http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Dikemaskinikan  pada 25 Feb 2001 22:21  

 

 

 

Pilihanraya Kecil

N.34 LUNAS

29 NOV 2000

 

 

 

Baca Laporan Perhimpunan 100,000 Rakyat

 

 

Sila kirimkan pandangan serta komen anda kepada kami

 

KENYATAAN MEDIA

Kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Hishamuddin Tun Hussein dan Azimi Daim, Ketua Penerangannya yang disiarkan dalam Berita Harian pada 22 Februari lalu jelas menggambarkan ketenatan UMNO (Baru) yang sarat dengan pelbagai penyakit yang selalunya hanya dijangkiti oleh parti tua. Akhirnya Pergerakan Pemuda parti yang baru berusia 13 tahun dan sepatutnya semakin gagah itu terpaksa merayu dan mengemis simpati Pimpinan PAS untuk menyedekahkan sedikit oksigen bagi membolehkan mereka bernafas dalam atmosfera yang penuh dengan kemarahan serta kebencian rakyat terhadap UMNO. 

Hentikanlah cubaan terakhir untuk menyelamatkan parti yang bakal dikuburkan oleh rakyat dengan menunding jari ke arah orang lain apabila harapan kamu untuk melihat kejayaan perbincangan yang akan menentukan masa depan UMNO semakin malap. Pimpinan PAS bukan seperti Pemimpin UMNO yang boleh digoreng dengan mudah oleh Dr. Mahathir. 
Jangan palsukan fakta sebenar perbincangan Jawatankuasa Teknikal UMNO-PAS dengan menuduh KeADILan dan Pemuda PAS sebagai dalang yang cuba mengagalkan perbincangan tersebut. Tiga tuntutan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Teknikal PAS bukanlah syarat baru sepertimana yang digembar-gemburkan oleh media sebagai helah terbaru PAS untuk menggagalkan perbincangan berhubung Perpaduan Nasional dan isu-isu Negara antara UMNO dan PAS. Sejak pertemuan pertama Jawatankuasa Teknikal UMNO-PAS pada 8 Februari lalu, tiga tuntutan 
tersebut sudah dikemukakan sebagai syarat yang mesti dipenuhi oleh UMNO sebelum pimpinan kedua-dua parti bertemu. Hisham dan Azimi sewajarnya sedar bahawa apabila Dr. Mahathir mengumumkan bahawa UMNO bersetuju untuk bertemu dengan PAS pada 19 Februari 2001, ini secara tidak langsung bermakna UMNO bersetuju untuk memenuhi 3 tuntutan itu sebelum perbincangan dijalankan.

Tindakan menangguhkan perbincangan tersebut adalah wajar dan sudah pasti akan di ambil oleh mana-mana pihak termasuk UMNO memandangkan syarat untuk berbincang tidak dipenuhi hingga 18 Februari iaitu sehari sebelum tarikh pertemuan wakil kedua-dua parti. Keputusan Jawatankuasa PAS Pusat menzahirkan kesungguhan PAS untuk memperjuangkan nasib rakyat dan sewajarnya disokong oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli UMNO. Tuntutan agar royalti 
minyak dipulangkan adalah hak rakyat Terengganu untuk mentadbir dan membangunkan negeri tersebut dengan mengunakan hasil buminya. Tuntutan agar hak untuk menerbitkan Harakah dikembalikan kepada dua kali seminggu juga adalah hak rakyat untuk bersuara dan menyatakan pandangan yang telah dicabuli oleh Kementerian Dalam Negeri yang diterajui oleh pemimpin UMNO. Hak warganegara Islam Malaysia yang menyertai PAS untuk menggunakan perkataan Islam pada nama parti mereka juga tidak sewajarnya cuba dinafikan oleh perwakilan UMNO. 
Lebih-lebih lagi PAS cukup konsisten memperjuangkan Islam selaras dengan dasar perjuangan mereka jika dibandingkan dengan UMNO yang sepatutnya sudah lama mengugurkan perkataan “Melayu” dari nama parti mereka kerana sudah tidak lagi disokong apatah lagi memperjuangkan nasib orang Melayu.

Saya yakin sebahagian besar rakyat Malaysia menyokong penuh pendirian PAS untuk mengemukakan tiga tuntutan agar hak rakyat itu dikembalikan oleh UMNO sebelum perbincangan dijalankan. Tuntutan tersebut sebenarnya adalah terlalu ringan kerana pertemuan ini adalah antara mangsa rompakkan dengan penyamun besar negara. Maka sewajarnya mangsa rompakan itu meminta penyamun tersebut memulangkan haknya sebelum mereka setuju berbincang tentang pekara yang lebih besar.

Kepada Hisham dan Azimi saya nasihatkan agar ubahlah kaedah pendekatan kerja buat kalian untuk menyelamatkan kapal yang sedang karam itu. Jika kalian mahu mengembalikan sokongan orang Melayu terhadap parti uzur kalian, inilah masanya untuk kalian bangkit memperjuangkan nasib penoreh getah, penanam kelapa sawit, padi dan kelapa yang sengsara akibat kejatuhan harga produk keluaran mereka. Tentanglah kenaikan harga barangan yang cukup membebankan rakyat seperti petrol, bekalan air, kadar insuran kenderaan, tol, kos ubat-ubatan 
dan ratusan harga barangan lain yang melambung secara mendadak kebelakangan ini. Dan terakhir sekali tolonglah kawal nafsu serakah pimpinan kalian seperti Mahathir dan Daim yang tidak habis-habis merompak dana rakyat untuk menyelamatkan kroni dan suku-sakat mereka.

Jika ini dapat dijadikan agenda perjuangan Pergerakan Pemuda UMNO (baru), saya yakin tidak mustahil suatu hari nanti akan ada yang bersimpati dan menghulurkan tangan untuk memperbaiki kebocoran kapal yang dipimpin oleh diktator tua yang menanti ajal itu.



LOKMAN ADAM 22 Februari 2001 Setiausaha Pemuda KeADILan 
Malaysia 

 
Cadangkan laman ini kepada rakan

 

 

 

 


SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan Webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright © 2000 The Reformiz Inc.