http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Dikemaskinikan  pada 06 Mar 2001 21:57  

 

 

 

Pilihanraya Kecil

N.34 LUNAS

29 NOV 2000

 

 

 

Baca Laporan Perhimpunan 100,000 Rakyat

 

 

Sila kirimkan pandangan serta komen anda kepada kami

 

Kenyataan Media
5 Mac 2001

SATU LAGI RANCANGAN JAHAT 
MAHATHIR DAN UTUSAN MALAYSIA

Episod terbaru di akhbar tempatan khususnya Utusan Malaysia sekali 
lagi memperlihatkan bagaimana Mahathir Mohamad memperalatkan media untuk mewujudkan suasana tegang dan tidak tenteram di kalangan masyarakat.

Hampir setahun yang lalu Mahathir Mohamad menggunakan taktik yang 
sama. Utusan Malaysia digunakan untuk mewujudkan suasana tegang. 
Mahathir Mohamad sendiri mendakwa mempunyai maklumat kononnya perancangan telah dilakukan oleh Parti Keadilan Nasional untuk merusuh dan membuat huru-hara. Saya dan beberapa pimpinan parti ditahan tetapi tidak seorangpun didakwa!

Saya telah membuat laporan polis meminta polis menyiasat dakwaan 
Mahathir (laporan polis bertarikh 26 April 2000 dilampirkan) hampir 
setahun yang lalu tetapi tiada tindakan diambil.

Polis sepatutnya menyiasat dengan saksama kesemua laporan polis 
yang dibuat. Kenyataan Perdana Menteri setahun yang lalu merupakan 
satu perkara serius. Sekiranya Mahathir gagal membuktikan dakwaan 
beliau, tindakan mesti diambil kerana kenyataan beliau telah mewujudkan 
suasana tegang dan mengandungi elemen menghasut. Ini adalah taktik 
seorang pemerintah yang gelabah dan sanggup menimbulkan suasana 
tegang untuk menakut-nakutkan rakyat supaya perhatian rakyat kepada 
isu besar rasuah dan penyelewangan dilupakan.

Taktik yang sama digunakan hari ini untuk mengalih pandangan rakyat 
daripada mempersoalkan penyelewengan wang rakyat yang berleluasa 
sekarang. Sekali lagi Mahathir menggunakan media dan polis untuk 
menyerang pembangkang dan lari daripada menjawab persoalan yang 
ditimbulkan oleh rakyat. Kesemua dakwaan pembangkang berhubung dengan penyelewengan wang rakyat dalam institusi seperti KWSP, LTH, Khazanah Malaysia, Tabung PNB, LTAT tidak dijawab oleh pemerintah. Sebaliknya mereka terus menggunakan polis untuk menakutkan rakyat dan memburu pemimpin pembangkang.

Saya sendiri diburu seperti seorang penjenayah hari ini. Jam 2.00 
petang tadi sekumpulan 6 orang anggota polis masuk ke rumah saya 
tanpa kehadiran saya dan menggeledah seluruh pelosok rumah saya. 
Ianya berlaku hanya beberapa jam setelah laporan polis dibuat oleh 
Pemuda UMNO hari ini. Laporan polis saya setahun yang lalu dengan 
bukti lengkap terhadap Mahathir tidak diendahkan sama sekali. 

Mohamad Ezam Mohd Nor
Ketua Pemuda Keadilan Malaysia

 
Tone lagu Suara Rakyat Baru!

 

 

 

 


SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan Webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright 2000 The Reformiz Inc.