http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Dikemaskinikan  pada 20 Feb 2001 23:11  

 

 

 

Pilihanraya Kecil

N.34 LUNAS

29 NOV 2000

 

 

 

Baca Laporan Perhimpunan 100,000 Rakyat

 

 

Sila kirimkan pandangan serta komen anda kepada kami

 

LAPORAN POLIS TERHADAP MOHTAR ABDULLAH

 

17 Febuari 2001, suatu perhimpunan telah diadakan sempena penyerahan laporan polis terhadap Tan Sri Mohtar Abdullah, Hakim Mahkamah Persekutuan, berhubung salahlaku beliau semasa menjadi Peguam Negara. Pehimpunan ini telah dihadiri hampir 3000 orang pendokong reformasi. Perhimpunan yang telah didahului dengan solat zuhur dan hajat di Masjid Jamek itu telah diadakan di hadapan Balai Polis Campbell, Jalan Dang Wangi.

 

Antara pimpinan Barisan Alternatif yang hadir adalah Sdr. Ezam Mohd Nor, YB. Hj. Mahfuz, Sdr. Faizal Sanusi dan ramai lagi. Pada lebih kurang jam 3.00 ptg, para pimpinan BA telah dibenarkan masuk ke dalam balai polis untuk menyerahkan laporan tersebut. Pada masa inilah, polis dan FRU telah bertindak menghalau orang rami yang membanjiri Jalan Dang Wangi dan persekitarannya. Kelihatan 2 buah trak FRU dan sebuah 'water cannon' sedang bersedia menghala ke arah orang ramai. Tindakan FRU ini telah menyebabkan orang ramai beredar ke tempat yang lebih selamat seperti di hadapan Pasaraya Sogo. Walaupun orang ramai telah berpecah, namun masih kedengaran laungan 'reformasi' di sana sini beserta dengan nyanyian lagu Suara Rakyat.

 

Pada kira-kira jam 4.10 ptg, pimpinan BA keluar dari balai polis setelah selesai membuat laporan. Pimpinan-pimpinan BA kemudiannya memimpin orang ramai, yang sedang menunggu mereka dengan sabar, berarak ke arah Dataran Merdeka. Setibanya di Dataran Merdeka, pimpinan BA mengambil tempat di atas pentas yang telah disediakan untuk acara lumba basikal keesokan harinya. Sdr. Ezam Mohd Nor telah membacakan laporan yang telah dibuat (klik untuk membaca laporan) kepada orang ramai yang tidak berganjak dari jalan raya meskipun hujan sudah mula renyai. Setelah lebih kurang 10 minit dan ucapanpun selesai, orang ramai bersurai apabila diminta berbuat demikian oleh pemimpin mereka.

 

Walaupun sudah bersurai, laungan keramat 'reformasi' masih kedengaran di merata tempat dicelahi dengan suara takbir. Pada waktu orang ramai sedang bersurai inilah, trak polis dan FRU tiba. Biarpun orang ramai sudah beredar dari tempat perhimpunan, pihak polis dan FRU tetap cuba menimbulkan kekecohan. Dilaporkan dalam kekecohan yang berlaku ini, Sdr. Tian Chua telah ditahan dan ditangkap. Selain daripada beliau, difahamkan 5 orang telah ditangkap termasuk Raja Petra Kamaruddin.

 

Sekian laporan terkini. REFORMASI!!!

 

Membujur lalu, melintang patah, 

namun REFORMASI tetap diteruskan,

Webmaster.

 
Cadangkan laman ini kepada rakan

 

 

 

 


SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan Webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright 2000 The Reformiz Inc.