Dari
Lumas 23 Nov 2000
SEKOLAH BELUM
SIAP UNTUK DIRASMIKAN
Lunas 23 Nov
2000 - Akibat berkempen untuk BN, kini Sekolah Menengah Taman Selasih akan
dirasmikan walaupun cadangan pembukaan sekolah tersebut akan dimulakan
selewat-lewatnya pada bulan Januari.Apa yang menjadi kemuskilan ialah
Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Selasih yang sudah siap beberapa lama
tidak dirasmikan. Malahan semua peralatan belum dikemaskini dan belum
diterima .Inilah kerja kempen pilihanraya BN. Lagi banyak wakil BN mati,
lagi banyak kemudahan diperolehi rakyat , demikian jelas YB Mohd Sabu
dalam Hansard dewan Negara pada Julai lalu.Sementara itu dilaporkan juga
Hamid Osman, telah menyewa beberapa buah rumah di Taman Selasih untuk
berkempen bagi kemenagan BN.
BANTUAN DAN
SUMBANGAN MENCURAH-CURAH
Seperti biasanya
kerja kempen BN di mana-mana pilihanraya, bantuan segera tiba. Apa yang
dijangkakan selama ini memang berlaku. Sumbangan basikal dan kain batik ,malahan
taburan wang ringgit mencurah-curah kepada bilik gerakan, dan kemewahan
ketua-ketua cawangan.Segala makan minum dan kenderaan dibayar dengan wang
rakyat.
Bagi Barisan
Alternatif, semangat juang yang tinggi dikalangan pemimpin dan aktivis
nampaknya tidak melemahkan semangat mereka. Walaupun adakalanya berkorban
masa, wang ringgit , ini tidak menjadi penghalang kepada gerak kerja
kempen dari rumah kerumah. Petang ini menyaksikan Ustz Dr Badrul Amin di
kawasan Taman Selasih. Sdr N. Gobalakrisnan di kawsan kaum India di estet
dimana menurut beliau , beberapa pemuda di kawasan estet di Lunas telah
menyediakan pondok sebagai menyahut cabaran Samy Vellu yang berjanji tidak
akan pulang Ke Kuala Lumpur dan akan menetap di Lunas sekiranya calon BN
kalah. Memang akan kalah pun.
WAJAH/POSTER
CALON TIDAK KELIHATAN
Sesuatu yang
menakjubkan pilihanraya Lunas ini ialah bagaimana poster BN/ calon DUN
Lunas tidak kelihatan. Anehnya dimerata-rata tempat , poster Mahathir
Mohammad ketika zaman mudanya, dan senyumannya yang mengoda kelihatan sana
sini.
Boleh dikatakan
bahawa pilihanraya ini adalah pilihanraya dimana DUN nya ialah Mahathir
Mohammad. Sungguh lucu sekali.
Bagi BA
posternya telah sedia terpasang ,tidak ketinggalan ialah poster “MATA
LEBAM” , yang menyengat. Walaupun UMNO memandang sepi poster ini
seolah-olah tidak ada apa yang berlaku ke atas Bekas Timbalan Perdana
Menteri itu, namun suatu ketika dahulu inilah orang yang bermain dibibir
manusia UMNO. Durhaka rakyat UMNO terhadap kepimpinan mereka selama ini.
INGATLAH !! semua ini akan berlaku kepada ahli UMNO baik Pemimpinnya dan
penyokongnya. HABIS MADU SEPAH DIBUANG. |