http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Dikemaskinikan  pada

24 Apr 2001 12:04  

 

 

 

Pilihanraya Kecil

N.34 LUNAS

29 NOV 2000

 

 

 

Baca Laporan Perhimpunan 100,000 Rakyat

 

 

Sila kirimkan pandangan serta komen anda kepada kami

 

 

 

Ustaz Dr. Badrul Amin merupakan orang kelapan yang ditahan ISA setakat ini. Beliau ditahan di rumah beliau pada sekitar jam 1:15 pagi di hadapan isteri dan anaknya. Kami difahamkan bahawa polis telah mengepung dan mencerobohi rumah beliau seperti 'gangster'. Polis juga telah menggeledah rumah beliau dan merampas beberapa barang termasuk CPU komputer dan diari harian.

 


 

Setakat ini jumlah tahanan ISA di bawah apa yang dipanggil 'Ops Jala Besar' ini adalah seramai 7 orang. Mereka adalah Sdr. Ezam Mohd Nor, Tian Chua, Gobalakrishnan, Saari Sungib, Hishamuddin Rais, Ghani Haron dan Raja Petra. Dikatakan bahawa jumlah yamg sedang diburu oleh pihak polis adalah sehingga 97 orang. Antaranya adalah Sdr. Lokman Noor Adam, Khalid Jaafar dan Malek Husin.

 

Jika kita perhatikan, penangkapan ini berlaku di saat menjelangnya sambutan 'Hari Menentang Kezaliman Gelita 14' (Black 14). Ini membuktikan bahawa kerajaan sengaja ingin mencari alasan yang boleh digunakan untuk menahan pimpinan keADILan dan juga para reformis bagi memadamkan terus semangat reformasi rakyat.

 

Berikutan kenyataan tidak bertanggungjawab yang dibuat oleh Ketua Polis Negara semalam, iaitu mengenai perancangan para aktivis reformasi hendak mengadakan demonstrasi secara besar-besaran dengan menggunakan bahan letupan dan pelancar roket, pihak pengurus ANGKASA telah mengambil keputusan menarik balik permit yang diberikan kepada Majlis Pimpinan Pemuda Barisan Alternatif bagi mengadakan Konvensyen Ekonomi Pemuda Barisan Alternatif seperti yang dijadualkan esok.

 

Walaubagaimanapun, program perhimpunan aman sempena penyerahan memorandum rakyat kepada SUHAKAM akan tetap diteruskan. Program tersebut akan bertempat di Pejabat SUHAKAM, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada jam 10 pagi. Diseru kepada sekuruh rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat agar dapat beramai-ramai menghadirkan diri bagi menjayakan program ini.

 

Ayuh kita buktikan bahawa rakyat tidak gentar dengan segala ugutan serta tindakan menakut-nakutkan yang dilakukan oleh kerajaan MAHAZALIM ini.

 

 
Tone lagu Suara Rakyat Baru!

 

 

 

SEKRETARIAT PEMUDA KEADILAN MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan Webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright © 2000 The Reformiz Inc.