Kubang
Pasu 14 Febuari...GEMPAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Menurut
laporan yang diterima, semalam 14 Febuari 2001 suatu perhimpunan
ceramah umum telah diadakan di Kubang Pasu, Kedah. Ini adalah tempat
Mahathir Mohammad dan Daim. Antara penceramah-penceramah yang hadir
adalah Sdr. Ezam Mohd Nor, YB. Mohd Sabu, YB. Saifuddin Nasution serta
ramai lagi.
Dibimbangi
ceramah ini akan mendapat sokongan yang banyak yang mana ini akan
memalukan perdana menteri Mahathir Mohammad (kerana ini adalah kampung
halaman beliau) pihak polis dan FRU telah melancarkan sekatan jalanraya
besar-besaran di sepanjang jalan menuju ke tempat ceramah. Namun, dalam
keadaan begitu sekalipun, jumlah bilangan penyokong yang datang
memberikan sokongan pada ceramah tersebut dianggarkan seramai 20,000
orang (jika tidak lebih). Syabas diucapkan!
Sandiwara
kerajaan mahazalim Mahathir Mohammad tidaklah berakhir di situ sahaja.
Polis dan FRU mungkin tidak berpuas hati kerana sekatan-sekatan
jalanraya yang begitu ketat ytang diadakan kelihatan tidak berjaya
menghindarkan orang ramai daripada terus datang memberikan sokongan dan
melihatkan jumlah yang hadir begitu ramai, mereka (anjing-anjing
kerajaan Mahathir) telah mengambil keputusan untuk mengganggu ceramah
tersebut.
Ceramah
YB. Mohd Sabu diikuti dengan ceramah YB. Saifuddin, kemudian seterusnya
pihak polis dan FRU telah merempuh masuk ke tempat ceramah dan cuba
untuk menyuraikan orang ramai yang sedang khusyuk mendengar ucapan
pimpinan-pimpinan Barisan Alternatif. apabila tiba giliran Sdr. Ezam,
sewaktu beliau berceramah ketika doa sedang dibacakan, anjing-anjing
polis dan FRU telah bertindak ganas secara tiba-tiba. Dianggarkan 2 buak
trak 'water-canon' dan 7 buah trak FRU yang berada di tempat kejadian
telah bersama-sama menyerang orang rami yang sedang berhimpun secara
aman hanya untuk mendengar ceramah. Air asid dan gas pemedih mata telah
ditujukan terus ke arah orang ramai yang mana mereka ini adalah rakyat
Kubang Pasu iaitu pengundi-pengundi Mahathir Mohammad sendiri. Semua
orang, tidak mengira tua atau muda, telah di sembur air asid menyebabkan
ramai yang terjejas penglihatan mereka. Air asid juga disembur ke arah
pentas ceramah yang membuktikan polis dan FRU memang sengaja inginkan
sesuatu yang buruk terjadi kepada penceramah pada majlis itu. Pancutan
air asid yang begitu kuat telah menyebabkan pentas yang dibina rosak
teruk dan sepihannya berterbangan. Ramai orang terutama warga tua dan
wanita yang lemah telah tidak berdaya menahan tekanan air asid lalu
tercampak ke dalam longkang berhampiran.
Kes
semalam telah membuktikan Mahathir Mohammad begitu takut dan risau
kerana ceramah yang diadakan oleh pihak pembangkang telah berjaya
menarik begitu ramai penyokong meskipun tempat perhimpunan itu diadakan
adalah telah asal beliau sendiri. Beliau telah bertindak munghukum
rakyatnya sendiri yang mana mereka inilah yang telah mengundi beliau
dalam pilihanraya-pilihanraya umum yang sudah. Dengan bertopengkan polis
dan FRU serta Kementerian Dalam Negeri, beliau telah mengarahkan supaya
rakyat-rakyat ini diseksa sebegitu rupa hanya kerana mereka hadir
mendengar ceramah pembangkang. Sekarang rakyat Kubang Pasu khasnya, dan
seluruh negara amnya, haruslah membuat pertimbangan yang sewajarnya dari
kejadian semalam tentang siapakah yang mahazalim dan memerintah secara
diktator????????? Bangkitlah rakyat, jangan lagi diperdaya, kita
sama-sama majukan agenda kita, iaitu agenda REFORMASI demi menyelamatkan
tanahair tercinta Malaysia ini.
Sehingga
kini belum dapat dibuat keputusan tentang sesiapa yang telah ditangkap
pada ceramah tersebut. Dikatakan gambar-gambar di tempat kejadian sempat
dirakamkan dan kami akan memaparkannya di sini apabila diterima nanti.
|