http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Dikemaskinikan  pada 29 Jan 2001 10:19  

 

 

 

Pilihanraya Kecil

N.34 LUNAS

29 NOV 2000

 

 

 

Baca Laporan Perhimpunan 100,000 Rakyat

 

 

Sila kirimkan pandangan serta komen anda kepada kami

 

 

 

 

 

Laporan Pemuda keADILan di Perlis

Oleh : Irzaimi

Semalam bertempat di Utan Aji Perlis telah berlangsung satu ceramah umum yang dihadiri oleh barisan pemuda Keadilan yang diketuai oleh saudara Ezam, didalam hujan yang turun tanpa henti sejak dari awal petang itu hampir 2000 penduduk perlis hadir mendengar amanat yang disampaikan oleh penceramah penceramah. Ceramah dimulakan dengan ketua pemuda Keadilan Perlis saudara Rehduan telah menyampaikan kata kata aluan dan menegaskan bahawa pendirian pemuda Keadilan Perlis menyokong pendirian pemuda pusat didalam isu penolakan jemputan perpaduan melayu oleh Mahatir.

Keadaan bertambah hangat bila saudara Lokman Noor Adam berucap, beliau menceritakan pengalamannya menghadiri rumah terbuka Datuk Aziz (naib ketua pemuda UMNO) yang telah menghantar jemputan rasmi, ceritanya bagaimana kehadirannya disambut dengan takbir dan bagaimana para pemuda UMNO menceritakan yang mereka dah jemu dengan pimpinan Mahathir, kata Lokman sebelum pulang beliau telah dipesan oleh pemuda UMNO agar teruskan berjuang, lawan tetap lawan. Ternyatalah keadaan Mahathir begitu tertekan disaat ini, kata Lokman, Shahrir dan Adam Hamid di Johor giat melobi untuk menjatuhkan Mahathir, beliau kemudiannya menambah beberapa perkara yang mungkin terjadi hasil dari perbincangan antara PAS dan UMNO, katanya kemungkinannya adalah UMNO akan menawarkan kerajaan campuran pada BA, alasannya supaya selepas ini ceramah ceramah umum tak perlu dibuat dan kalau adapun kena jemput Mahathir sebagai wakil BN, maknanya suara rakyat akan disekat, dan isu yang utama rasuah dan salah guna kuasa. Katanya kita tidak bersedia bersekongkol dengan mereka walau apapun alasan dan helah yang digunakan kecuali Mahathir mengakui yang DSAI difitnah olehnya dan Mahathir meletak jawatan. Kemuadian Parlimen dibuburkan dan terserah pada rakyat untuk menilai dan memilih pemimpin. Diakhir ceramahnya saudara Lukman menceritakan dailog Mahathir dengan Pengarah POS Malaysia mengenai setem yang mempunyai gambar Mahathir ketika hari raya baru baru ini, Pengarah POS Malaysia mengatakan setem Mahathir tidak laku kerana tak melekat seperti setem biasa, kata Mahathir mana boleh tak melekat, beliau ambil satu setam dan menampalnya pada sehelai kertas, ini melekat kata Mahathir, kata pengarah POS malaysia itu, yelah Datuk Seri meludah dibelakang setem sedangkan rakyat meludah didepan setem!! :)... walaupun itu hanya gurauan namun tidak jauh dari realiti yang ada.

Selepas itu pemimpin keadilan Perlis Saudara Wan Harizan (kemungkinan salah ejaan) mengulas mengenai perkembangan terkini Keadialn diPerlis antaranya cawangan cawangan baru yang diangotai oleh orang bukan melayu dikawan Kangar dan Kuala Perlis akan ditubuhkan tak lama lagi. Saman peneroka Felda kepada kerajaan negeri dan dua tiga isu lagi. Pesuruhjaya PAS perlis, Ustaz Hahsim Jasin kemudiannya menceritakan bagaimana perubahan pimpinan negara akan berlaku seperti berlakunya hujan pada bulan Januari, katanya bulan Januari selalu yang tidak hujan tetapi tahun ini hujan. beliau menceritakan kegusaran ahli pas bahawan mengenai persetujuan Presiden PAS untuk berbincang dengan Mahathir, katanya tak perlu dirisaukan kerana kita tahu perangkap mereka dan kita juga punya perangkap, Presiden PAS pergi bertemu dengan Mahathir bukan untuk menerima dan menawarkan berapa kerusi menteri, timbalan menteri dan sebagainya, tetapi sekadar bertanya kabar dab berbual, katanya Mahathir dan umno seperti orang lemas yang hampir tenggelam dan melambai lambai kita, katanya kita pergi bukan untuk meyambut huluran tangannya tetapi sekadar bertanya kabar dihujung tebing.

Saudara Ezam memulakan ceramah dengan menceritakan pengalamannya yang ditahan polis pada petang hari raya sejurus pulang dari umrah di KLIA, katanya polis ditekan untuk menahannya bersama dengan saudara Azmin pada petang hari raya walaupun mereka boleh menahannya pada bila bila masa kerana setiap pergerakannya diekori, cerita Ezam bagaimana kerusinya dipejabat Keadilan Pusat pun diambil gambar membayangkan bagaimana mereka (polis) arif tentang Ezam yang melahirkan kesalnya kerana ditahan dihadapan isteri dan anak anak yang masih kecil. saudara Ezam seperti biasa mendedakkan kemungkaran politik UMNO yang telah mengunakan hampir 50 ribu juta, (ulang 50 ribu juta) untuk meyelamatkan para kroni, Beliau mencaritakan pengalamannya bertemu dengan 'orang besar Tabung Haji' yang mendedakkan bagaimana LUTH dipaksa untuk membeli bangunan tak laku kepunyaan Abu Shahid Pengerusi Maju Holding, sebanyak 200 juta. Kata Ezam pelan menyelamat Halim Saad sedang dirangka dan akan diumumkan dua tiga minggu lagi, katanya beliau bersedia didakwa atas pendedahannya mengenai kepincangan dan salah guna kuasa tetapi mengapa sampai hari ini tidak ada pendakwaan. Ini bermakna apa yang didedahkan olehnya itu betul. Katanya bagaimana anak Mahathir sedang membina mahligai dikawasan termahal di Malaysia, Bangsal, yang mungkin menelan belanja puluhan juta ringgit. Sebelum mengakhiri ucapan beliau sekali lagi menekankan bagaimana maklumat harus disebarkan seluas luasnya kepada sekian rakyat, katanya kesat, cd, akhbar yang pro reformasi dibeli dan disebarkan kepada saudara dan jiran jiran. Masanya semakin hampir kita menyampai kemenangan.

Malam semalam walaupun didalam hujan rakyat tidak berganjak dari mendengar amanat pimpinan, walaupun sekumpulan anjing kurap(sb) yang tak putus putus ambil gambar setiap kali penceramah naik ke pentas, dan kearah hadiran, saya sengaja bersama kelompak meraka dan yang mengelikan hati ketika Ezam menceritakan hal peyelewangan ada seorang yang terangguk angguk, mungkin dia juga mengakui yang kita dipihak benar dan mungkin dia sendiri peyokong BA namun tugas memaksanya menjadi seperti anjing kurap seketika, yang meyeronakkan ceramah itu diadakan tak jauh dari markas UMNO dan sewaktu saya bersama kawan melalui sebuah rumah penyokong kuat UMNO Pak mid kelihatan berkumpulnya orang orang UMNO, mungkin panas pungguk kot duduk kat rumah sendiri.

Sesuatu yang penting yang kita semua perlu ketahui adalah perhimpunan hari raya di Teluk medan telah mendapat permit, jadi kita boleh pergi dengan aman, dan juga satu perhimpunan diselepas solat Zohor di masjid KLIA pada 27.1.01 yang dipimpin ioleh saudara Ezam untuk membuat laporan polis diBalai Polis KLIA terhadap Mahathir, Daim dan Tajudin Ramli akan diadakan, Inyaallah jika ada rezeki kita bertemu di sana pulak. Akhirnya marilah kita bulatkan tekan pada tahun ini berperang habis habiskan menentang rasuah, peyelewangan, salah guna kuasa dan semua kemungkaran politik dan ekonomi oleh UMNO dan BN dalam masa yang sama marilah kita doakan semoga DSAI yang sedang menderita disembuhkan oleh Allah SWT dan semoga azam kita melihat DSAI bebas sebelum NOV tahun ini tercapai.

 
Cadangkan laman ini kepada rakan

 

 

 

 


SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright 2000 The Reformiz Inc.