http://pemudakeadilan.tripod.com atau http://www.pemudakeadilan.com

 

PEMUDA KeADILan MALAYSIA

"Reformasi Menegak keADILan"


Dikemaskinikan  pada 17 Feb 2001 18:11  

 

 

 

Pilihanraya Kecil

N.34 LUNAS

29 NOV 2000

 

 

 

Baca Laporan Perhimpunan 100,000 Rakyat

 

 

Sila kirimkan pandangan serta komen anda kepada kami

 

 

 

 

 

  

LAPORAN POLIS BERHUBUNG

SALAHLAKU TAN SRI MOHTAR ABDULLAH

HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN

 

Kami sepertimana nama yang dilampirkan ingin membuat satu laporan polis terhadap perlakuan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohtar Abdullah.  Telah diketahui umum bahawa Tan Sri Mohtar semasa menjawat jawatan Peguam Negara telah pergi bercuti bersama dengan tokoh perniagaan Vincent Tan dan peguam terkenal V.K. Linggam di Italy pada tahun 1994.  Gambar percutian mereka telah tersebar melalui berbagai saluran media.

 

Sehubungan dengan itu, kami mengesyaki bahawa Tan Sri Mohtar telah menutup kes  salahlaku bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin dengan tidak membuat sebarang pendakwaan terhadap beliau walaupun selepas laporan Polis dibuat berhubung salahlaku Eusoff yang telah bercuti di New Zealand bersama dengan peguam yang sama.  Kami yakin Mohtar melakukan ini disebabkan salahlaku Eusoff tiada perbezaan dengan apa yang beliau lakukan. 

 

Umum juga mengetahui bagaimana Tan Sri Mohtar  gagal melaksanakan tugas pendakwaan dalam kes-kes yang jelas mempunyai prima facie untuk tindakan dilaksanakan.  Beliau juga telah melakukan pendakwaan terpilih (selective prosecution) dan menyalahgunakan kuasa sebagai Peguam Negara.  Bukti kukuh perbuatan beliau ini adalah apabila beliau menutup kes pemberian saham oleh Dato’ Sri Rafidah Aziz sejumlah 1.5 juta kepada Fazrin Azwan, menantunya sendiri.  ASP Baljit Singh telah memberi keterangan kepada Mahkamah Majistret Petaling Jaya dalam kes OSA Sdr Mohamad Ezam Mohd Nor, bahawa Datuk Abdul Ghani Patail telah mengesahkan bahawa kertas pertuduhan yang didedahkan oleh Sdr Ezam adalah salinan kertas pertuduhan asal ke atas Rafidah yang telah beliau tandatangani pada tahun 1995.   Tetapi sehingga beliau besara sebagai Peguam Negara, tiada tindakan yang beliau laksanakan.

 

Perlakuan Mokhtar ini menjadikan beliau tidak layak menjadi hakim di mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Majistret Kelas II apatah lagi untuk dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.  Kewibawaan Mohtar Abdullah jelas sangat kontroversial dan dipertikaikan oleh rakyat. Perlantikan beliau sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan maruah badan kehakiman. Perlantikan ini telah meletakkan taraf mahkamah yang tertinggi dalam negara ini di dalam krisis keyakinan rakyat yang paling tenat.

 

Kami mendesak agar pihak Polis menjalankan penyiasatan terperinci berhubung salahlaku beliau dan melaksanakan tindakan yang sewajarnya.

 

Sekian saja laporan kami, penama sepertimana dilampirkan.

 

 
Cadangkan laman ini kepada rakan

 

 

 

 


SEKRETARIAT PEMUDA keADILan MALAYSIA 
101&201, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II 

No 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 

46350 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 7540469  Fax : 03 7540419 Talian Rasmi Sekretariat : 012 3750000

Urusan Sekretariat Pemuda : pemudakeadilan@freeanwar.com

Urusan Webmaster  : webpemuda@freeanwar.com

 

Copyright © 2000 The Reformiz Inc.