yang berlubang di luar bandar tidak dipeduli.”Baliklah jaga Selangor, buat apa datang dok kacau sini, dok kacau negeri orang buat apa?”, merujuk kepada arahan keatas Tuan Guru Nik Aziz, oleh Khir Toyo.

 

Syed Razak “Hang Balik Tengok Aloq Setaq, Ayaq 2 hari dah tak ada di Aloq Setaq, buat apa yang dok kalut di Lunaih”

Di Alor Setar berkemungkinan hampir seminggu tidak akan ada air akibat kerosakan janakuasa pengepam air. Ia turut dijelaskan oleh Dato Fadzil Noor bahawa beliau telah menelefon ibupejabat Pihak berkuasa air dan diberitahu bahawa janakuasa pengepam air akan hanya berfungsi seminggu dari sekarang.Turut berceramah semalam ialah hampir kesemua pimpinan Barisan Alternatif yang bergilir-gilir antara satu tempat ke satu tempat.