http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Dikemaskinikan  pada

22 Mar 2001 11:14  

 

 

 

Pilihanraya Kecil

N.34 LUNAS

29 NOV 2000

 

 

 

Baca Laporan Perhimpunan 100,000 Rakyat

 

 

Sila kirimkan pandangan serta komen anda kepada kami

 

 

 

Kisah Penutupan Laman Pemuda KeADILan - 18 Mac 2001

 

Saya sungguh terkejut kerana apabila saya cuba login ke laman Pemuda KeADILan (http://pemudakeadilan.tripod.com) pada hari ini, terpapar di hadapan laman terbut bahawa saya telah melanggar syarat serta peraturan Tripod.com. Saya terus menelefon Sdr. Lokman Adam untuk mendapatkan kepastian yang tidak ada sesiapa daripada kalangan kami sendiri yang telah menukar kata laluan ataupun menutup laman tersebut. Kami kemudiannya membuat satu andaian bahawa ini adalah satu usaha sabotaj yang dilakukan oleh konco-konco yang menjadi tali barut kerajaan zalim Dr. Mahathir yang bertujuan menyekat penyebaran maklumat yang betul melalui ruang Internet. Kemudian kami mendapat tahu yang banyak lagi laman- laman pro-reformasi lain yang mengalami nasib yang sama sejak daripada semalam. Ini mengukuhkan lagi tekaan kami yang ini merupakan suatu sabotaj. Selain daripada itu, amat tidak logik sama sekali jika kita lihat laman-laman yang ditutup kerana 'kununnya' melanggar syarat Tripod.com ini adalah semuanya laman pro-reformasi dan pro-pembangkang. Kami telah mengambil langkah awal untuk menghantar email kepada abuse@tripod.com bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini tetapi sehingga kini belum ada sebarang jawapan. Kami benar-benar merasakan cadangan untuk membuat satu kenyataan protes secara beramai-ramai oleh para webmaster untuk dihantarkan kepada pihak Tripod.com adalah satu yang baik. Ini kerana kita perlu cuba sedaya upaya untuk melawan setiap cubaan untuk menyekat kebebasan media melalui Internet memandangkan itu merupakan media penyampaian maklumat yang utama bagi kita semua. Oleh itu, saya ingin nyatakan di sini sokongan saya bagi mewakili pihak pengendali Laman Rasmi Pemuda KeADILan Malaysia dan memohon supaya disertakan sekali dalam kenyataan protes yabg bakal dibuat kelak. Sehubungan itu, kami sedang dalam usaha menghidupkan kembali laman Pemuda KeADILan di satu URL lain yang pernah digunakan dahulu iaitu di http://pemuda_keadilan.tripod.com.

 
Tone lagu Suara Rakyat Baru!

 

 

 

SEKRETARIAT PEMUDA KEADILAN MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan Webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright 2000 The Reformiz Inc.