GEMPAR!!
Tian
Chua dan Ruslan Kassim ditahan
Inikah
permulaan OPS LALANG II ?!
22
Dis 2000
Selapas
tahanan empat orang kelmarin, termasuk Sdr. Zamil (Setiausaha Pemuda
KeADILan) dan Sdr. Fakharuddin (Pemuda PAS) yang ditahan di rumah
masing-masing, kini tiba pula giliran Tian Chua (malam semalam) dan
Ruslan Kassim (awal pagi ini). Kini Sdr. Ezam
Mohd. Nor dan YB. Azmin Ali juga dikehendaki polis, dan
kebarangkalian besar akan ditahan sebaik sahaja tiba pulang dari
Tanah Suci Mekah, di mana mereka kini sedang melaksanakan Ibadat
Umrah. Desas-desus juga menunjukkan bahawa kemungkinan besar
Setiausaha Pemuda KeADILan Malaysia, Lokman Adam juga akan di tahan
dalam masa beberapa hari ini.
Selepas
mereka-mereka ini, siapa lagi akan mereka tahan?? Perkembangan
terbaru ini mengukuhkan lagi ramalan bahawa Ops Lalang akan punya
sambungannya…inikah permulaan OPS LALANG II ?!
Adakah
saudara-saudari sekalian akan membenarkan kekejaman ini berterusan?
Masya’allah.
Sungguh ZALIM mereka ini sehingga sanggup melakukan semua ini
di bulan Ramadhan yang mulia ini, terlebih lagi apabila Aidilfitri
cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi.
|