http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Dikemaskinikan  pada 29 Jan 2001 10:19  

 

 

 

Pilihanraya Kecil

N.34 LUNAS

29 NOV 2000

 

 

 

Baca Laporan Perhimpunan 100,000 Rakyat

 

 

Sila kirimkan pandangan serta komen anda kepada kami

 

 

 

 

 

Kes Rasuah MB Selangor Berlanjutan

 

Belum selesai kes menyumbang RM 100, Beg Sekolah dan Telur Raya kini muncul 
satu lagi persoalan bagaimana Menteri Besar yang baru berusia beberapa bulan 
ini mempunyai wang berjuta-juta ringgit.

Jika kes yang pertama melibatkan sumbangan peribadi Khir Toyo sekitar hampir 
RM 200,000.00. kini beliau sudah mula main juta nampaknya.

Menurut salah seorang Ketua Bahagian yang namanya tidak dapat kami siarkan 
oleh sebab-sebab tertentu, Mohd Khir telah mengistiharkan bahawa beliau 
akan memperuntukkan RM 100,000.00 setiap Bahagian dalam Mesyuarat Perhubungan 
UMNO Negeri Selangor baru-baru ini.  Apabila diminta oleh pihak tertentu 
agar wang itu dimasukkan dalam akaun UMNO Negeri untuk diagihkan kemudiannya 
kepada Bahagian, walaubagaimanapun Mohd Khir dikatakan enggan berbuat demikian 
dan menyatakan bahawa beliau akan menyerahkannya sendiri kepada kesemua 
17 bahagian terbabit.

Sehingga kini, sebahagian besar daripada UMNO Bahagian dalam Negeri Selangor 
sudahpun menerima sumbangan tersebut.  Pokoknya, darimanakah Mohd Khir Toyo 
memperolehi wang sebegitu banyak.  Tidak mungkin seorang kontraktor sanggup 
menyumbang RM 1.7 tanpa dijanjikan dengan projek kerajaan Negeri.

Kita minta pihak BPR janganlah pandai tangkap ikan bilis dan Majistreet 
yang hanya menerima rasuah RM 4 ribu sedangkan ikan paus dan bapak Gajah 
dilepaskan begitu sahaja.

 
Cadangkan laman ini kepada rakan

 

 

 

 


SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright © 2000 The Reformiz Inc.