http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Dikemaskinikan  pada 29 Jan 2001 10:17  

 

 

 

Pilihanraya Kecil

N.34 LUNAS

29 NOV 2000

 

 

 

Baca Laporan Perhimpunan 100,000 Rakyat

 

 

Sila kirimkan pandangan serta komen anda kepada kami

 

 

 

 

 

KeADILan KESAL DENGAN PENAHANAN PEMIMPIN DAN PETUGAS PILIHANRAYA BARISAN ALTERNATIF DI LUNAS 

 

KENYATAAN AKHBAR

Parti Keadilan Nasional ( keADILan ) , amat kesal dengan penahanan beberapa orang pemimpin dan petugas pilihanraya BA di Lunas di bawah Seksyen 147 , Akta Polis atas tuduhan kesalahan merusuh .

Empat orang petugas yang ditahan pada 21 Disember 2000 telah pun diminta membayar ikat jamin sebanyak RM 5,000.00 seorang . Manakala Sdr. Tian Chua dan Sdr. Ruslan Kasim telah ditahan pada 22 Disember 2000 dan akan dihadapkan ke mahkamah .

KeADILan amat terkejut dengan penahanan ini kerana ;

a. Tiada rusuhan dan huru-hara pada hari pembuangan undi 29 November 2000 lalu di Lunas .
b. Masalah bas-bas yang membawa mereka yang dianggap pengundi hantu telahpun diselesaikan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak BA dan BN .
c. Pihak keADILan dan BA telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam menyelesaikan hal-hal yang berbangkit

Sehubungan dengan itu , keADILan menyeru agar rakyat tidak ditakut-takutkan dengan penahanan demi penahanan dari pihak polis . Ini sudah tentu akan membantutkan proses demokrasi di negara yang dicintai ini .

KeADILan juga menyeru agar semua pihak yang terbabit dalam pilihanraya kecil N33 , DUN Lunas menerima dengan terbuka keputusan pilihanraya tersebut dan menghormati hak demokrasi pengundi Lunas.

 

MUSTAFFA KAMIL AYUB
Timbalan Ketua Pemuda keADILan Malaysia

22 Disember 2000


 
Cadangkan laman ini kepada rakan

 

 

 

 


SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright © 2000 The Reformiz Inc.