http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Dikemaskinikan  pada 29 Jan 2001 10:17  

 

 

 

Pilihanraya Kecil

N.34 LUNAS

29 NOV 2000

 

 

 

Baca Laporan Perhimpunan 100,000 Rakyat

 

 

Sila kirimkan pandangan serta komen anda kepada kami

 

 

 

 

 

PEMUDA KEADILAN TOLAK USUL UMNO TENTANG PERPADUAN MELAYU 

-Mohd Ezam Mohd Nor

1 Januari 2001

Ulasan dan kenyataan berhubung dengan kononnya masalah perpecahan Melayu tiba-tiba menjadi berita besar akhir-akhir ini. Pemuda ingin mengingatkan semua pihak bahawa isu ini mula ditimbulakan oleh Mahathir seorang Perdana Menteri yang malu besar kerana kalah di Lunas beberapa hari sebelum itu. 

 

Isu ini juga ditimbulkan beberapa hari selepas munculnya seorang lagi tokoh wira rakyat dari Kedah, Sdr Hj Mahfuz Omar yang dipenjarakan kerana perjuangan menentang Kezaliman Israel dan sekutunya. Sambutan luarbiasa rakyat terhadap Mahfuz dan rakan-rakan merupakan tamparan hebat kepada Mahathir sehingga baliau sendiri terpaksa membuat beberapa kenyataan dangkal yang disiarkan dimuka depan Utusan Malaysia tentang isu perjuangan menentang kezaliman Israel. Selang beberapa hari selepas itu akhbar yang sama mengungkap tajuk perpaduan Melayu oleh Mahathir dan bermula dari hari itu saban hari isu ini dihebohkan baik dalam bentuk beita mahupun komentar dan analisis penulis upahan.

 

Saya telah membuat kenyataan semalam menolak usul ini tetapi tidak disiarkan oleh mana-mana akhbar utama tempatan. Saya akan memanggil sidang khas Pemuda Keadilan untuk mendapatkan pendirian rasmi Pemuda beberapa hari lagi. Pemuda tidak anti perpaduan Melayu tetapi Pemuda menolak sebarang usaha anjuran Mahathir dan UMNO yang jelas sudah hilang maruah, wibawa dan kredibiliti untuk menerajui sebarang usaha murni. Apakah kita masih mahu duduk dan berbincang dengan pimpinan rasuah, merompak berbillion duit rakyat Melayu dan bangsa lain untuk suku-sakat, meragut hak rakyat dan Kerajaan Negeri yang sah diTerengganu, menghina Islam dan ulama, memfitnah dan menzalimi sahabat kerana ketakutan hilang kuasa ?! 

 

Pemuda tidak akan berganjak daripada pendirian Pemuda semenjak perjuangan ini bermula bahawa isu sebenar adalah isu rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan pemerintah. Bukan isu perpaduan Melayu ! Ini bukan masalah orang Melayu. Ini adalah masalah beberapa kerat pemimpin Malayu yang rasuah, rakus kuasa dan harta ! Karenah mereka yang menyebabkan orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya merana, sengsara. Apakah mereka bersedia untuk duduk berbincang persoalan ini. Apakah mereka bersedia menjemput semua badan berkuasa untuk tampil sama membawa semua fail rasuah mereka? Apakah mereka bersedia untuk mendapatkan maklumat bank untuk membuktikan nilainan harta dan hutang mereka ? Apakah mereka bersedia untuk mendapatkan maklumat Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi JPM dan badan-badan lain untuk menampilkan setiap keputusan mereka - untuk Melayu atau untuk beberapa kerat Melayu yang kononya korporat tetapi keparat ? Mereka tidak akan bersedia melakukan semua ini kerana mereka tidak punya kekuatan moral untuk berdepan dengan kebenaran. Mereka semuanya perasuah, perompak harta rakyat dan manusia yang tiada nilai dan wibawa. Jangan salahkan rakyat, jangan salah orang Melayu atau Cina Atau India. Ini bukan masalah orang Melayu atau rakyat tidak berpadu. Ini masalah pemimpin politik Malayu, Cina dan India yang rasuah dan menyeleweng. 

 

Pemuda Keadilan akan terus dengan agenda menentang rasuah dan penyelewengan ini habis-habisan. Kami menjanjikan 2001 sebagai tahun yang sarat dengan aksi perjuangan anak muda yang akan terus menentang melawan pimpinan rasuah habis-habisan. Kita akan mulakan tahun baru ini dengan gerakan besar-besaran menyelamat wang rakyat dengan rompakan di Khazanah Malaysia untuk selamatkan Tajuddin Ramli , Rompakan di PNB satu billion ringgit untuk Syed Mokhtar melalui MMC, Rompakan di Tabung Haji sebanyak 200 juta ringgit untuk selamatkan Abu Shahid dan banyak lagi rompakan wang rakyat yang mesti ditentang. Saya akan berbincang dengan Sdr Mahfuz dan rakan-rakan pimpinan pemuda BA dan Dr Hatta, Sdr Saari Sungib dalam jawatankuasa kembali Hak Rakyat dan teman-teman organisasai politik dan bukan politik yang lain untuk bergerak sederap menyelamatkan wang rakyat. Ini sebenarnya agenda kita. Jangan terperangkap dengan agenda mereka yang mahu lari dari persoalan sebenar rakyat dan negara. 

 

Kepada semua anak muda yang dahagakan keadilan dan masih membara semangatnya untuk menentang kezaliman, Selamat Tahun Baru dan Selamat Berjuang ! 

 

Mohamad Ezam M Nor 

1 Jan 2001

 
Cadangkan laman ini kepada rakan

 

 

 

 


SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright 2000 The Reformiz Inc.