http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Berita Terkini Dari Lunas

 

Hari ini 28hb Nov 2000, tidak sampai 24 jam lagi rakyat dan bangsa Malaysia di LUNAS akan melunaskan satu tanggung-jawab yang amat besar bagi seluruh 23 juta rakyat Malaysia. Inilah senario yang berlaku hari ini... harapan 23 juta rakyat Malaysia kini tertumpu kepada 26,000 pengundi di LUNAS... Tangan dan otak merekalah yang menentukan sama ada BARISAN NASIONAL MASIH RELEVEN ATAU DIKUBURKAN TERUS DARI BUMI MALAYSIA INI.

1. Sehingga pagi ini maklumat yang kami terima… (Untuk tindakkan semua Ketua Peti Undi BA Pihak BN dan SPR akan melakukan proses penukaran peti undi sewaktu berbuka puasa dan solat magrib - pada waktu ini kurang tumpuan dan kelalaian akan berlaku, terutamanya peti undi Taman Selaseh dan Taman Mewah begitu juga peti undi yang pengundinya ramai kaum Cina.

2. Unit PSARAFHQ juga dapat mengesan beberapa kumpulan yang tidak dikenali sentiasa berada dikawasan dan bangunan tempat mengundi. Kita masih menyelidiki, apakah tujuan mereka berada dipusat mengundi seawal ini, sedangkan hari mengundi besok? Kami juga berpendapat kumpulan ini cuba menyediakan satu kejutan atau usur menakutkan kepada pengundi besok. Dijangkakan banyak pusat mengundi tegang, dan pada waktu ini kumpulan yang tidak dikenali ini akan melakukan sesuatu luar jangkaan dan ini akan menyebabkan pengundi takut dan kacau bilau berlaku. Inilah harapan UMNO@BN kini, dengan harapan peratusan keluar mengundi dapat dikurangkan. UMNO@BN memang berharap 40% sehingga 50% sehaja pengundi yang akan keluar untuk mengundi. Dengan ini mereka mempunyai peluang memasukkan kertas undi hantu untuk mengantikan pengundi yang tidak hadir ini!

3. Semua pengundi hantu kini telah mula diagih-agihkan tempat mengundi. Mereka ini bergerak sebagai perayu undi atau jentera parti UMNO@BN. Sehingga hari ini maklumat yang diterima 2000 orang senarai pengundi yang lepas telah hilang dari tempat asal mereka. Pihak SPR kini dalam proses memindahkan lebih ramai pengundi LUNAS, dan satu senarai baru akan diedarkan di semua pusat mengundi besok…yang akan menyebabkan ramai pengundi asal tiada dalam senarai. Tindakkan ini dilakukan oleh SPR kerana BN dalam keadaan amat goncang di LUNAS, sehingga semua jenteranya kini kaku dan kelu walaupun di Sg Limau, Canopy mereka seolah-olah berada di Padang Arafah.

4. Pihak UMNO@BN kini terus membuat provokasi untuk menunjukkan BA dalam keadaan perpecahan, sehingga Presiden seumur hidup MAHAFIRAUN terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa CINA adalah EXTRIMIS dan golongan tidak mengenang budi…kerana UMNO@BN telah menolong mereka sewaktu gawat. Kini sikap buruk siku dan perkauman kini makin diapikan oleh MAHAFIRAUN di LUNAS. Perbuatan ini sama pada PERISTIWA 13 Mei 1969. Kalau pada sebelum Pilahanraya umum yang lalu, MAHAFIRAUN menakut-nakutkan orang CINA akan berulang peristiwa 13 Mei 1969, tetapi semalam MAHAFIRAUN secara terang dan lantang mahu tragedi 13 Mei 1969 ini berulang dengan menghina kaum CINA sebagai PELAMPAU. MAHAFIRAUN amat berharap kaum CINA bangkit merusuh dan mengkucar-kacirkan negara. Itulah harapan MAHAFIRAUN sebenarnya, apabila ia melihat seluruh pengundi CINA di LUNAS secara terbuka menyokong seorang ANAK MELAYU YANG MAHUKAN MALAYSIA LEBIH TELUS DAN ADIL, tamparan hebat ini telah menunjukkan MAHAFIRAUN telah merasakan saat-saat yang takutinya selama ini semakin hampir. Biar mengalir darah rakyat dan bangsa Malaysia sekalipun, MAHAFIRAUN rela lakukan asalkan dia dan juak-juaknya selamat dari saat yang menakutkan itu.

5. Apa yang berlaku di LUNAS kini benar-benar menakutkan UMNO@BN. Kerana moral petugas mereka mula menurun, terutamanya dari MCA@BN dan GERAKAN@BN apabila penghinaan MAHAFIRAUN terhadap kaum CINA semalam! Kini kaum CINA perlu sedar, bahawa MAHAFIRAUN hanya akan memuji kaum CINA apabila dia merasakan dia boleh mengunakan dan mendapat laba dari kaum CINA, ingat bagaimana ia boleh berkata pada perhimpunan MCA@BN yang lepas… PERDANA MENTERI MALAYSIA PADA MASA AKN DATANG ADALAH ORANG CINA….. begitu berani MAHAFIRAUN menawarkan jawatan yang mustahil bagi kaum CINA? Kini sandiwara politik dan politik airmata MAHAFIRAUN tidak laku lagi bagi KAUM CINA. Bagi mereka MAHAFIRAUN sebenarnya membenci semua bangsa dan rakyat Malaysia. Kini teman-teman dari MCA / GERAKAN / DAP telah sepakat memberi undi kepada Sdr. Saifuddin (Calon KeADILan) untuk membuktikan selama ini orang CINA mampu hidup dan bermasyarakat dengan lain-lain kaum… begitu juga kaum CINA sanggup berkongsi ekonomi dengan lain kaum untuk menghasilkan Malaysia Yang Maju berasaskan Masyarakat Madani. Kini kaum CINA di LUNAS telah bertekad akan menjadi suara rasmi kepada seluruh kaum CINA di Malaysia, bahawa orang bernama MAHAFIRAUN dan UMNO@BN adalah musuh utama kaum CINA kini. Mereka ini ibarat ANJING TERSEPIT. Apabila telah dilepaskan, ia akan mengigit kita kembali. Inilah kedudukkan MAHAFIRAUN dan juak-juaknya dan mana-mana kaum CINA yang masih bersekedudukan dengan UMNO@BN serta Presiden adalah "PENDERHAKA KEPADA RAKYAT MALAYSIA". Begitulah tarafnya seorang Perdana Menteri Malaysia kini.

6. Kita melihat pada malam tadi sewaktu solat tarawih disemua Surau & Masjid di LUNAS … siapakah para jamaahnya dan imamnya ….. majoritinya yang hadir solat tarawih malam tadi … adalah orang dari BARISAN ALTERNATIF ….. tapi kemana pulak puak-puak UMNO@BN serta rakan yang sewaktu denganya …. Rupa-rupanya mereka kekenyangan diwaktu berbuka puasa .. sehingga tak larat nak kesurau atau kemasjid untuk berjamaah, kerana makanan dan minuman amat mewah di bilik gerakan BN melempah ruah…pasal memang tak de orang nak makan…kerana ramai petugasnya dah cabut.

7. Sehingga sekarang Jentera Pilihanraya Barisan Nasional menjadi kelam dan kabur apabila kaum CINA terang-terang menyokong Barisan Alternatif …… walaupun bermacam-macam program dan jamuan diadakan di LUNAS kamu CINA LUNAS lebih rela bertemu Sdr. Saifuddin dan mendengar ceramah kelompok BA…. Sehingga hari ini mood pengundi LUNAS memang berada disebelah BARISAN ALTERNATIF….mood ini dijangka semakin meningkat dan merebak keseluruh Bandar KULIM dan LUNAS menjelang malam ini…. Dengan waktu tidak sampai 24 jam ini ….. pihak BN dalam keadaan tertekan … kita amat berharap satu perkara yang boleh menyebabkan seluruh jentera BN lumpuh pada petang ini juga …. Kerana kita dapat merasakan isu semasa telah menyebabkan jentera BN mula mengundurkan diri dari LUNAS ….???

8. Kami juga dapat mengesan semakin banyak perbuatan rasuah dilakukan oleh pihak BN untuk mendapatkan undi…..beratus hamper dan hadiah ditaburkan dikawasan perumahan di LUNAS …. Kalau Dr.Noraesah, orang kuat Bank Pertanian mampu mengunakan wang BANK sebanyajk RM 40,000.00 apakah lain individu tajaan UMNO@BN tidak mampu RM ! RM ! RM ! berikan kepada BARISAN NASIONAL di LUNAS ini..Apa yang didedahkan selama 1 minggu ini telah cukup membuktikan amalan rasuah adalah budaya UMNO@BN serta Barisan Nasional … " RASUAH ADALAH BUDAYA RASMI UMNO@BN " … kita lihat dimana-mana pilihanraya umum dan kecil … UMNO@BN pasti akan melaksanakan projek mengejut dan majlis pecah tanah… ini lah budaya BARISAN NASIONAL dulu kini dan selamanya. Dan rasuah undi telah berleluasan di LUNAS kini …. Boleh dikatakan setiap 1000 pengundi yang berdaftar …. 5% sehingga 10% telah menerima rasuah dari UMNO@BN serta juak-juaknya sewaktu berkempen ini…. Tetapi itulah hak rakyat yang cuba mereka gunakan sebagai usaha memancing undi …. Den mengaku ia milik UMNO@BN .

9. Sehingga hari ini telah jutaan ringgit ditaburkan di LUNAS …. Rasanya tak mampu Sdr. Saifuddin berikan kepada pengundi LUNAS jika ia menang pun ….. tetapi perkara disebaliknya telah berlaku … PENGUNDI LUNAS KINI BUKANNYA MATA DUITAN DAN MAHU KAN PEMBANGUNAN YANG MERAPU …. Kini minda dan anjakan paradigma Pengundi LUNAS untuk menerima politik alaf baru telah terserlah …..!!!! tanpa wang dan kuasa yang rakus …. Pengundi sendiri mampu menentukan siapakah calon pemimpin yang layak menjadi YB Dun LUNAS …. Dalam tempoh 1 minggu orang LUNAS kenal benar siapa dia UMNO@BN dan juak-juaknya….. tak habis-habis menipu dan memperbodohkan rakyat marhaen dengan janji palsu dan perkauman serta menolak Islam.

10. Sehingga saat artikel ini ditulis …. Pihak bilik gerakan masih mengumpul maklumat terkini di LUNAS …. Pihak kami akan cuba memaklumkan pelayar laman web dari masa ke semasa dalam tempoh 48 jam ini…!!!

11. Kepada yang mempunyai maklumat terkini boleh berhubung terus kepada laman web rasmi kami Dun LUNAS.