http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Dikemaskinikan  pada 14 Mar 2001 15:46  

 

 

 

Pilihanraya Kecil

N.34 LUNAS

29 NOV 2000

 

 

 

Baca Laporan Perhimpunan 100,000 Rakyat

 

 

Sila kirimkan pandangan serta komen anda kepada kami

 

13 Mac 2001

 

17:30 - Sekurang-kurangnya 100 orang pencinta keadilan berhimpun di luar Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sejak jam 9:00 pagi lagi untuk menunggu ketibaan Sdr. Ezam Mohd Nor, Ketua Pemuda KeADILan, yang dijadual dihadapkan ke mahkamah pada hari ini. Antara pimpinan KeADILan yang kelihatan hadir adalah Sdr. N. Gobalakrishnan, Sdr. Lokman Adam, Sdr. Ghani Harun dan Sdr. Zahid Mat Arip. 

Namun begitu, orang ramai hampa kerana sehingga jam 3:00 petang Sdr. Ezam masih lagi belum tiba. Beliau hanya dibawa ke mahkamah tersebut sekitar jam 4:00 petang iaitu selepas waktu pejabat dan semua bank telah tutup. Ini dipercayai sengaja dilakukan oleh pihak polis dengan harapan agar orang ramai sudah pun bersurai dan pulang apabila Ezam tiba. Namun, mereka gagal kerana sehingga petang tadi penyokong-penyokong reformasi dan keadilan masih tidak berganjak dari tempat di mana mereka berkumpul sejak daripada pagi. 

Pada sekitar jam 5:00 petang, Sdr. Ezam telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5000. Pada mulanya pihak pendakwa telah meminta ikat jamin sebanyak RM50000, walaubagaimanapun setelah dirayu, mahkamah telah membenarkan Sdr. Ezam diikat jamin sebanyak RM5000. Beliau juga telah didakwa dibawah Akta Hasutan dan kesnya akan dibicarakan pada 6 hingga 10 Ogos depan. Alhamdulillah, Sdr. berada dalam keadaan yang baik dengan semangat yang lebih kuat untuk menuntut keadilan di bumi tercinta Malaysia. Beliau dijadualkan akan memulakan ceramahnya yang pertama selepas ditangkap di Pendang, Kedah pada malam esok 14 Mac 2001. Sama-samalah kita hadir beramai-ramai ke program tersebut bagi menunjukkan sokongan kita kepada Sdr. Ezam serta perjuangan reformasi.

 


 

10 Mac 2001

 

15:00 - Majistret Fatimah pada hari ini telah mengeluarkan perintah sambung reman terhadap Sdr. Ezam Mohd Nor selama 4 hari. Oleh itu, Sdr. Ezam akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada hari Selasa 13 Mac 2001 untuk ditentukan kedudukan yang seterusnya. Seramai lebih kurang 100 orang penyokong KeADILan dan BA berkumpul di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sejak daripada pagi lagi untuk mengetahui nasib Wira Negara yang mereka kasihi.

 

Menurut satu lagi laporan yang diterima, webmaster laman FAC (www.freeanwar.com) dikatakan tidak dapat memasuki laman tersebut kerana semua kata laluan (password) ke laman itu telah ditukar. Ini dipercayai dibuat semasa CPU (komputer) milik Raja Petra berada dalam tangan pihak polis setelah dirampas dari rumah kediaman beliau. Mungkinkah ini merupakan satu lagi cubaan pihak kerajaan untuk menyekat kebebasan Internet di Malaysia?

 


 

9 Mac 2001

 

20:00 - Pada hari ini, hakim Mahkamah Tinggi Abdul Wahab Patail telah menolak permohonan pembatalan reman oleh Sdr. Ezam Mohd Nor yang ditahan pada malam hari raya lalu. Berikutan itu, kedudukan Sdr. Ezam hanya akan ditentukan esok iaitu samada beliau akan terus direman, didakwa atau dibebaskan.

 

Dalam hal yang lain, Datuk Aziz Samsuddin hari ini kecewa apabila merasmikan cawangan UMNO Titi Besi, Bahagian Kubang Pasu. Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Kubang Pasu hampir setiap tahun dihadiri oleh lebih 100 ahli UMNO cawangan. Walaubagaimanapun, majlis pada hari ini hanya dihadiri oleh 20 orang ahli dan kesemua hadir adalah golongan tua yang sudah pencen (55 tahun ke atas). Ini menunjukkan betapa UMNO tidak lagi mendapat tempat di hati orang Melayu terutama golongan muda yang sudah mula ada perasaan bencikan UMNO serta perjuangannya yang tidak telus. Aziz Samsuddin, selepas sahaja selesai majlis tersebut, terus bangun meninggalkan jamuan ringan yang diadakan kerana terlalu tidak berpuas hati dengan angka kehadiran itu. Dalam kenyataan yang dibuat kepada Jawatankuasa Cawangan tersebut, beliau berkata bahawa beliau tidak akan datang lagi ke situ sekiranya cawangan UMNO Titi Besi gagal menarik lebih ramai golongan muda. Aziz dinasihatkan supaya menghentikan sahaja kerja yang sia-sia itu yang bertujuan tidak lain untuk menyelamatkan kerusi Dr. Mahathir. Dr. Mahathir hendaklah mencari kerusi Parlimen lain yang lebih selamat sekiranya beliau ingin terus mati di atas kerusi Perdana Menteri.

 


 

7 Mac 2001

 

20:10 - Difahamkan bahawa sehingga jam 6:30 petang tadi, kesemua kelapan-lapan reformis yang ditahan semalam telah dibebaskan kecuali Raja Petra Kamaruddin. Pihak polis juga dilaporkan telah memasuki dan menggeledah rumah kediaman Raja Petra untuk mencari sebarang bahan yang boleh digunakan untuk mensabitkan Sdr. Ezam yang masih ditahan reman. Anjing-anjing ini dikatakan telah merampas CPU (komputer) dari rumah Raja Petra bagi mendapatkan bahan tersebut. Menurut maklumat yang diterima, Raja Petra dijangka akan dibebaskan pada sekitar jam 9:30 malam ini iaitu apabila tamatnya tempoh reman 24-jam ke atas beliau. Walaubagaimanapun, sumber memaklumkan yang beliau akan ditahan kembali bagi membantu siasatan dan mungkin juga untuk mempergunakan beliau bagi membolehkan polis terus menahan dan mendakwa Ezam.

 


 

13:30 - Pada pagi tadi, Sdr. Ezam Mohd Nor, Ketua Pemuda KeADILan, telah dibawa dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Beliau telah dikenakan tahanan reman selama 3 hari. Pada hari Jumaat ini, beliau sekali lagi akan dihadapkan ke mahkamah yang sama untuk tindakan selanjutnya samada beliau akan terus direman, didakwa ataupun dibebaskan.

 

Dalam perkembangan yang lain, 3 daripada 8 orang reformis yang ditahan di luar IPK Kuala Lumpur semalam telah dibebaskan manakala yang lain belum diketahui nasib mereka.

 

Sama-samalah kita berdoa agar kezaliman regime Mahathir Mohammad ini tidak akan berterusan kerana saat demi saat kesabaran rakyat makin tercabar.

 

 

6 Mac 2001

 

Pada pagi tadi selepas solat raya Aidil Adha, sekitar 20 hingga 30 orang telah berhimpun di depan Balai Polis Campbell, Jalan Dang Wangi bagi menunjukkan sokongan dan sekaligus membantah tindakan menangkap Sdr. Ezam Mohd Nor, Ketua Pemuda KeADILan, pada malam raya lepas. Antara yang hadir adalah Sdr. Lokman Noor Adam, Sdr. SD Johari dan lain-lain. Dalam masa perhimpunan tersebut, suatu kejadian ala filem Hindustan telah berlaku di mana Sdr. Lokman telah dikejar oleh OCPD Bakri Zinin dari Balai Polis Campbell apabila Bakri menyedari yang gambarnya telah berjaya dirakamkan oleh Lokman. Walaubagaimanapun, tiada pergelutan atau penangkapan berlaku.

Pada sebelah malam pula, suatu perhimpunan seramai lebih kurang 40 orang telah diadakan di luar IPK Kuala Lumpur. Antara yang hadir adalah Tian Chua, Malek Husin, Sanusi Abdullah dan Raja Petra. Dalam perhimpunan tersebut, 8 orang telah ditangkap oleh anjing-anjing kurap kerajaan BN termasuk Puan Marina (isteri Raja Petra) dan Tan Soo Kaw.

Berhubung keadaan Sdr. Ezam, beliau masih lagi ditahan lokap dan difahamkan bahawa sehingga kini belum ada sebarang keterangan diambil oleh pihak polis. Jelas tangkapan terhadap beliau adalah semata-mata helah Dollah Badawi untuk memburukkan nama baik (yang dah tak berapa baik) Mahathir Mohammad. Daripada maklumat yang diterima, Dollah Badawi sebenarnya berasa 'bengang' terhadap Ezam kerana beliau telah mendedahkan satu persatu segala penyelewengan yang dilakukannya. Oleh itu, beliau telah mengarahkan akhbar supaya memainkan isu demonstrasi ini sehingga hangat dan beliau meminta Hishamuddin mengarahkan Pemuda UMNO supaya buat laporan polis sebagai alasan untuk membolehkan Ezam ditangkap dan dikurung dengan harapan bahawa semangat Ezam akan luntur dan beliau akan menyesal atas segala tidakannya membuat pendedahan-pendedahan tersebut. Dollah Badawi bodoh, akan tetapi sememangnya beliau seorang yang bodoh, patutlah antara 3 naib-naib presiden, beliaulah yang telah dipilih oleh Mahathir.

Sebenarnya, tindakan beliau melokapkan Ezam memang dinantikan oleh Ezam sendiri kerana ini akan memudahkan rakyat membuka mata yang akhirnya akan berasa lebih benci terhadap kerajaan BN.

 


 

Pada malam hari raya lepas (5 Mac 2001) kira-kira jam 9.30 malam, Sdr. Ezam Mohd Nor, Ketua Pemuda KeADILan telah ditangkap sewaktu beliau dalam perjalanan pulang dari rumah Datin Seri Wan Azizah. Dikatakan tiada sebarang waran tangkap dikeluarkan.

 

Tangkapan ini adalah berikutan berita-berita bohong dan palsu yang telah diputar-belitkan oleh akhbar-akhbar pro-kerajaan berkenaan perancangan Sdr. Ezam dan penyokong keADILan untuk mengadakan demonstrasi jalanan secara besar-besaran untuk menggulingkan kerajaan. Meskipun ini telahpun dinafi oleh Sdr. Ezam, namun ia tetap digunapakai untuk menahan beliau dalam masa di mana setiap insan ingin berada di samping keluarga tersayang. Pihak Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan memang sengaja memilih waktu itu kerana ingin membangkitkan kemarahaan rakyat yang mungkin akan memberontak di mana ini seterusnya akan dijadikan alasan untuk mereka melancarkan siri-siri tangkapan selanjutnya dengan matlamat untuk mematikan gerakan reformasi.

 

Insyaalah sama-sama kita menguatkan semangat sempena Aidil-Adha kali ini untuk kita terus berjuang dan jangan sekali-kali gentar dengan helah dan tekanan yang dileparkan.

 

 

 
Tone lagu Suara Rakyat Baru!

 

 

 

 


SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan Webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright © 2000 The Reformiz Inc.