http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


BN PERALAT PELAJAR EDAR CD
ENAM DITAHAN POLIS

 

Kulim 29 Nov 2000 – Menjelang pilihanraya hari ini menyaksikan enam pelajar sekolah ditahan polis jam 2.00 pagi semalam di bandar Kulim. Keenam-enam pelajar terbabit(lihat gambar ) dipercayai diupah untuk memburukkan imej DSAI secara keterlaluan. Video CD berkenaan yang heboh diperkatakan diedarkan disekitar Bandaraya Kuala Lumpur , kini diedarkan di kawasan pilihanraya Lunas.

Taktik kototr BN ini sebenarnya boleh menyemarakkan lagi kempen pilihanraya kerana ianya memberi tamparan hebat keatas BN kerana rakyat membenci fitnah yang dijalankan semasa kempen pilihanraya. Menurut seorang pelajar yang ditahan yang dikenali sebagai Fahmi Bin Ujang, beliau telah diupah sebanyak RM 50 bagi mengedarkan CD berkenaan kepada orang ramai dalam kempen pilihanraya Lunas yang turun untuk mengundi pada hari ini.

“Saya diupah oleh wakil calon BN iaitu Tn Hj Omar Bin Hj Yahya, yang turut mengeluarkan arahan agar umat Islam menunaikan sembahyang hajat diseluruh masjid di DUN Lunas” , katanya lagi. “Kami diberikan borang E sebagai tanda kempen walaupun belum cukup umur” demikian jelas beliau kepada orang ramai yang mengetahui penangkapan mereka setelah dibebaskan . Sehingga kini belum dipastikan tindakan yang dikenakan kepada pelajar dan wakil BN tersebut.

Semalam menyaksikan bandar Kulim dan Lunas tenggelam dengan penyokong gerakan Reformasi. Hampir seluruh bandar Kulim dan sekitarnya dipenuhi para penyokong Barisan Alternatif. Ada beberapa kawasan yang sengaja digunakan oleh pihak BN malam ini sehinggakan pihak BA mengahdapi kesukaran untuk menyediakan meja panas. Pihak BN sengaja mengadakan ceramah berdekatan dengan penyokong mereka yang berteriak apabila melihat bendera Barisan Alternatif. Dijangkakan faktor pengundi hantu sahaja yang dapat memenangkan Barisan Nasional.