http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Dikemaskinikan  pada 29 Jan 2001 10:19  

 

 

 

Pilihanraya Kecil

N.34 LUNAS

29 NOV 2000

 

 

 

Baca Laporan Perhimpunan 100,000 Rakyat

 

 

Sila kirimkan pandangan serta komen anda kepada kami

 

 

 

 

 

Buktikan Keadilan terima wang Yahudi - Ezam
Oleh Mohd Sabri Said

BUKIT MERTAJAM, 15 Jan (Hrkh)
- Ketua Pemuda Parti KeAdiLan Nasional (KeAdiLan), Ezam Mohd Noor mencabar Menteri Besar Selangor, Mohd Khir Toyo mengemukan bukti kononnya Barisan Alternatif (BA) mendapat peruntukkan Yahudi menentang Barisan Nasional (BN) di Pilihanraya Kecil Lunas hujung November tahun lalu.

Beliau ketika berceramah di kediaman bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kampung Ceruk To' Kun menambah, Menteri Besar Selangor sanggup menabur fitnah di Madinah ketika mengadakan pertemuan dengan pelajar di sana.

"Pemuda KeAdiLan mahukan Menteri Besar Selangor berikan bukti kononnya BA menggunakan wang Yahudi menentang BN di Lunas.

Janganlah kerana kalah merajuk ke Madinah dan menabur fitnah yang bukan-bukan pada pelajar kita di sana, " tegasnya.

Pemuda KeAdiLan sambung beliau, mendesak Mohd Khir selaku Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Malaysia supaya pergi semula di Madinah dan berbanyakkan istighfar kerana tergamak menabur fitnah di tempat suci untuk menyelamatkan maruah Umno.

Apa gunanya membuang masa di luar negara melawat pelajar sedangkan mereka sendiri bijak menilai yang mana permata dan kaca.

"Pemimpin Umno cuma mempengaruhi pelajar kita di luar negara bahawa BA ada menyimpan agen Yahudi yang boleh mengancam kestabilan negara bila undian pembangkang melebihi kerajaan, " terang beliau dalam program sempena rumah terbuka Presiden KeAdiLan, Datin Seri Dr. Wan Azizah.

Menurutnya lagi, pelajar Selangor di Madinah begitu kecewa mendapat seorang Menteri Besar yang gelojoh kerana sanggup melakukan fitnah pada pembangkang serta menyekat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat daripada menyampaikan ceramah di negeri yang dikuasainya.

Tindakan itu sekaligus mengambarkan pemimpin BN seolah-olah seperti telur di hujung tanduk setelah mendapat tamparan hebat di Lunas.

"Bukan sahaja Perdana Menteri gelisah apabila mendapat tahu BN tewas di Lunas tetapi juga orang suruhanya yang lantik memegang jawatan besar, " jelasnya di hadapan ribuan hadirin.

Turut menyampaikan ceramah pada hari itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Pehubungan KeAdiLan Negeri, Dr. Mansor Othman.

 

 
Cadangkan laman ini kepada rakan

 

 

 

 


SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright © 2000 The Reformiz Inc.