http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Dikemaskinikan  pada 29 Jan 2001 10:19  

 

 

 

Pilihanraya Kecil

N.34 LUNAS

29 NOV 2000

 

 

 

Baca Laporan Perhimpunan 100,000 Rakyat

 

 

Sila kirimkan pandangan serta komen anda kepada kami

 

 

 

 

 

Assalamualaikum......

Semalam saya baru terbaca article dari suratkhabar KeAdilan, dimana syed
husin ada mengesyorkan agar parti gabungan BA menggunakan satu simbol bagi
menghadapi BN pada pilihan raya akan datang.....
Pada pendapat saya ianya adalah satu pendapat yang bernas dan praktikal
untuk menyatupadukan seluruh rakyat malaysia tidak mengira bangsa, agama dan
latar belakang pendidikan dibawah satu pakatan.....
Lanjutan daripada itu, saya merasakan adalah lebik baik jika pembahagian
kerusi untuk pilihan raya 2004 di kenalpasti dari sekarang termasuk dengan
calonnya sekali. Ini akan membolehkan rakyat dapat mengenali calon BA dengan
lebih dekat dan seterusnya membolehkan mereka menjalan aktiviti2 yang dapat
dimanafaatkan oleh penduduk kawasan yang akan mereka wakili......Ini seperti
mengujudkan adun atau ahli perlimen bayangan bagi kawasan yang dimenangi
oleh BN.....Tak secara langsung akan memberi tekanan kepada
lawan.....Tindakan ini akan memberi signal yang lebih kuat kepada lawan
bahawa gabungan @ pakatan BA adalah utuh dan tindakannya sistematik dan
menyeluruh......
Saya juga ingin mencadangkan agar tenaga profesional BA bergabung dan
mengariskan dengan terang agenda ekonomi negara.....agenda ini hendaklah
dibentangkan sekurang2nya pada masa pilihanraya, dengan membuat andaian
berkenaan pendapatan dan perbelanjaan yang dibakal di junjung oleh
BA.....Walaubagaimanapun adalah lebih baik jika belanjawan BA dapat
dibentangkan sebelum belanjawan negara dibuat setiap tahun......Ini akan
membolehkan rakyat dan komuniti peniaga dapat membuat penilaian terhadap
keupayaan BA mentadbir negara dan seterusnya membuat presentation yang lebih
telus dari apa yang dibuat oleh BN.......Dengan ini komuniti peniaga akan
dapat membuat penilaian sebenar keupayaan BA, dan diharap akan mendapat
sokongan daripada mereka dengan memantapkan lagi sumber kewangan BA untuk
menghadapi jentera BN......
Tidak dinafikan bahawa kekuatan BN sekarang banyak bergantung kepada
kekuatan kewangan dan ini mesti ditanggani oleh BA dengan lebih agresif.
Usaha brain storming hendaklah dilakukan untuk mencari jalan untuk
melemahkan kekuatan kewangan BN dan seterusnya menguatkan kewangan BA.....
sekian....
SALAM REFORMASI
LAWAN TETAP LAWAN
ALLAHUAKBAR........

 

-poy poy

 
Cadangkan laman ini kepada rakan

 

 

 

 


SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright 2000 The Reformiz Inc.