http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Dikemaskinikan  pada 29 Jan 2001 10:19  

 

 

 

Pilihanraya Kecil

N.34 LUNAS

29 NOV 2000

 

 

 

Baca Laporan Perhimpunan 100,000 Rakyat

 

 

Sila kirimkan pandangan serta komen anda kepada kami

 

 

 

 

 

Kuasa rakyat jatuhkan pemimpin rasuah: Azizah
R Navanitham

5:35pm, Mon: Kejatuhan Presiden Filipina Joseph Estrada memberikan contoh penting kepada rakyat negara ini bahawa pemimpin rasuah boleh ditumbangkan melalui “kuasa rakyat.”

“Jika rakyat benar-benar berazam untuk mengetepikan salah guna kuasa yang dilakukan oleh ahli politik, maka tiada satu kuasa pun di bumi ini dapat menahan mereka,” kata Presiden Parti Keadilan Nasional Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengulas perkembangan di negara jiran itu.

“Hanya kemahuan kuat rakyat boleh memastikan kemenangan (pihak) yang benar terhadap (pihak) yang batil.”

Estrada meletakkan jawatan Sabtu lalu selepas mahkamah agung negara itu mengisytiharkan jawatannya sebagai kosong. Tindakan ini diambil selepas pemimpin tertinggi tentera dan polis negara itu meninggalkan Estrada untuk bersama-sama lebih 500,000 penentang bekas bintang filem itu di tengah Manila.

Filipina sekarang diketuai oleh penentang Estrada, yang juga bekas Naib Presiden negara itu, Gloria Macapagal Arroyo.

Wan Azizah juga berkata, kebebasan rakyat negara itu untuk bersuara dan berkumpul menjadi punca utama kejatuhan itu.

“Rakyat Malaysia harus sedar bahawa tanpa kebebasan seperti itu, proses perubahan politik di negara kita akan menjadi lebih sukar,” katanya.

“Perubahan politik boleh dipercepatkan jika segolongan utama elit pemerintah memilih untuk menjauhkan diri daripada pemimpin (yang menyeleweng itu).”

Isteri Anwar Ibrahim itu berkata, perubahan politik Filipina kali ini digerakkan oleh “seorang wanita yang bersih daripada amalan rasuah dan kronisme.” Pada 1986, Presiden Ferdinand Marcos dijatuhkan di tangan seorang wanita Cory Aquino melalui demonstrasi beratus-ratus ribu rakyat di tempat yang sama, Tugu Revolusi.

Bagaimanapun tambahnya, Keadilan tetap menghargai sokongan yang diberi oleh Estrada ketika Anwar ditahan dan dipukul pada 1998 selepas dipecat daripada kerajaan dan Umno.

Ditekan desakan reformasi

Pengerusi DAP Lim Kiat Siang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mungkin gembira melihat kejatuhan pentadbiran Estrada kerana sokongan Filipina kepada Anwar.

“Bagaimanapun, Dr Mahathir pada waktu yang sama rasa terpinggir dan ditekan desakan reformasi, kerana beliau merupakan seorang sahaja pemimpin di rantau ini yang masih enggan berundur,” katanya, sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam yang berasa gembira dan yakin akan wujud kerjasama lebih baik antara dua negara itu selepas pelantikan Arroyo.

“Adakah semangat patriotik yang sama wujud di kalangan pemimpin negara ini yang berada dalam kabinet dan kerajaan yang bersedia meninggalkan Dr Mahathir secara terbuka?” tambahnya, mengulas sikap anggota senat dan pegawai tinggi Filipina yang meninggalkan pemimpin mereka untuk menyokong tuntutan perubahan rakyat.

 
Cadangkan laman ini kepada rakan

 

 

 

 


SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright © 2000 The Reformiz Inc.