http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Dikemaskinikan  pada 02 Feb 2001 11:59  

 

 

 

Pilihanraya Kecil

N.34 LUNAS

29 NOV 2000

 

 

 

Baca Laporan Perhimpunan 100,000 Rakyat

 

 

Sila kirimkan pandangan serta komen anda kepada kami

 

 

 

 

 

 YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL ADUN LUNAS 

 

Rabu, 10:30mlm - YB Saifuddin Nasution Ismail telah dipilih sebagai ADUN Lunas dengan menewaskan calon BN dengan majoriti 531 undi. Ini merupakan satu tamparan hebat kepada Dr Mahathir kerana dalam negerinya sendiri kerajaan BN tidak mendapat majoriti 2/3 di Dewan Undangan Negeri Kedah. Oleh kerana beliaulah Barisan Nasional goyah dan amat parah dan sewajarnya Dr Mahathir meletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk menunjukkan 'accountability' bahawa beliau menerima keputusan rakyat di Lunas.

Dr Mahathir sekarang merupakan liabiliti yang cukup besar kepada BN. Jikalau beliau masih dibenarkan untuk memegang jawatan Perdana Menteri dalam keadaan rakyat Malaysia tidak mempunyai keyakinan dengan pentadbiran beliau, dalam jangka masa terdekat kerajaan BN akan tumbang dan Dr Mahathir akan dikenang sebagai pemimpin Malaysia yang jatuh dalam keadaan yang paling hina zaman-berzaman.

Rakyat telah bersuara, sekarang merupakan masanya buat Dr Mahathir untuk meletakkan jawatan.

UNDUR! UNDUR! UNDUR MAHATHIR! HANCUR! HANCUR! HANCUR BN! 

BEBAS! BEBAS! BEBASKAN ANWAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

- Webmaster Pemuda KeADILan

Mesej Penghargaan Dari YB Saifuddin Nasution

 

Mesej Penghargaan Lisan Dari Saudara (YB)  Saifuddin Nasution Ismail :

"Saya mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnianya akhirnya Barisan Alternatif berjaya mencapai kejayaan di LUNAS. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pucuk Pimpinan Barisan Alternatif - PAS, KeADILan, DAP dan PRM , YB Ustaz Fadzil Noor, YB Datin Seri Dr Wan Azizah, En Lim Kit Siang, Dr Syed Hussin Ali, Pergerakan Pemuda Barisan Alternatif  para petugas Barisan Alternatif di Lunas yang tidak kenal apa itu erti penat dan lelah serta mereka yang telah memberikan segala bentuk sumbangan samada secara fizikal, kewangan, buah fikiran dan sebagainya. Tidak dilupakan, para penyokong yang senantiasa mendoakan kejayaan perjuangan ini terutamanya di ruang siber. Juga teristimewa buat para webmaster Laman-laman Pro Reformasi yang gigih dan tidak putus asa dalam perjuangan seharian. 

...........Perjuangan kita untuk membebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim serta memastikan PERUBAHAN tertegak di negara ini mesti diteruskan. Insya Allah..."
Mesej ini dicatit secara spontan sejurus selepas pengumuman kemenangan beliau khas untuk versi Laman-laman Pro Reformasi . Maaf tidak lengkap.

 

Sukarelawan Teknologi Maklumat,
Bilik Gerakan LUNAS

 BERITA DARI LUNAS 

 
Cadangkan laman ini kepada rakan

 

 

 

 


SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright © 2000 The Reformiz Inc.