PEMUDA
KEADILAN TOLAK USUL UMNO TENTANG PERPADUAN MELAYU
-Mohd
Ezam Mohd Nor
1
Januari 2001
Ulasan dan
kenyataan berhubung dengan kononnya masalah perpecahan Melayu
tiba-tiba menjadi berita besar akhir-akhir ini. Pemuda ingin
mengingatkan semua pihak bahawa isu ini mula ditimbulakan oleh
Mahathir seorang Perdana Menteri yang malu besar kerana kalah di
Lunas beberapa hari sebelum itu.
Isu ini
juga ditimbulkan beberapa hari selepas munculnya seorang lagi tokoh
wira rakyat dari Kedah, Sdr Hj Mahfuz Omar yang dipenjarakan kerana
perjuangan menentang Kezaliman Israel dan sekutunya. Sambutan
luarbiasa rakyat terhadap Mahfuz dan rakan-rakan merupakan tamparan
hebat kepada Mahathir sehingga baliau sendiri terpaksa membuat
beberapa kenyataan dangkal yang disiarkan dimuka depan Utusan
Malaysia tentang isu perjuangan menentang kezaliman Israel. Selang
beberapa hari selepas itu akhbar yang sama mengungkap tajuk
perpaduan Melayu oleh Mahathir dan bermula dari hari itu saban hari
isu ini dihebohkan baik dalam bentuk beita mahupun komentar dan
analisis penulis upahan.
Saya telah
membuat kenyataan semalam menolak usul ini tetapi tidak disiarkan
oleh mana-mana akhbar utama tempatan. Saya akan memanggil sidang
khas Pemuda Keadilan untuk mendapatkan pendirian rasmi Pemuda
beberapa hari lagi. Pemuda tidak anti perpaduan Melayu tetapi Pemuda
menolak sebarang usaha anjuran Mahathir dan UMNO yang jelas sudah
hilang maruah, wibawa dan kredibiliti untuk menerajui sebarang usaha
murni. Apakah kita masih mahu duduk dan berbincang dengan pimpinan
rasuah, merompak berbillion duit rakyat Melayu dan bangsa lain untuk
suku-sakat, meragut hak rakyat dan Kerajaan Negeri yang sah
diTerengganu, menghina Islam dan ulama, memfitnah dan menzalimi
sahabat kerana ketakutan hilang kuasa ?!
Pemuda
tidak akan berganjak daripada pendirian Pemuda semenjak perjuangan
ini bermula bahawa isu sebenar adalah isu rasuah, salahguna kuasa
dan penyelewengan pemerintah. Bukan isu perpaduan Melayu ! Ini bukan
masalah orang Melayu. Ini adalah masalah beberapa kerat pemimpin
Malayu yang rasuah, rakus kuasa dan harta ! Karenah mereka yang
menyebabkan orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya merana,
sengsara. Apakah mereka bersedia untuk duduk berbincang persoalan
ini. Apakah mereka bersedia menjemput semua badan berkuasa untuk
tampil sama membawa semua fail rasuah mereka? Apakah mereka bersedia
untuk mendapatkan maklumat bank untuk membuktikan nilainan harta dan
hutang mereka ? Apakah mereka bersedia untuk mendapatkan maklumat
Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi JPM dan badan-badan
lain untuk menampilkan setiap keputusan mereka - untuk Melayu atau
untuk beberapa kerat Melayu yang kononya korporat tetapi keparat ?
Mereka tidak akan bersedia melakukan semua ini kerana mereka tidak
punya kekuatan moral untuk berdepan dengan kebenaran. Mereka
semuanya perasuah, perompak harta rakyat dan manusia yang tiada
nilai dan wibawa. Jangan salahkan rakyat, jangan salah orang Melayu
atau Cina Atau India. Ini bukan masalah orang Melayu atau rakyat
tidak berpadu. Ini masalah pemimpin politik Malayu, Cina dan India
yang rasuah dan menyeleweng.
Pemuda
Keadilan akan terus dengan agenda menentang rasuah dan penyelewengan
ini habis-habisan. Kami menjanjikan 2001 sebagai tahun yang sarat
dengan aksi perjuangan anak muda yang akan terus menentang melawan
pimpinan rasuah habis-habisan. Kita akan mulakan tahun baru ini
dengan gerakan besar-besaran menyelamat wang rakyat dengan rompakan
di Khazanah Malaysia untuk selamatkan Tajuddin Ramli , Rompakan di
PNB satu billion ringgit untuk Syed Mokhtar melalui MMC, Rompakan di
Tabung Haji sebanyak 200 juta ringgit untuk selamatkan Abu Shahid
dan banyak lagi rompakan wang rakyat yang mesti ditentang. Saya akan
berbincang dengan Sdr Mahfuz dan rakan-rakan pimpinan pemuda BA dan
Dr Hatta, Sdr Saari Sungib dalam jawatankuasa kembali Hak Rakyat dan
teman-teman organisasai politik dan bukan politik yang lain untuk
bergerak sederap menyelamatkan wang rakyat. Ini sebenarnya agenda
kita. Jangan terperangkap dengan agenda mereka yang mahu lari dari
persoalan sebenar rakyat dan negara.
Kepada
semua anak muda yang dahagakan keadilan dan masih membara
semangatnya untuk menentang kezaliman, Selamat Tahun Baru dan
Selamat Berjuang !
Mohamad
Ezam M Nor
1 Jan 2001 |