KENYATAAN
MEDIA
PEMUDA
KeADILan KEDAH
8
MAC 2001
Pemuda
KeADILan Kedah menganggap tindakan Polis melokapkan Sdr Ezam Mohd Nor di
malam Raya Aidul Adha sebagai satu tindakan biadap dan tidak
berperikemanusiaan.
Kami
ucapkan terima kasih di atas ketidaksempurnaan akal Menteri Dalam Negeri
yang diyakini bertanggungjawab mengeluarkan arahan kepada Utusan
Malaysia untuk memutarbelit dan memperbesarkan isu “menggulingkan
kerajaan”, mengeluarkan arahan kepada Hishamuddin Hussein untuk
mengarahkan juak-juaknya agar membuat laporan Polis dan kita juga yakin
Abdullah Badawi jugalah orangnya yang bertanggungjawab mengarahkan pihak
Polis untuk memulakan tindakan ganas terhadap para reformis termasuk
mengurung Sdr Ezam dibelakang jejaring besi di hari mulia ini.
Tindakan
Abdullah Badawi ini jelas mencerminkan kegelojohan beliau untuk
menduduki kerusi Perdana Menteri dengan memburukkan imej Dr Mahathir.
Taktik kotor Menteri Dalam Negeri ini begitu mudah difahami oleh
rakyat terbanyak melalui tindakan yang menambahkan kebencian rakyat
terhadap Dr Mahathir seperti keganasan Polis di Kubang Pasu, Kulim dan
sekatan terhadap ceramah-ceramah politik anjuran Barisan Alternatif.
Kami
ingin memberi amaran kepada Abdullah Badawi agar jangan bermimpi untuk
menduduki kerusi Perdana Menteri walaupun sehari.
Apabila Dr Mahathir kami tumbangkan, kami juga akan pastikan
tiada lagi Perdana Menteri selepas ini yang akan datang daripada UMNO.
Pihak
Polis dinasihatkan agar sedar bahawa bahang kemarahan rakyat kini sudah
terlalu memuncak dan kami sudah bersedia untuk mengambilalih kerajaan
dalam pilihanraya akan datang. Polis
sewajarnya bersikap adil dan profesional serta tidak dijadikan kuda
tunggangan sesetengah ahli politik UMNO yang sudah nazak dan kehabisan
peluru untuk menangkis serangan kami.
Pemuda
KeADILan Kedah mendesak agar Sdr Ezam dibebaskan pada kadar waktu segera.
Penahanan beliau bukan untuk siasatan tetapi
untuk mendera. Mahathir
sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa Sdr Ezam akan membuat
huru-hara dengan membawa parang dan molotov cocktail pada perhimpunan
Black 14 yang lalu, sedangkan tiada apa yang berlaku.
Walaupun Sdr Ezam membuat laporan terhadap perbuatan menghasut
yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu, sehingga kini tiada sebarang
tindakan yang diambil oleh pihak Polis.
Kami juga ingin tahu kenapa pihal Polis bersubahat dengan
pimpinan Barisan Nasional dengan menenggelamkan segala laporan polis
yang telah dibuat terhadap mereka.
Polis
bertanggungjawab menjaga keselamatan negara dan bukan menjaga
keselamatan kedudukan politik pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.
MOCTAR
MANSUR
Ketua
Pemuda KeADILan Keda
|