A Reemergence of
UMNO’s Team B?
http://www.freeanwar.com/facnews/facnews270101.html
Those who know Abdullah Ahmad Badawi from the days before he became
Malaysia’s Deputy Prime Minister say he has not changed much and they still
see him regularly to chat about the affairs of the nation.
Of course, in those days, they could see him at short notice while now it
takes days to confirm an appointment. But then he is the Deputy Prime Minister,
so they should not expect to be able to just walk in to see him as before.
The complaint, though, is not about how long it takes to get an appointment
to see him. They can tolerate a little protocol. What they cannot tolerate are
the gatekeepers whose mission in life seems to be to block access to Abdullah.
Even that is not the main bone of contention amongst his old friends. What
they are worried about is, while one group is being blocked from seeing
Abdullah, another group is being given free access. And this group is the
corporate bosses and businessmen.
In the past these would be the same people who would line up to see Dr
Mahathir. However, these “money men” can see that Mahathir’s days are
numbered and they are quickly making new alliances and pledging allegiance to
the incoming power, Deputy Prime Minister Abdullah.
One of Abdullah’s friends cautioned him about taking things for granted and
assuming he would inherit the throne.
“After all, Mahathir has already disposed of three Deputy Prime Ministers.
What makes you think he would hand over the Prime Minister’s job to you. He
might just get rid of you like he did the three others before this.”
Abdullah’s confident reply was, “Let him try!”
Abdullah is fully aware of the ‘risk’ attached to being Mahathir’s
number two and he is prepared for battle. Mahathir is not going to push him
aside as easily as he did Musa Hitam, Ghaffar Baba, and Anwar Ibrahim before
this.
As they say, the best form of defense is to attack, and this is exactly what
Abdullah is preparing to do.
Every night Abdullah’s boys are having secret meetings and brain storming
sessions all over the country. Abdullah has teams crisscrossing the country
mobilising the forces against Mahathir.
One must not forget that Abdullah was part of the original Team B in 1986. He
sided with Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Shahrir Samad, Rais Yatim, and
many more, to try to oust Mahathir.
Team B lost by a narrow margin though some say they actually won and that
Mahathir cheated by rigging the votes. This was never proven though so we must
go by the official result how narrow it may have been.
Team B was eventually chucked out of UMNO and the way Mahathir did this was
by winding up the party and registering a new party. Of course, the Team B
members were never invited to join the new party and those few who had applied
to do so were turned down.
Team B eventually had to set up its own party – Semangat 46 - and they went
into opposition for about ten years or so. Then, slowly and quietly, the Team B
members rejoined UMNO, starting with Abdullah himself, later Shahrir Samad, and
finally Tengku Razaleigh.
Many say the decision to close down the opposition Semangat 46 and for its
members to rejoin UMNO was a wrong move as the team B members would all now be
left in the political wilderness. But Team B is too politically savvy for this
to happen.
According to Team B, they tried toppling Mahathir from the outside but
failed. They now have to try from the inside. Timing is everything. Therefore,
while Mahathir has his hands full with Reformasi, they would push from the
inside.
Is Team B back in business after an absence of 15 years?
Apparently so, and they are moving more discreetly than they did in the
mid-1980s.
Of late, you can see many things happening within UMNO. There is more dissent
and the people are more outspoken compared to before. People are beginning to
tell Mahathir to his face that he is the root of UMNO’s problems and that he
should resign to save UMNO.
And the people sounding the charge are the ex-Team B members like Musa,
Razaleigh, Shahrir, Rais, and the man himself, Abdullah Ahmad Badawi.
As what Abdullah’s wife said recently, “When my husband is the Prime
Minister later this year….”
At that point she was interrupted with the question - ‘when’ or ‘if’-
and her reply was ‘when’.
Abdullah has given Mahathir until the middle of this year to move aside or
get run over. Mahathir, knowing his time is almost up, is negotiating his exit.
But Abdullah would not commit.
When Mahathir asked whether he wants to take over now, Abdullah replied that
he is not ready yet. Abdullah knows, taking over now with the Anwar issue
unresolved, is suicide. He needs to settle the Anwar issue first or else he
would inherit Mahathir’s problems.
But Mahathir protected himself from his number two by "buying
insurance”. He appointed Abdullah the Minister of Home Affairs, which is
responsible for the police and prisons. Anwar, therefore, is very much
Abdullah’s problem so he cannot just dump the matter on Mahathir’s lap.
This means Abdullah has to deal with Anwar before he takes on Mahathir –
and he has started doing just that by trying to send Anwar back to prison.
Raja Petra Kamarudin
TEORI "RAHMAN": ANWAR IBRAHIM JADI PERDANA
MENTERI MALAYSIA MELALUI BARISAN ALTERNATIF
Ini satu cerita lama, tetapi saya perbaharui edisinya dengan menceritakan
hakikat sebenar yang tersembunyi di sebalik teori ini. Yang tersirat di sebalik
yang tersurat. Majoriti orang-orang UMNO termasuk pemimpin-pemimpin atasannya
amat percaya dengan teori "rahman". Tetapi sungguh malang sekali
tafsiran mereka salah terhadap penghujung (akhiran) kisah teori ini. Saya minta
anda mengambil sedikit masa membaca apa yang saya akan kupas di ruang yang
terhad ini.
Tulisan ini yang mengupas teori "rahman" agak panjang sedikit namun
saya mengharapkan setiap pembaca redha meluangkan masa anda membaca, meneliti
serta menghayati perincian yang saya buat untuk renungan mahupun harapan kita
bersama. Saya telah cuba untuk meringkas sependek mungkin tetapi hasilnya tetap
panjang.
Apa yang saya bentangkan di sini saya akui ianya bukanlah menjadi milik saya
maka dengan ini saya IZINKAN mana-mana pihak atau individu tertentu menyalin
semula dalam bentuk apa sekali pun. Jika anda mahu jadikan ianya sebuah buku
kecil (seperti kitab kecil Yaasin) untuk di sebar, dijual, maka silakanlah. Jika
anda mempunyai modal apa salahnya. Lakukanlah. Saya yang bodoh, miskin, hina dan
tidak mengerti apa-apa ini mendoakan semuga usaha anda berjaya, tetapi syaratnya
mestilah berharga murah yang boleh dimiliki oleh setiap orang hatta pelajar
sekolah sekali pun biarlah mampu membelinya.
Tidak perlu royalti diberikan kepada saya. Memadai pengenalan saya "Liang
Lahad" digunakan sahaja sudah memadai. Cuma hanya dua (2) permintaan saya
kepada mana-mana pihak yang mahu membuku, menerbit dan menjual artikal ini iaitu:
Pertama: Jangan membuat pindaan pada artikal ini sehingga boleh menjejaskan
maksudnya.
Keduanya: Jika ada sedikit keuntungan hasil jualannya sumbangkanlah sedikit
kepada parti komponen BA atau membantu membayar denda para reformis OKT (orang
kena tangkap) atau OKP (orang kena pukul) yang didakwa oleh polis. Mungkin di
antara OKT, OKP yang anda bantu itu adalah diri saya.
Saudara ku yang berilmu. Anda sebagai pembaca mesti ingat bahawa ini bukanlah
satu ramalan tetapi ianya lebih merupakan satu 'formula' seperti kebanyakan
formula politik yang lain. Kita sentiasa faham 'formula' adalah simbol yang
terbaik lagi mustajab dalam menyelesaikan apa juga masalah. Formula matematik
menyelesaikan masalah matematik, formula sains menyelesaikan masalah sains maka
begitu juga formula politik menyelesaikan masalah politik.
Apakah Teori "RAHMAN" ini?
Teori "RAHMAN" mengikut tafsiran orang UMNO adalah Tunku Abd Rahman
(R), Tun Abd Razak (A), Datuk Hussein Onn (H), Dr. Mahathir (M), (A) ..masih
kosong dan (N) ..tak tahu siapa.
Inilah andaian orang UMNO dan hari ini orang UMNO yang ada huruf
"A" atau "N" pada pangkal namanya sedang berangan-angan,
kononnya ada harapan akan jadi PM satu hari nanti.
Percayalah, Liang Lahad amat yakin sepenuhnya yang angan-angan mereka ini
hanya tinggal angan-angan. Impian tidak akan terlaksana.
Saya pernah berdebat sesama rakan dalam UMNO di PWTC lapan tahun dulu bahawa
tafsiran mereka itu salah dan mereka mempertikaikan saya. Mereka ketawa. Mereka
mempermainkan saya. Pernah saya katakan kepada mereka "Memang Anwar akan
jadi PM tetapi Anwar tidak boleh jadi PM di dalam UMNO kerana landasannya tidak
serupa." Mereka terus ketawakan kata-kata saya. Tetapi bermula September
1998 apabila Sdra Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan TPM dan Timbalan Presiden
UMNO, orang-orang yang sama berdebat itu datang berjumpa saya dan minta saya
jelaskan kembali "Teori RAHMAN" menurut pandangan saya. Lalu saya
kupaskan kepada mereka satu persatu dengan jelas dan terperinci.
Di artikal yang ringkas ini saya perturunkan tafsiran saya mengenai "Teori
RAHMAN" menurut pandangan saya untuk memperkuatkan semangat semua
rakan-rakan reformis dan seluruh rakyat Malaysia yang mahu "Tumbangkan
kezaliman tegakkan keadilan mempertahankan kebenaran" bahawa kita semakin
hampir kepada kejayaan dan kemenangan.
APAKAH TAFSIRAN SAYA? Sila ikuti selanjutnya...
Cara mereka (orang UMNO) mentafsir 'RAHMAN' menggunakan huruf-huruf roman
sedangkan 'RAHMAN' adalah bahasa Arab dan merupakan perkataan dalam Al-Quran.
Ternyata sudah bahawa orang-orang UMNO ini amat buta dalam agama. Mana bisa satu
kalimah Al-Quran bertulisan Arab diterjemah dalam tulisan rumi. Memang manusia
di dalam UMNO adalah jenis manusia yang mengabaikan Al-Quran.
"RAHMAN" bukanlah ejaannya R.A.H.M.A.N tetapi di ambil sepenuhnya
"AR-RAHMAN". Ia adalah bahasa Al-Quran, kalimah Allah swt maka
mestilah ejaan Arabnya ialah "Alif", "Lam", "Ra",
"Ha", "Mim", "Nun".
Lihat mana ada huruf "Alif" selepas "Mim". Jadi Abdullah
Ahmad Badawi janganlah berangan-angan menjadi Perdana Menteri selepas Mahathir.
Kalau pun awak jadi PM hanya seketika, kerana kamu tidak layak kerana "Alif"
lain yang lebih layak menurut tafsiran Liang Lahad. Kamu cuma sekadar mengisi
"kekosongan" sementara "Alif" lain mempersiapkan diri
menjadi PM yang sebenarnya.
Rahman bererti "Pemurah" dan sememangnya negara kita lahir dari
sifat Pemurah Allah swt. Kita menikmati kemewahan, kemakmuran, kekayaan,
kekuasan adalah disebabkan oleh sifat Rahman Allah swt kepada hambanya.
Huruf-huruf Ar-RAHMAN untuk pemimpin UMNO seperti berikut, "Alif",
"Lam" "Ra" adalah untuk dua orang Abd Rahman dan Abd Razak,
"Ha" nama Hussein dan "Mim" nama Mahathir. "Nun"
tidak ada nama bagi sesiapa pun selepas Mahathir. Kenapa pula? kerana
"Nun" ianya bermakna "NAZAK". Iaitu UMNO yang sebelum ini
diterajui oleh pemimpinnya sebagai pemerintah negara ini sudah NAZAK. Ia juga
membawa makna 'tenat'. Umno menjadi tenat dan kemudiannya UMNO akan "MATI".
UMNO bukanlah seperti yang dislogankan oleh pengikutnya "dulu, kini dan
selamanya". Bagi hamba Allah yang memahami Tauhid dan kejadian makhluk maka
sudah cukup yakin UMNO adalah bersifat 'baharu' seperti kita juga. UMNO bukan 'qodim'.
Setiap yang bersifat baharu sudah pasti ada awal dan ada akhirnya. Kata-kata di
dalam sebuah kitab lama "Awal bermulanya kita, TIADA, khudrat Allah swt
menjadikan, ADA, tetapi akhirnya TIADA. Kita inilah yang tiada. Maka Allah swt
jualah yang ada."
Oleh itu kalimah "UMNO: Dulu, Kini dan Selamanya)" itu adalah
sesuatu tanggapan bahawa UMNO bersifat "Qodim" dan ini bertentangan
dengan ajaran Islam yang mengatakan hanya Allah swt sahaja yang bersifat Qodim.
Kalimah slogan UMNO ini sudah cukup menjadikan orang syirikkan Allah swt. Oleh
itu apabila kita berjumpa orang-orang UMNO yang mengatakan atau lekatkan sticker
"UMNO: Dulu kini dan Selamanya". Yakinlah secara tidak sedar mereka
telah mensekutukan Allah swt.
Dosa yang tidak diampunkan oleh Allah swt adalah dosa orang yang
mensyirikkanNya.
Oleh kerana UMNO bersifat 'baharu' maka dia pastinya akan musnah. Berbalik
kepada teori "rahman" ini iaitu selepas "Mim" maka
"Nun" akan menjelma yang membawa maksud NAZAK. Memandangkan keadaan
terkini, UMNO hari ini memang nyata UMNO cukup NAZAK. Maka tidak mustahil setiap
yang nazak pasti akan mati.
Habis selepas UMNO siapa pula akan ambil alih negara ini?
Ar-Rahman adalah sifat 'Pemurah' Allah swt yang Maha Agong, Maha Kaya, Maha
Bijaksana lagi Maha Perencana yang Terbaik. Atas sifat Ar-Rahman inilah maka
kita dikurniakan oleh Allah swt dengan rezki yang melimpah, kemakmuran, kekayaan,
kesenangan, kesihatan, kejayaan dan lain-lain lagi. Anugerah yang kita terima
ini disalurkan oleh Allah swt kerana tiga pemimpin yang terdahulu yang
menaburkan benih dan menanam usaha yang murni.
Tunku Abdul Rahman membuat pelantar atau 'tapak usaha' bagi penggantinya
memulakan benih-benih kemakmuran dan kejayaan. Kemudiannya Tun Abdul Razak
sebagai pengganti mengusahakan benih kejayaan atas nama pembangunan negara.
Tanah-tanah baru diteroka dan ditanam dengan berbagai tanaman 'bumi hijau',
perut bumi dikaji untuk diketahui isi khazanahnya, laut diselami untuk
menggeledah kekayaannya dan berbagai lagi. Impian Tun Razak hanya satu iaitu
supaya rakyat mendapat manfaatnya.
Ketika Datuk Hussein Onn mengambil alih teraju negara segala 'benih kejayaan'
yang ditinggalkan oleh Tun Razak belum lagi berbuah dengan lebat. Kalau ada pun
hasilnya baru sekadar berbunga dan berputik. Hasil dari 'benih kejayaan' yang
ditinggalkan oleh Tun Razak tidak sempat dipetik oleh Datuk Hussein Onn kerana
dia meletakkan jawatan akibat tekanan Timbalannya.
Ini seumpama nenek yang menanam di dusun durian. Dia dan anaknya tidak sempat
memakan dan memetik hasil tetapi sebaliknya cucunya yang akan puas memakan
buahnya, menjual berbakul-bakul dan akhirnya hidup bermewah.
Maka begitu jugalah dengan Mahathir. Dia tidak payah berusaha keras. Apabila
sahaja dia memegang teraju pemerintahan segala 'benih-benih kejayaan' yang
diusahakan oleh Tun Razak telah membuahkan hasil. Mahathir hanya memetik dan
membelanjakannya saja. Dia hanya perlu menyediakan lori. Sebab itu di zaman
Mahathir, rakyat merasa sedikit kesenangan kerana semua asas kesenangan telah
diusahakan oleh Tun Razak dahulu.
Ketika Mahathir mengambil alih kuasa, Felda mengeluarkan kelapa sawit dan
getah, Petronas semakin melimpah ditumpahi minyak, anak-anak Melayu sudah pun
pandai menulis dan membaca, kelas dewasa telah berjaya membasmi masyarakat buta
huruf, mereka yang keluar negara di zaman Tun dan Datuk Hussein mula balik
menabur bakti. Ini cukup memudahkan Mahathir mengutip hasil dan bermewah dengan
hasil itu.
Inilah sifat Rahman Allah swt yang kasih kepada kita rakyat Malaysia. Oleh
itu Mahathir jangan mendabik dada kononnya kejayaan Malaysia hari ini atas usaha
dan kegigihannya. Kemewahan Malaysia di zaman Mahathir sebenarnya adalah
ditetapkan atas perancangan Allah swt kerana usaha gigih pemimpin yang terdahulu.
Allah swt mentakdirkan "Mim" itu adalah MUNAFAAT. Dan MUNAFAAT ini
untuk rakyat MALAYSIA kerana Tunku meletakkan Islam agama rasmi Malaysia.
Bermakna "Mim", MUNAFAAT untuk MALAYSIA, majoriti rakyatnya MUSLIM
beragam Islam yang menurut sejarah mula bertapak di MELAKA. Sejarah Islam itu
berkembang di MADINAH selepas berhijrah dari MEKAH yang dibawa oleh Nabi
MUHAMMAD saw. Lihatlah betapa banyaknya huruf "Mim" pada perkataan
yang dinyatakan di atas. Inilah betul-betul RAHMAT Allah swt yang mentakdirkan
untuk kita. Kejayaan kita bukan kerana Mahathir tetapi kerana adanya RAHMAT
Allah swt.
Kita kembali kepada 'Teori Rahman' selepas "Mim" akan berganti oleh
"Nun". NAZAK. UMNO menjadi NAZAK selepas Mahathir jatuh atau
dijatuhkan. Sudah jelas sekarang pengganti Mahathir bukanlah mampu dibawa oleh
orang di dalam UMNO lagi. Kenapa pula?
Teori RAHMAN sudah berakhir selepas Mahathir. Oleh itu siapa pula yang
mengambil alih teraju negara? Mari kita kembali kepada perkataan yang teratas
sekali di dalam Kitab Suci Al-Quran Nul Karim iaitu "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM".
'Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani'.
Seperti yang saya nyatakan di artikal saya sebelum ini di laman-laman web pro
reformasi bahawa abad ini adalah abab kebangkitan Islam sedunia dan rantau Asia
Tenggara. Ini bermaksud abad ini adalah zaman orang MUKMIN mentadbir negara
dengan penuh adil dan kasih sayang kerana orang Mukmin sentiasa taat kepada
perintah Allah swt dan akan berusaha menjadikan dirinya hamba Allah.
Kasih sayang adalah sifat AR-RAHIM Allah swt seperti yang dilafazkan di
hujung kalimah Bismillah...
Kalimah AR-RAHIM bermula dengan huruf "Alif". Ini membawa maksud
selepas Teori Rahman iaitu berakhirnya Mahathir, UMNO mati. Nazak dan Noktah
"Nun".
AR-RAHIM pula muncul. Rakyat bangun menuntut dilaksanakan "Alif"
petama iaitu ISLAH (reformasi). Mereka mahukan kerajaan yang adil yang IHSAN
kepada rakyat. Negara yang AMAN pemimpin yang IKHLAS.
Kemudian keseluruhan rakyat mahukan ISLAM ditegakkan kerana ISLAM adalah
agama ALLAH bagi orang yang berIMAN.
Cuba lihat betapa banyak "Alif" yang muncul pada maksud kalimah AR-RAHIM
ini. Antaranya ialah ISLAH, IHSAN, AMAN, IKHLAS, ISLAM, ALLAH dan IMAN. Inilah
tuntutan kehendak rakyat Malaysia kepada pemimpin pengganti selepas Mahathir
nanti.
Kalau kita lihat kepada tuntutan-tuntutan ini maka nama seperti Abdullah
Badawi tidak mampu memikul apatah lagi melaksanakan tuntutan rakyat ini. Walau
pun Abdullah Badawi juga mempunyai "Alif" (jika betul Alif) pada
namanya tetapi "Alif" yang dia miliki tidak berupaya membawa kehendak
rakyat Malaysia. Itulah sebabnya di awal tadi telah saya nyatakan bahawa
Abdullah Badawi kalau pun menjadi pengganti Mahathir tetapi duduknya hanya
seketika. Lagipun Abdullah bukan "Alif" mungkin dia "A'in".
Maka kalau Abdullah naik pun dia hanya duduk sementara menunggu "Alif"
yang sebenar mempersiapkan diri untuk menjadi pemimpin yang sebenar-benarnya,
yang menjadi pemimpin atas Izin, keHendak dan Redha Allah swt. Abdullah Badawi
akan akan duduk sementara kerana dialah yang akan menguruskan pengkebumian UMNO
yang kini Nazak.
Jadi kalau bukan Abdullah Badawi maka "Alif" mana pula yang
sebenarnya? Mari kita kembali lagi sekali kepada "Bismillahirrahmanirrahim".
Berapa "Alif" yang ada dalam kalimah ini? Ada tiga (3) "Alif"
bukan?
Kalau ada tiga "Alif" bermakna untuk tiga orang. Orang yang pertama
Abdullah Badawi (kalau dia Alif lah: Alif pada namanya masih samar) hanya duduk
sementara UMNO dikebumikan. Selepas UMNO dikuburkan oleh Abdullah Badawi maka
Abdullah Badawi sendiri akan diturunkan dari kerusi Perdana Menteri. Selepas
Abdullah Badawi diturunkan maka "Alif" kedua pula akan naik. "Alif
kedua ini juga masih samar antara Alif dan 'Ain. Tapi tidak mengapa kerana dia
juga bersifat sementara kerana "Alif" ke 3 iaitu "Alif" yang
sebenar-benarnya masih di dalam proses untuk penyempurnaan haq.
Anda tentu bertanya siapakah "Alif" kedua itu? Maka jangan marahkan
saya kalau saya katakan "Alif" kedua itu adalah AZIZAH. (Telahan saya
berasaskan ejaan jawi Wan Azizah bermula Alif bukan "'Ain" yang dieja
ruminya A'zizah).
Azizah juga naik menjadi PM hanya untuk sementara iaitu untuk menunggu
selesai proses pilihanraya kecil salah satu kerusi parlimen yang dikosongkan
untuk ANWAR IBRAHIM (ada dua "Alif" untuk Anwar dan Ibrahim). Selepas
dua "Alif" ini ANWAR IBRAHIM menang mudah pilihanraya kecil parlimen
maka berlakulah pertukaran kuasa yang sebenarnya.
"Alif" inilah yang mampu membawa Malaysia ke era yang lebih
gemilang yang berteraskan kepada pedoman Al-Quran untuk memberikan kasih sayang
(AR-RAHIM) kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum atas tuntutan ISLAH,
IHSAN, AMAN, IKHLAS, ISLAM, ALLAH dan IMAN. Lihat semuanya "Alif".
Maka itulah ANWAR IBRAHIM merasakan penderitaan, penyiksaan, kezaliman, aib
dan maruahnya dijatuhkan sebegitu hebat kerana ketika pelaksanaan Teori AR-RAHMAN
semua perkara yang melibatkan kasih sayang (AR-RAHIM) diabaikan oleh Mahathir.
Semuga apabila ANWAR IBRAHIM (dua Alif) menerajukan negara ini nanti,
INSYAALLAH, semua yang telah menyimpang jauh dari kasih sayang Ar-Rahim akan
diperbetulkan termasuklah dalam semua bidang dan institusi kerajaan yang kini
dilacur dan diperkosakan oleh Mahathir.
Betapa institusi ini dilacur dan diperkosa oleh Mahathir, ANWAR IBRAHIM telah
melihat sendiri dengan matanya, merasai perit dengan tubuhnya, memegang dengan
tangannya, melangkah dengan kakinya, mendengar dengan telinganya, berbicara
dengan lidahnya dan menghidu dengan hidungnya. Semuanya ini memerlukan ISLAH
yang besar dan saya yakin ANWAR IBRAHIM mampu melaksanakannya di bawah payung BA
(Barisan Alternatif). Alif juga.
Tanda-tanda nilai-nilai AR-RAHIM, kasih sayang dan perpaduan antara kaum di
negara ini telah berbuah di dalam Barisan Alternatif sekarang. Walaupun UMNO
cuba merosakkan nilai kasih sayang ini dengan berbagai cara namun ianya tetap
gagal dan akan terus gagal.
Kasih sayang dan perpaduan hanya akan wujud dilaksanakan di dalam Barisan
Alternatif (BA). Mereka boleh laksanakan kasih sayang itu kerana mereka bukan
berfahaman perkauman. Kalau kita kaji semula, berani saya mengatakan bahawa
dalam parti-parti komponen Barisan Alternatif (BA) seperti PAS, keADILan, DAP
serta PRM tidak satu pun parti-parti itu berfahaman perkauman. Semua parti-parti
ini mempunyai ahli-ahli dari berbagai kaum. Tidak seperti UMNO dengan Melayunya,
MCA dengan Cinanya dan MIC dengan Indianya.
Saya berdoa ke hadrat Allah swt dengan berkat kekasihnya Nabi Muhammad saw
agar menjadikan negara ini dipimpin oleh seorang manusia yang bersifat insan
penuh kasih sayang, taat kepada perintahNya, taqwa pada Allah swt. Pemimpin yang
penuh tawaduk, zuhud dan mementingkan kehendak rakyat lebih dari kepentingan
dirinya sendiri. Amin.
Sekian saya mengupas Teori Rahman yang sentiasa menjadi bualan dan panduan
orang-orang UMNO hingga hari ini.
"KEMBALIKAN HAK KEPADA YANG BERHAK"
"ANWAR IBRAHIM: ADA HAQ PADA PERJUANGAN MU"
LIANG LAHAD
22 Januari 2001