Make your own free website on Tripod.com

 http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


A Reemergence of UMNO’s Team B?

http://www.freeanwar.com/facnews/facnews270101.html

Those who know Abdullah Ahmad Badawi from the days before he became Malaysia’s Deputy Prime Minister say he has not changed much and they still see him regularly to chat about the affairs of the nation.

Of course, in those days, they could see him at short notice while now it takes days to confirm an appointment. But then he is the Deputy Prime Minister, so they should not expect to be able to just walk in to see him as before.

The complaint, though, is not about how long it takes to get an appointment to see him. They can tolerate a little protocol. What they cannot tolerate are the gatekeepers whose mission in life seems to be to block access to Abdullah.

Even that is not the main bone of contention amongst his old friends. What they are worried about is, while one group is being blocked from seeing Abdullah, another group is being given free access. And this group is the corporate bosses and businessmen.

In the past these would be the same people who would line up to see Dr Mahathir. However, these “money men” can see that Mahathir’s days are numbered and they are quickly making new alliances and pledging allegiance to the incoming power, Deputy Prime Minister Abdullah.

One of Abdullah’s friends cautioned him about taking things for granted and assuming he would inherit the throne.

“After all, Mahathir has already disposed of three Deputy Prime Ministers. What makes you think he would hand over the Prime Minister’s job to you. He might just get rid of you like he did the three others before this.”

Abdullah’s confident reply was, “Let him try!”

Abdullah is fully aware of the ‘risk’ attached to being Mahathir’s number two and he is prepared for battle. Mahathir is not going to push him aside as easily as he did Musa Hitam, Ghaffar Baba, and Anwar Ibrahim before this.

As they say, the best form of defense is to attack, and this is exactly what Abdullah is preparing to do.

Every night Abdullah’s boys are having secret meetings and brain storming sessions all over the country. Abdullah has teams crisscrossing the country mobilising the forces against Mahathir.

One must not forget that Abdullah was part of the original Team B in 1986. He sided with Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Shahrir Samad, Rais Yatim, and many more, to try to oust Mahathir.

Team B lost by a narrow margin though some say they actually won and that Mahathir cheated by rigging the votes. This was never proven though so we must go by the official result how narrow it may have been.

Team B was eventually chucked out of UMNO and the way Mahathir did this was by winding up the party and registering a new party. Of course, the Team B members were never invited to join the new party and those few who had applied to do so were turned down.

Team B eventually had to set up its own party – Semangat 46 - and they went into opposition for about ten years or so. Then, slowly and quietly, the Team B members rejoined UMNO, starting with Abdullah himself, later Shahrir Samad, and finally Tengku Razaleigh.

Many say the decision to close down the opposition Semangat 46 and for its members to rejoin UMNO was a wrong move as the team B members would all now be left in the political wilderness. But Team B is too politically savvy for this to happen.

According to Team B, they tried toppling Mahathir from the outside but failed. They now have to try from the inside. Timing is everything. Therefore, while Mahathir has his hands full with Reformasi, they would push from the inside.

Is Team B back in business after an absence of 15 years?

Apparently so, and they are moving more discreetly than they did in the mid-1980s.

Of late, you can see many things happening within UMNO. There is more dissent and the people are more outspoken compared to before. People are beginning to tell Mahathir to his face that he is the root of UMNO’s problems and that he should resign to save UMNO.

And the people sounding the charge are the ex-Team B members like Musa, Razaleigh, Shahrir, Rais, and the man himself, Abdullah Ahmad Badawi.

As what Abdullah’s wife said recently, “When my husband is the Prime Minister later this year….”

At that point she was interrupted with the question - ‘when’ or ‘if’- and her reply was ‘when’.

Abdullah has given Mahathir until the middle of this year to move aside or get run over. Mahathir, knowing his time is almost up, is negotiating his exit. But Abdullah would not commit.

When Mahathir asked whether he wants to take over now, Abdullah replied that he is not ready yet. Abdullah knows, taking over now with the Anwar issue unresolved, is suicide. He needs to settle the Anwar issue first or else he would inherit Mahathir’s problems.

But Mahathir protected himself from his number two by "buying insurance”. He appointed Abdullah the Minister of Home Affairs, which is responsible for the police and prisons. Anwar, therefore, is very much Abdullah’s problem so he cannot just dump the matter on Mahathir’s lap.

This means Abdullah has to deal with Anwar before he takes on Mahathir – and he has started doing just that by trying to send Anwar back to prison.

Raja Petra Kamarudin


TEORI "RAHMAN": ANWAR IBRAHIM JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA MELALUI BARISAN ALTERNATIF

Ini satu cerita lama, tetapi saya perbaharui edisinya dengan menceritakan hakikat sebenar yang tersembunyi di sebalik teori ini. Yang tersirat di sebalik yang tersurat. Majoriti orang-orang UMNO termasuk pemimpin-pemimpin atasannya amat percaya dengan teori "rahman". Tetapi sungguh malang sekali tafsiran mereka salah terhadap penghujung (akhiran) kisah teori ini. Saya minta anda mengambil sedikit masa membaca apa yang saya akan kupas di ruang yang terhad ini.

Tulisan ini yang mengupas teori "rahman" agak panjang sedikit namun saya mengharapkan setiap pembaca redha meluangkan masa anda membaca, meneliti serta menghayati perincian yang saya buat untuk renungan mahupun harapan kita bersama. Saya telah cuba untuk meringkas sependek mungkin tetapi hasilnya tetap panjang.

Apa yang saya bentangkan di sini saya akui ianya bukanlah menjadi milik saya maka dengan ini saya IZINKAN mana-mana pihak atau individu tertentu menyalin semula dalam bentuk apa sekali pun. Jika anda mahu jadikan ianya sebuah buku kecil (seperti kitab kecil Yaasin) untuk di sebar, dijual, maka silakanlah. Jika anda mempunyai modal apa salahnya. Lakukanlah. Saya yang bodoh, miskin, hina dan tidak mengerti apa-apa ini mendoakan semuga usaha anda berjaya, tetapi syaratnya mestilah berharga murah yang boleh dimiliki oleh setiap orang hatta pelajar sekolah sekali pun biarlah mampu membelinya.

Tidak perlu royalti diberikan kepada saya. Memadai pengenalan saya "Liang Lahad" digunakan sahaja sudah memadai. Cuma hanya dua (2) permintaan saya kepada mana-mana pihak yang mahu membuku, menerbit dan menjual artikal ini iaitu:

Pertama: Jangan membuat pindaan pada artikal ini sehingga boleh menjejaskan maksudnya.

Keduanya: Jika ada sedikit keuntungan hasil jualannya sumbangkanlah sedikit kepada parti komponen BA atau membantu membayar denda para reformis OKT (orang kena tangkap) atau OKP (orang kena pukul) yang didakwa oleh polis. Mungkin di antara OKT, OKP yang anda bantu itu adalah diri saya.

Saudara ku yang berilmu. Anda sebagai pembaca mesti ingat bahawa ini bukanlah satu ramalan tetapi ianya lebih merupakan satu 'formula' seperti kebanyakan formula politik yang lain. Kita sentiasa faham 'formula' adalah simbol yang terbaik lagi mustajab dalam menyelesaikan apa juga masalah. Formula matematik menyelesaikan masalah matematik, formula sains menyelesaikan masalah sains maka begitu juga formula politik menyelesaikan masalah politik.

Apakah Teori "RAHMAN" ini?

Teori "RAHMAN" mengikut tafsiran orang UMNO adalah Tunku Abd Rahman (R), Tun Abd Razak (A), Datuk Hussein Onn (H), Dr. Mahathir (M), (A) ..masih kosong dan (N) ..tak tahu siapa.

Inilah andaian orang UMNO dan hari ini orang UMNO yang ada huruf "A" atau "N" pada pangkal namanya sedang berangan-angan, kononnya ada harapan akan jadi PM satu hari nanti.

Percayalah, Liang Lahad amat yakin sepenuhnya yang angan-angan mereka ini hanya tinggal angan-angan. Impian tidak akan terlaksana.

Saya pernah berdebat sesama rakan dalam UMNO di PWTC lapan tahun dulu bahawa tafsiran mereka itu salah dan mereka mempertikaikan saya. Mereka ketawa. Mereka mempermainkan saya. Pernah saya katakan kepada mereka "Memang Anwar akan jadi PM tetapi Anwar tidak boleh jadi PM di dalam UMNO kerana landasannya tidak serupa." Mereka terus ketawakan kata-kata saya. Tetapi bermula September 1998 apabila Sdra Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan TPM dan Timbalan Presiden UMNO, orang-orang yang sama berdebat itu datang berjumpa saya dan minta saya jelaskan kembali "Teori RAHMAN" menurut pandangan saya. Lalu saya kupaskan kepada mereka satu persatu dengan jelas dan terperinci.

Di artikal yang ringkas ini saya perturunkan tafsiran saya mengenai "Teori RAHMAN" menurut pandangan saya untuk memperkuatkan semangat semua rakan-rakan reformis dan seluruh rakyat Malaysia yang mahu "Tumbangkan kezaliman tegakkan keadilan mempertahankan kebenaran" bahawa kita semakin hampir kepada kejayaan dan kemenangan.

APAKAH TAFSIRAN SAYA? Sila ikuti selanjutnya...

Cara mereka (orang UMNO) mentafsir 'RAHMAN' menggunakan huruf-huruf roman sedangkan 'RAHMAN' adalah bahasa Arab dan merupakan perkataan dalam Al-Quran. Ternyata sudah bahawa orang-orang UMNO ini amat buta dalam agama. Mana bisa satu kalimah Al-Quran bertulisan Arab diterjemah dalam tulisan rumi. Memang manusia di dalam UMNO adalah jenis manusia yang mengabaikan Al-Quran.

"RAHMAN" bukanlah ejaannya R.A.H.M.A.N tetapi di ambil sepenuhnya "AR-RAHMAN". Ia adalah bahasa Al-Quran, kalimah Allah swt maka mestilah ejaan Arabnya ialah "Alif", "Lam", "Ra", "Ha", "Mim", "Nun".

Lihat mana ada huruf "Alif" selepas "Mim". Jadi Abdullah Ahmad Badawi janganlah berangan-angan menjadi Perdana Menteri selepas Mahathir. Kalau pun awak jadi PM hanya seketika, kerana kamu tidak layak kerana "Alif" lain yang lebih layak menurut tafsiran Liang Lahad. Kamu cuma sekadar mengisi "kekosongan" sementara "Alif" lain mempersiapkan diri menjadi PM yang sebenarnya.

Rahman bererti "Pemurah" dan sememangnya negara kita lahir dari sifat Pemurah Allah swt. Kita menikmati kemewahan, kemakmuran, kekayaan, kekuasan adalah disebabkan oleh sifat Rahman Allah swt kepada hambanya.

Huruf-huruf Ar-RAHMAN untuk pemimpin UMNO seperti berikut, "Alif", "Lam" "Ra" adalah untuk dua orang Abd Rahman dan Abd Razak, "Ha" nama Hussein dan "Mim" nama Mahathir. "Nun" tidak ada nama bagi sesiapa pun selepas Mahathir. Kenapa pula? kerana "Nun" ianya bermakna "NAZAK". Iaitu UMNO yang sebelum ini diterajui oleh pemimpinnya sebagai pemerintah negara ini sudah NAZAK. Ia juga membawa makna 'tenat'. Umno menjadi tenat dan kemudiannya UMNO akan "MATI".

UMNO bukanlah seperti yang dislogankan oleh pengikutnya "dulu, kini dan selamanya". Bagi hamba Allah yang memahami Tauhid dan kejadian makhluk maka sudah cukup yakin UMNO adalah bersifat 'baharu' seperti kita juga. UMNO bukan 'qodim'. Setiap yang bersifat baharu sudah pasti ada awal dan ada akhirnya. Kata-kata di dalam sebuah kitab lama "Awal bermulanya kita, TIADA, khudrat Allah swt menjadikan, ADA, tetapi akhirnya TIADA. Kita inilah yang tiada. Maka Allah swt jualah yang ada."

Oleh itu kalimah "UMNO: Dulu, Kini dan Selamanya)" itu adalah sesuatu tanggapan bahawa UMNO bersifat "Qodim" dan ini bertentangan dengan ajaran Islam yang mengatakan hanya Allah swt sahaja yang bersifat Qodim. Kalimah slogan UMNO ini sudah cukup menjadikan orang syirikkan Allah swt. Oleh itu apabila kita berjumpa orang-orang UMNO yang mengatakan atau lekatkan sticker "UMNO: Dulu kini dan Selamanya". Yakinlah secara tidak sedar mereka telah mensekutukan Allah swt.

Dosa yang tidak diampunkan oleh Allah swt adalah dosa orang yang mensyirikkanNya.

Oleh kerana UMNO bersifat 'baharu' maka dia pastinya akan musnah. Berbalik kepada teori "rahman" ini iaitu selepas "Mim" maka "Nun" akan menjelma yang membawa maksud NAZAK. Memandangkan keadaan terkini, UMNO hari ini memang nyata UMNO cukup NAZAK. Maka tidak mustahil setiap yang nazak pasti akan mati.

Habis selepas UMNO siapa pula akan ambil alih negara ini?

Ar-Rahman adalah sifat 'Pemurah' Allah swt yang Maha Agong, Maha Kaya, Maha Bijaksana lagi Maha Perencana yang Terbaik. Atas sifat Ar-Rahman inilah maka kita dikurniakan oleh Allah swt dengan rezki yang melimpah, kemakmuran, kekayaan, kesenangan, kesihatan, kejayaan dan lain-lain lagi. Anugerah yang kita terima ini disalurkan oleh Allah swt kerana tiga pemimpin yang terdahulu yang menaburkan benih dan menanam usaha yang murni.

Tunku Abdul Rahman membuat pelantar atau 'tapak usaha' bagi penggantinya memulakan benih-benih kemakmuran dan kejayaan. Kemudiannya Tun Abdul Razak sebagai pengganti mengusahakan benih kejayaan atas nama pembangunan negara. Tanah-tanah baru diteroka dan ditanam dengan berbagai tanaman 'bumi hijau', perut bumi dikaji untuk diketahui isi khazanahnya, laut diselami untuk menggeledah kekayaannya dan berbagai lagi. Impian Tun Razak hanya satu iaitu supaya rakyat mendapat manfaatnya.

Ketika Datuk Hussein Onn mengambil alih teraju negara segala 'benih kejayaan' yang ditinggalkan oleh Tun Razak belum lagi berbuah dengan lebat. Kalau ada pun hasilnya baru sekadar berbunga dan berputik. Hasil dari 'benih kejayaan' yang ditinggalkan oleh Tun Razak tidak sempat dipetik oleh Datuk Hussein Onn kerana dia meletakkan jawatan akibat tekanan Timbalannya.

Ini seumpama nenek yang menanam di dusun durian. Dia dan anaknya tidak sempat memakan dan memetik hasil tetapi sebaliknya cucunya yang akan puas memakan buahnya, menjual berbakul-bakul dan akhirnya hidup bermewah.

Maka begitu jugalah dengan Mahathir. Dia tidak payah berusaha keras. Apabila sahaja dia memegang teraju pemerintahan segala 'benih-benih kejayaan' yang diusahakan oleh Tun Razak telah membuahkan hasil. Mahathir hanya memetik dan membelanjakannya saja. Dia hanya perlu menyediakan lori. Sebab itu di zaman Mahathir, rakyat merasa sedikit kesenangan kerana semua asas kesenangan telah diusahakan oleh Tun Razak dahulu.

Ketika Mahathir mengambil alih kuasa, Felda mengeluarkan kelapa sawit dan getah, Petronas semakin melimpah ditumpahi minyak, anak-anak Melayu sudah pun pandai menulis dan membaca, kelas dewasa telah berjaya membasmi masyarakat buta huruf, mereka yang keluar negara di zaman Tun dan Datuk Hussein mula balik menabur bakti. Ini cukup memudahkan Mahathir mengutip hasil dan bermewah dengan hasil itu.

Inilah sifat Rahman Allah swt yang kasih kepada kita rakyat Malaysia. Oleh itu Mahathir jangan mendabik dada kononnya kejayaan Malaysia hari ini atas usaha dan kegigihannya. Kemewahan Malaysia di zaman Mahathir sebenarnya adalah ditetapkan atas perancangan Allah swt kerana usaha gigih pemimpin yang terdahulu. Allah swt mentakdirkan "Mim" itu adalah MUNAFAAT. Dan MUNAFAAT ini untuk rakyat MALAYSIA kerana Tunku meletakkan Islam agama rasmi Malaysia.

Bermakna "Mim", MUNAFAAT untuk MALAYSIA, majoriti rakyatnya MUSLIM beragam Islam yang menurut sejarah mula bertapak di MELAKA. Sejarah Islam itu berkembang di MADINAH selepas berhijrah dari MEKAH yang dibawa oleh Nabi MUHAMMAD saw. Lihatlah betapa banyaknya huruf "Mim" pada perkataan yang dinyatakan di atas. Inilah betul-betul RAHMAT Allah swt yang mentakdirkan untuk kita. Kejayaan kita bukan kerana Mahathir tetapi kerana adanya RAHMAT Allah swt.

Kita kembali kepada 'Teori Rahman' selepas "Mim" akan berganti oleh "Nun". NAZAK. UMNO menjadi NAZAK selepas Mahathir jatuh atau dijatuhkan. Sudah jelas sekarang pengganti Mahathir bukanlah mampu dibawa oleh orang di dalam UMNO lagi. Kenapa pula?

Teori RAHMAN sudah berakhir selepas Mahathir. Oleh itu siapa pula yang mengambil alih teraju negara? Mari kita kembali kepada perkataan yang teratas sekali di dalam Kitab Suci Al-Quran Nul Karim iaitu "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM". 'Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani'.

Seperti yang saya nyatakan di artikal saya sebelum ini di laman-laman web pro reformasi bahawa abad ini adalah abab kebangkitan Islam sedunia dan rantau Asia Tenggara. Ini bermaksud abad ini adalah zaman orang MUKMIN mentadbir negara dengan penuh adil dan kasih sayang kerana orang Mukmin sentiasa taat kepada perintah Allah swt dan akan berusaha menjadikan dirinya hamba Allah.

Kasih sayang adalah sifat AR-RAHIM Allah swt seperti yang dilafazkan di hujung kalimah Bismillah...

Kalimah AR-RAHIM bermula dengan huruf "Alif". Ini membawa maksud selepas Teori Rahman iaitu berakhirnya Mahathir, UMNO mati. Nazak dan Noktah "Nun".

AR-RAHIM pula muncul. Rakyat bangun menuntut dilaksanakan "Alif" petama iaitu ISLAH (reformasi). Mereka mahukan kerajaan yang adil yang IHSAN kepada rakyat. Negara yang AMAN pemimpin yang IKHLAS.

Kemudian keseluruhan rakyat mahukan ISLAM ditegakkan kerana ISLAM adalah agama ALLAH bagi orang yang berIMAN.

Cuba lihat betapa banyak "Alif" yang muncul pada maksud kalimah AR-RAHIM ini. Antaranya ialah ISLAH, IHSAN, AMAN, IKHLAS, ISLAM, ALLAH dan IMAN. Inilah tuntutan kehendak rakyat Malaysia kepada pemimpin pengganti selepas Mahathir nanti.

Kalau kita lihat kepada tuntutan-tuntutan ini maka nama seperti Abdullah Badawi tidak mampu memikul apatah lagi melaksanakan tuntutan rakyat ini. Walau pun Abdullah Badawi juga mempunyai "Alif" (jika betul Alif) pada namanya tetapi "Alif" yang dia miliki tidak berupaya membawa kehendak rakyat Malaysia. Itulah sebabnya di awal tadi telah saya nyatakan bahawa Abdullah Badawi kalau pun menjadi pengganti Mahathir tetapi duduknya hanya seketika. Lagipun Abdullah bukan "Alif" mungkin dia "A'in".

Maka kalau Abdullah naik pun dia hanya duduk sementara menunggu "Alif" yang sebenar mempersiapkan diri untuk menjadi pemimpin yang sebenar-benarnya, yang menjadi pemimpin atas Izin, keHendak dan Redha Allah swt. Abdullah Badawi akan akan duduk sementara kerana dialah yang akan menguruskan pengkebumian UMNO yang kini Nazak.

Jadi kalau bukan Abdullah Badawi maka "Alif" mana pula yang sebenarnya? Mari kita kembali lagi sekali kepada "Bismillahirrahmanirrahim". Berapa "Alif" yang ada dalam kalimah ini? Ada tiga (3) "Alif" bukan?

Kalau ada tiga "Alif" bermakna untuk tiga orang. Orang yang pertama Abdullah Badawi (kalau dia Alif lah: Alif pada namanya masih samar) hanya duduk sementara UMNO dikebumikan. Selepas UMNO dikuburkan oleh Abdullah Badawi maka Abdullah Badawi sendiri akan diturunkan dari kerusi Perdana Menteri. Selepas Abdullah Badawi diturunkan maka "Alif" kedua pula akan naik. "Alif kedua ini juga masih samar antara Alif dan 'Ain. Tapi tidak mengapa kerana dia juga bersifat sementara kerana "Alif" ke 3 iaitu "Alif" yang sebenar-benarnya masih di dalam proses untuk penyempurnaan haq.

Anda tentu bertanya siapakah "Alif" kedua itu? Maka jangan marahkan saya kalau saya katakan "Alif" kedua itu adalah AZIZAH. (Telahan saya berasaskan ejaan jawi Wan Azizah bermula Alif bukan "'Ain" yang dieja ruminya A'zizah).

Azizah juga naik menjadi PM hanya untuk sementara iaitu untuk menunggu selesai proses pilihanraya kecil salah satu kerusi parlimen yang dikosongkan untuk ANWAR IBRAHIM (ada dua "Alif" untuk Anwar dan Ibrahim). Selepas dua "Alif" ini ANWAR IBRAHIM menang mudah pilihanraya kecil parlimen maka berlakulah pertukaran kuasa yang sebenarnya.

"Alif" inilah yang mampu membawa Malaysia ke era yang lebih gemilang yang berteraskan kepada pedoman Al-Quran untuk memberikan kasih sayang (AR-RAHIM) kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum atas tuntutan ISLAH, IHSAN, AMAN, IKHLAS, ISLAM, ALLAH dan IMAN. Lihat semuanya "Alif".

Maka itulah ANWAR IBRAHIM merasakan penderitaan, penyiksaan, kezaliman, aib dan maruahnya dijatuhkan sebegitu hebat kerana ketika pelaksanaan Teori AR-RAHMAN semua perkara yang melibatkan kasih sayang (AR-RAHIM) diabaikan oleh Mahathir.

Semuga apabila ANWAR IBRAHIM (dua Alif) menerajukan negara ini nanti, INSYAALLAH, semua yang telah menyimpang jauh dari kasih sayang Ar-Rahim akan diperbetulkan termasuklah dalam semua bidang dan institusi kerajaan yang kini dilacur dan diperkosakan oleh Mahathir.

Betapa institusi ini dilacur dan diperkosa oleh Mahathir, ANWAR IBRAHIM telah melihat sendiri dengan matanya, merasai perit dengan tubuhnya, memegang dengan tangannya, melangkah dengan kakinya, mendengar dengan telinganya, berbicara dengan lidahnya dan menghidu dengan hidungnya. Semuanya ini memerlukan ISLAH yang besar dan saya yakin ANWAR IBRAHIM mampu melaksanakannya di bawah payung BA (Barisan Alternatif). Alif juga.

Tanda-tanda nilai-nilai AR-RAHIM, kasih sayang dan perpaduan antara kaum di negara ini telah berbuah di dalam Barisan Alternatif sekarang. Walaupun UMNO cuba merosakkan nilai kasih sayang ini dengan berbagai cara namun ianya tetap gagal dan akan terus gagal.

Kasih sayang dan perpaduan hanya akan wujud dilaksanakan di dalam Barisan Alternatif (BA). Mereka boleh laksanakan kasih sayang itu kerana mereka bukan berfahaman perkauman. Kalau kita kaji semula, berani saya mengatakan bahawa dalam parti-parti komponen Barisan Alternatif (BA) seperti PAS, keADILan, DAP serta PRM tidak satu pun parti-parti itu berfahaman perkauman. Semua parti-parti ini mempunyai ahli-ahli dari berbagai kaum. Tidak seperti UMNO dengan Melayunya, MCA dengan Cinanya dan MIC dengan Indianya.

Saya berdoa ke hadrat Allah swt dengan berkat kekasihnya Nabi Muhammad saw agar menjadikan negara ini dipimpin oleh seorang manusia yang bersifat insan penuh kasih sayang, taat kepada perintahNya, taqwa pada Allah swt. Pemimpin yang penuh tawaduk, zuhud dan mementingkan kehendak rakyat lebih dari kepentingan dirinya sendiri. Amin.

Sekian saya mengupas Teori Rahman yang sentiasa menjadi bualan dan panduan orang-orang UMNO hingga hari ini.

"KEMBALIKAN HAK KEPADA YANG BERHAK"
"ANWAR IBRAHIM: ADA HAQ PADA PERJUANGAN MU"

LIANG LAHAD
22 Januari 2001


Spekulasi Mahathir akan bebaskan Anwar.

Sudah bermula tersebar spekulasi kononnya Dr Mahathir akan membebaskan Anwar Ibrahim jika tindakan secara terdesak itu diperlukan untuk menyelamatkan kedudukkan beliau dan UMNO yang semakin goyang. Spekulasi tersebut dikaitkan dengan pelawaan Dr Mahathir kepada PAS dan KeADILan untuk berbincang mengenai isu perpaduan Melayu. Kononnya pembebasan Anwar adalah item teratas dalam pakej yang hendak Dr Mahathir tawarkan dalam pertemuan tersebut yang sudah pun ditolak oleh KeADILan. Strateji membebaskan Anwar ini dikatakan akan dikemukan melalui PAS yang sudah menerima, dengan bersyarat, pelawaaan UMNO untuk bersemuka itu.

Menurut spekulasi tersebut, pakej yang hendak ditawarkan khusus kepada PAS antara lainnya adalah mempelawa PAS masuk BN, mengembalikan pengurusan royalti minyak kepada kerajaan Terengganu, mengusahakan sumber minyak dan gas asli Kelantan, memberi PAS beberapa jawatan Kabinet, dan memansuhkan segala arahan (tanpa bertulis) untuk mensabotaj pembangunan ekonomi Kelantan dan Terengganu.

Dikatakan kononnya UMNO telah berhubung dengan beberapa ahli perniagaan dan korporat yang telah lari masuk PAS untuk mendapatkan kerjasama mereka bagi memastikan pertemuan PAS-UMNO akan berjaya diadakan dan perjalanan perbincangan akan memenuhi hajat serta kehendak UMNO.

Ahli-ahli perniagaan dan korporat PAS tersebut kononnya akan digula-gulakan dengan janji-janji bahawa mereka akan diberi beberapa projek untuk memulihkan kedudukkan kewangan mereka yang terjejas sebab bisnes mereka disabotaj setelah memasukki PAS. Diharap dengan gula-gula tersebut golongan peniaga dan korporat dalam PAS itu akan bergiat mempengaruhi pucuk kepimpinan PAS, bukan saja untuk meneruskan pertemuan dengan UMNO tetapi juga menerima sebahagian besar pakej yang akan dikemukan UMNO kepada PAS nanti, terutamanya pelawaan kepada PAS untuk menyertai BN.

Mengikut spekulasi tersebut Dr Mahathir juga sanggup keluar TV secara siaran langsung ( live) untuk ‘bertaubat’ dan menarik balik segala kenyataan beliau yang menghina dan memperlekehkan Islam jika langkah sedemikian itu diperlukan untuk menyelamatkan kedudukkan beliau dan UMNO yang hampir terkubur itu.

Spekulasi tersebut berpunca dari beberapa sumber UMNO. Tujuan disebarkan spekulasi tersebut mungkin untuk menyampaikan mesej kepada Dr Mahathir bahawa jalan keluar yang sebaiknya dari masalah kemerosotan sokongan Melayu adalah dengan membebaskan Anwar Ibrahim. Dan cara yang effektif untuk menangani pengaruh PAS yang semakin meningkat dikalangan orang Melayu adalah dengan taktik Dr Mahathir ‘bertaubat’ menerusi siaran langsung TV. Dispekulasikan bahawa jika kedua-dua langkah berpaling 360 degrees ini diambil, maka orang Melayu akan bersedia mengampunkan Dr Mahathir dan UMNO atas segala kesalahan-kesalahan.

Agak simplistik asas spekulasi tersebut. Memang nampak simplistik. Tetapi memang tidak boleh dinafikan bahawa penganiayaan dan pengkhianatan keatas Anwar Ibrahim kita dan juga tindakan Dr Mahathir dan UMNO dalam menghalang dan menentang Islam adalah merupakan dua punca utama yang menyebabkan majoriti orang Melayu begitu marah dan benci terhadap Dr Mahathir dan UMNO. “These are the two key issues,” kata ahli UMNO yang menyampaikan cerita spekulasi ini.

Kita tunggu perkembangan-perkembangan selanjutnya, itu pun jika ada. Seperti yang telah disebutkan, kemungkinan ini semua lahir dari perasaan bertambah takutnya ahli-ahli UMNO dengan prospek parti mereka akan terkubur dan diada-adakan cerita ini supaya sampai ke telinga Dr Mahathir dengan harapan Dr Mahathir akan bertindak seperti yang dispekulasikan demi untuk menyelamatkan UMNO. Allahualam.

Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !

Tarabulsi
27 Syawal 1421


Police report against Sunday rally cites ‘racial tension’
K Kabilan

8:38pm, Thu: Several political parties and non-governmental organisations today lodged a police report against the gathering planned by a Malay action group in Kuala Lumpur this Sunday.

The report, a copy of which was made available to malaysiakini, stated that the gathering organised by the Malay Action Front (BBM) has a racial connotation which could affect the national integration among the various races in the country.

The gathering, called “Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia” (The Malay will not perish from the earth), will take place at the Sultan Sulaiman Club at Kampung Baru at 2pm on Sunday

BBM coordinator Ibrahim Ali earlier today told a press conference that the gathering was to achieve Malay unity and to protect the sovereignty of the Malay race. He added that the gathering was not political (Rally to unite Malays, says organiser, Feb 1).

Poster can create fear

The police report was lodged at the Ampang Jaya police station this afternoon and it was signed by Ampang Jaya Keadilan head Ahmad Hassan and his deputy Rosli Ibrahim, PRM legal adviser Sivarasa Rasiah, Md Abd Nasir Mat Isa from human rights organisation Suaram, Mahadzir Hassan from Jemaaah Islam Malaysia and 70 social activists.

The report also stated that the Krisheld in a hand against a red background used in the publicity posters for the gathering showed an extremist stance of the organisers.

“This attitude can create a tense situation and panic among the other races,” it said.

The report added that the gathering will also lead to a situation similar to the racial riots suffered on May 13, 1969.

It said that the gathering was being held in Kampung Baru, the same place where the 1969 riots occurred.

The signatories in the report felt that the gathering will not unite the Malay race but instead will divide them further.

“The gathering is politically motivated, seeking to gain political mileage for certain quarters.”

The report stated that the problems in the country were not a result of Malay disunity but due to corruption, abuse of power and mismanagement by certain leaders.

Symbol of war

The use of the kris in the publicity posters also drew flak from the Free Anwar Campaign website which said that a drawn or unsheathed kris was symbolic of war or attack.

“In the late 1980s, the Umno Youth leader then warned the Chinese that Umno's kris ‘will be soaked in Chinese blood’," said the website.

The kris, according to Malay folklore, is associated with magical powers and it is also used as Umno's party logo.


Corruption in Malaysia tops concerns of US investors

KUALA LUMPUR, Jan 30 (AFP) - Malaysia must cut corruption and excessive government intervention in business if it wants to win the regional contest for foreign investment, a US business leader said Tuesday.

Nicholas Zeffreys, head of the American Malaysian Chamber of Commerce, also said anti-Western rhetoric about economic "colonialists" is scaring away investors.

"Corruption (prevention) needs big improvement. There is a high level of corruption in the Malaysian economy," Zeffreys told a business conference.

"Malaysia Incorporated -- a model that needs to be looked at. There is too much government intervention in the Malaysian economy," he added.

Prime Minister Mahathir Mohamad touts "Malaysia Inc." as a model of cooperation between government and business. Mahathir frequently complains that unfettered globalisation is akin to colonialism.

Asked why government participation is bad, Zeffreys said less than five percent of the Malaysian economy was competitive.

"When you live and die at the whim of government intervention you will never going to become the global country that you need to be. Corporations here have too much government involvement and it is rampant," he said. Malaysia "does not score high" in the area of predictability of government actions, he added. He also cited difficulties in finding skilled workers like engineers and criticised anti-Western rhetoric.

"It is scaring off US investors," he said. "(Being) told they are colonialists is not helping. "There need to be positive words and actions that Malaysia is a business-friendly country and that US and European companies are welcome." Zeffreys said Malaysia had made "fantastic strides" and was capable of attracting and retaining investment. But what made it successful in the past would not make it successful in future.

He also warned that some US companies in Malaysia may cut working hours or pay amid the slowdown in the US economy. Finance Ministry adviser Mustapa Mohamed told the conference earlier that corporate restructuring would take longer than expected but there will be no let-up in the exercise. He acknowledged concerns that restructuring was too slow.

"Given the complexities of restructuring and because our pace of recovery in the corporate sector is incremental, restructuring of these corporations will involve more time," he said.

"Let me assure you that there will be no let-up in the momentum of corporate and financial restructuring as well as the initiatives made in enhancing corporate governance and investor protection..."

Mustapa told a press conference later the government has not yet decided whether to revise the official 7.0 percent forecast for gross domestic product growth this year.

The independent Malaysian Institute of Economic Research, in a report released Monday, lowered its 2001 forecast to 5.0 percent from 6.3.

It cited slowing private consumption and reduced demand for electronic exports.

Kiriman Awang Siber
awangsiber@hotmail.com


HINA MAHKAMAH –HAKIM HINAKAN DIRI SENDIRI

Seluruh dunia mentertawakan sistem perundangan Malaysia ketika mengikuti perkembangan perbicaraan kes Dato” Seri Anwar Ibarhim (DSAI). Seorang Hakim bernama Augustine Paul tiba-tiba menjadi begitu terkenal di Malaysia, sehinggakan istilah “tidak relevan” yang suatu ketika dahulu tidak pernah kedengaran kepada orang-orang kampung tiba-tiba meniti dari bibir ke bibir sebagai bahan seloka. Keterangan yang diketengahkan oleh pendakwa yang dikepalai Mokhtar Dugong untuk membukti bahawa DSAI bersalah bukan sahaja tidak boleh diterima oleh undang-undang (bagi mereka yang arif di dalam undang-undang), malahan bagi orang yang tidak berpengetahuan undang-undang sekalipun, keterangan yang dikemukakan langsung tidak masuk akal. Tiada lojiknya.

Segala langkah diatur oleh melangkapkan konspirasi. Mahathir awal-awal lagi membuat pengumuman mengenai buruklaku DSAI. Mahathir siang-siang lagi telah merangka pendakwaan dan membuat keputusan bahawa DSAI bersalah terhadap pertuduhan-pertuduhan itu. Mahahtir mengarahkan polis, pendakwaraya Mohtar Dugong dan hakim “hacks” melengkapkan konspirasi itu termasuk mencipta keterangan palsu.

Dato’ Nalla dipujuk mencipta keterangan palsu oleh Mohtar Dugong dan Ghani Patail mengenai penglibatan DSAI dengan wanita-wanita termasuk isteri orang. Sebagai ganjaran, Nalla ditawarkan dengan pertuduhan yang lebih ringan supaya terlepas dari hukuman gantung kerana memiliki peluru. Manjeet Singh yang menjadi peguam Nalla diajak berunding dengan tawaran itu. Malangnya, Manjeet dan Nalla tidak setuju. Langsung Manjeet memberikan perakuan berkanun mendedahkan kisah tawaran yang berlaku.

Peguam DSAI, Zainur Zakaria mengemukakan permohonan kepada hakim “Paul the Hacker” untuk “disqualify”kan Mohtar Dugong dan Ghani Patail. Perakuan berkanun Manjeet dikemukakan sebagi bukti untuk menyokong permohonan itu. Perakuan itu ternyata serius kerana ianya menjejaskan imej kedua-dua pendakwa itu. Zainur disuruh menarik balik permohonan itu. Zainur tidak berganjak dengan pendiriannya. Prinsip keadilan bukan sesuatu yang boleh dikompromi dengan ugutan, biar dari seorang hakim sekalipun.

Jika mengikut undang-undang, Paul the Hacker sepatutnya meneliti dahulu affidavit Manjeet. Jika mengikut undang-undang, Paul the Hacker sepatutnya memanggil Manjeet ke mahkamah untuk menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai perakuan itu. Tidak ada sebab mengapa Paul the Hacker enggan mendengar permohonan itu.

Kerana pendirian Zainur, Paul the Hacker menganggap permohonan yang dikemukakan Zainur itu suatu penghinaan kepada mahkamah. Suatu anggapan yang tidak masuk akal kerana permohonan itu berkaitan untuk “disqualifykan” Mohtar Dugong dan Ghani Patail, bukan hakim itu sendiri. Dua perkara yang tidak ada hubung kait atau “nexus”. Suatu keputusan malang yang dibuat oleh Paul the Hacker yang juga pengarang buku undang-undang keterangan yang tahu apa yang relevan dan apa yang tidak..

Sebenarnya, Paul the Hacker terkeliru. Kekeliruan kerana Paul the Hacker yang sepatutnya menjadi hakim juga memainkan peranan sebagai pendakwa. Dua tugas yang sepatutnya dilaksanakan secara berasingan bagi menjamin keadilan di dalam perbicaraan mahkamah. Jadi, bila Zainur membuat permohonan untuk disqualifykan Mohtar Dugong dan Ghani, tempiasnya juga dirasakan oleh Paul the Hacker.

Sejak beberapa hari lalu kita dapat mengikuti perkembangan rayuan kes Zainur di mahkamah persekutuan. Suatu perkembangan yang amat menggalakkan yang mungkin tidak dapat kita lihat jika Yusoff Chin masih memegang tampok Ketua Hakim Negara.

Dalam rayuan kali ini kita dapat melihat bagaimana hakim-hakim mahkamah persekutuan mempersoalkan keputusan Paul the Hacker. Hakim Haidar mempersoalkan kenapa Paul the Hacker tidak memanggil Manjeet Singh untuk memberikan keterangan. Sebagai jawapan, DPP Yusof mengatakan bahawa Paul the Hacker mempunyai budibicara untuk memanggil atau tidak mana-mana saksi. Kata Yusof lagi, Paul the Hacker telah berpuas hati dengan penjelasan surat Majeet Singh dan jika Manjeer dipanggil sebagai saksi sekalipun, apa yang akan dijelaskan tidak akan lebih dari apa yang telah dijelaskan di dalam surat itu. Paul the Hacker seolah-oleh tahu apa yang terkandung di dalam fikiran Manjeet biarpun tanpa sebarang penjelasan lanjut.

DPP Yusof akhirnya terperangkap dengan kata-katanya sendiri bila semasa menjawab soalan Hakim Haidar, Yusof mengatakan bahawa kita tidak boleh membaca minda hakim. Padan benarlah muka si Yusof yang ditempelak oleh Hakim Haidar kerana sebelum itu Yusof mengatakan bahawa Paul the Hacker boleh membaca apa yang ada di dalam minda Manjeet Singh. Nampak benar si Yusof ini juga cuba berlagak pandai macam bekas mahagurunya Mohtar Dugong sehingga ditertawakan di dalam galeri mahkamah dengan jawapannya.

Hakim Malik mengajak Yusof meneliti nota perbicraaan Paul the Hacker di mana Paul menganggap permohonan oleh Zainur itu sebagai serangan ke atasnya walaupun ianya ditujukan terhadap Mohtar Dugong dan Ghani, tanpa terlebih dahulu menyiasat kebenarannya. Kata Yusof itu tidak perlu kerana yang penting ialah supaya perbicaraan DSAI itu diselsaikan segera.

Hakim Haidar mempersoalkan kenapa Paul the Hacker tidak memberi segala peluang kepada DSAI untuk membela dirinya dan dengan membenarkan permohonan Zainur itu akan menjejaskan perbicaraan. Haidar juga mempersoalkan kenapa Paul the Hacker perlu terburu-buru untuk menyelesaikan perbicaraan terhadap DSAI. Jikapun kes terhadap DSAI itu perlu disegerakan dengan ketiadaan Mohtar Dugong dan Ghani akibat permohonan Zainur, perbicaraan kes DSAI masih boleh diteruskan dengan bantuan DPP lain. Begitulah yang diusulkan oleh Hakim Malek.

InsyaAllah. Dengan perkembangan rayuan ini, kita doakan semuga Zainur berjaya. Jika Zainur berjaya di dalam rayuan ini, jelaslah keputusan menghina mahkamah yang diputuskan oleh Paul the Hacker yang kita sangsikan selama ini, merupakan suatu kesilapan yang tidak boleh dijadikan tauladan oleh hakim-hakim lain. Jika keputusan Paul the Hacker tersilap terhadap Zainur, tidak mustahil keputusan kes DSAI juga merupakan suatu kesilapan. Kita sama-sama tunggu keputusan rayuan dari mahkamah persekutuan.

Dan jika Paul the Hacker telah membuat keputusan yang silap yang disengajakan, memang patutlah Paul the Hacker dihinakan. Bukan mahkamah yang hina. Mahkamah merupakan tempat suci lagi mulia. Hakim yang menjalankan tugas di mahkamah, mempunyai tanggungjawab yang murni. Jika Paul the Hacker sengaja menyilapkan keputusannya, maka tidak layaklah Paul the Hacker kekal ditempat yang mulia itu kerana kehadiran Paul the Hacker dan hakim-hakim sepertinya akan terus menghina kemuliaan mahkamah.

Jika Paul the Hacker silap, bererti perjuangan kita tidak silap. Tidak silap kita katakan Mahahtirlah perancangan utama konspirasi. Yang turut silap hanyalah mereka yang kekal mengagong-agongkan Mahahtir. Bagi mereka yang masih tersilap, segeralah betulkan kesilapan.

Awang ISA

 

 

SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright © 2000 The Reformiz Inc.