http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com
|
BIODATA SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Nama
: Saifuddin Nasution Bin Ismail Latarbelakang Pendidikan : Sarjana Muda Sains (Pertanian) UPM
Lain-lain
: Sebelum bergiat aktif di dalam politik, beliau adalah seorang tokoh pimpinan mahasiswa yang lantang menyuarakan pelbagai isu mahasiswa dan rakyat desa yang sering ditindas dan ditinggalkan di dalam arus pembangunan yang hanya mementingkan segelintir kelompok yang dekat dengan pemerintah.
Selepas meninggalkan kampus, beliau terus aktif dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan sosial di desa dengan menggerakkan pelbagai program yang melibatkan penyertaan masyarakat di desa sebelum ditawarkan untuk bergiat aktif dan mencurahkan khidmat di dalam gerakan politik di bawah payung UMNO. Bertindak berani meninggalkan UMNO setelah isu kezaliman, fitnah dan konspirasi politik yang ditimpakan ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim, walaupun sering disebut-sebut sebagai salah seorang tokoh muda pemimpin pelapis yang sangat berwibawa untuk memimpin UMNO suatu masa dahulu. Tindakan beliau meninggalkan UMNO untuk memimpin gerakan rakyat menuntut Reformasi dan Keadilan menyebabkan beliau dilabel sebagai penderhaka kepada Dr. Mahathir.
Beliau adalah tokoh muda gerakan reformasi yang diharapkan akan membawa banyak perubahan dan mewarnai Dewan Undangan Negeri Kedah dengan mengenengahkan pelbagai isu-isu rakyat bawahan yang cukup dekat dengan hati dan jiwa perjuangan beliau.
|